VVIP Yang Terhormat

24.3.14

"ARJUNA BETA"


Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


"Arjuna Beta by Fynn Jamal"

Footnote : Repeat lagu ni banyak kali pun xpe sbb tak jemu. Inspirasi utk anakanda Nur Athirah Qistina, Ayish Dayyan dan Zayyan Nourkhalish :)

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak suria. sedap lagu kokping buat ni ~~~

    ReplyDelete
  2. memang best lagu ni. menyentuh hati :(

    ReplyDelete
  3. sy juga suka dengar lagu ni bila terpasang radio di ofis kami ; tapi tak pernah nak tanya siapa yg menyayikannya sehingga kini baru tahu... memang tak jemu ; kali pertama dengar macam suara Yuna... entahlah sy layan kan ajer..

    ReplyDelete
  4. suka lagu ni..kalau dengar malam2 sure feeling and buat nangis teresak2 ni...kan...

    ReplyDelete
  5. Akak first time dengar lagu ni dalam kereta nak ke pejabat .Sampai aje pejabat terus on pc nak cari lirik. Terus up entri dalam blog :) Memang emosi betul bila dengar lagu ni,kan. Si Fynn nyanyi macam mak-mak nyanyi nak tidurkan anak dalam buaian. Tetiba teringat kat anak-anak di rumah. Ulangkali dengar pun tak hilang moodnya. Mendayu-dayu hati ni alahai ....

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara