VVIP Yang Terhormat

3.3.14

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA BELIA NEGERI SELANGOR 2013


Assalammu'alaikum WBT.

Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013
30 November 2013
Tapak Agro Fest 2013
Perkarangan Stadium Shah Alam

Pada November 2013 yang lalu, SuWaRa Entertainment telah dijemput untuk mengadakan persembahan Angklung Orkestra dan pihak penganjur telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan sewaan pelamin di pentas dan photobooth. First step forward dalam bidang perkhidmatan sewaan pelamin di dalam majlis yang agak besar anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Pada mulanya, pihak penganjur hanya inginkan persembahan angklung sahaja. Namun, saya propose juga perkhidmatan sewaan pelamin. Setelah perbincangan dilakukan, mereka tertarik dgn rekacipta pelamin pentas dan photobooth dari kami dan bersetuju melantik kami untuk membekalkan perkhidmatan tersebut. Yang bestnya, semasa majlis ni berlangsung kami dah berada di Langkawi utk persembahan di sana pulak. Nampak kan rezeki Allah nak bagi? Syukur alhamdulillah..rezeki anak-anak kami :)

Majlis telah diadakan di Perkarangan Stadium Shah Alam pada 30 November 2013 yang melibatkan 45 pasangan yang terdiri daripada pasangan Melayu, Cina dan India pada Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013 yang berlangsung meriah di Perkarangan Stadium Shah Alam.












Tahniah diucapkan kepada semua mempelai, semoga ikatan dan perkongsian ini memperkuatkan lagi azam untuk terus maju kehadapan selain mengecap kebahagiaan hingga akhir hayat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada SuWaRa Entertainment untuk bekerjasama bagi memeriahkan majlis ini.

**********************************************************************************************

Berminat dengan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan?

21 comments:

  1. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. salam,, beslah majlis cmni, satu malaysia gittu,,mesti meriah =)

    tahniah sis diberi kepercayaan dlm majlis ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg meriah pun..semua bangsa ada. alhamdulillah..thanks dear

      Delete
  3. Salam Sue ; suatu persembahan yg menarik...rekacipta pelamin pentas dan photobooth..terbaik. semoga murah rezeki lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam PCL. alhamdulillah. thanks PCL. bolehlah nnt utk anak2 PCL akan datang. hehehe

      Delete
  4. wahhh.. tahniah ye.. Alhamdulillah.. rezeki Allah ada di mana2.. :)

    ReplyDelete
  5. Seronokknya tgk diorang kawen ramai ramai..meriah

    ReplyDelete
  6. wah menarik majlis ni !

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semakin ke hadapan bisnes Su

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.smga terus dimurahkan rezeki buat akak sekeluarga.aamiin

    ReplyDelete
  9. okay, ni sangat meriah! hehehe..tahniah kak!!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, murah rezeki. Moga lebih dimurahkan rezeki pada tahun 2014 ni.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara