VVIP Yang Terhormat

27.2.14

DUGAAN DATANG SILIH BERGANTI

Assalammu'alaikum WBT.

Dugaan silih berganti. Mula2 mummy demam panas, muntah2, cirit birit, lemah semua sendi, mmg collapse la minggu lepas. Ingatkan suspect denggi sbb tanda2 tu dah ada, tapi bila checkup, alhamdulillah xde. Ayish bambam pun demam panas jugak time tu. On off. Pastu hubby pulak suspect denggi. Then, mummy demam dan batuk semula. Pastu, baby Zayyan pulak demam selsema. Isnin lepas, ayish bambam kena chicken pox pulak, ahad dah naik bijik2 tu. Kakak pun demam jugak. Ya Allah...dugaan datang silih berganti. Semoga Kau ringankan dugaan ini ya Allah. Berikanlah kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada kami sekeluarga. Aamiin Aamiin..akibat cuaca yg panas melampau ni kan, mmg x tahan la. Pergi klinik pun ramai je yang x sihat. Kalah dengan cuaca panas melampau.

Biarlah apa orang lain nak kata apa bila mummy terpaksa ambil cuti lama. Xpelah, demi anak-anak mummy sanggup berkorban. Hilang pekerjaan boleh dicari, kalau anak sudah tiada mana nak cari ganti?? Mujurlah ada my dear yang sudi nak jaga anak-anak kami memandangkan seminggu yang lepas, mummy dah cuti lama. Buat mereka-mereka yg tidak memahami apa itu PENGORBANAN seorang ibu, fikir-fikirkanlah. It's not easy to be a mother. 

Mungkin ni salah satu petunjuk yg Allah nak bagi supaya mummy jadi WAHM sepenuh masa. Apa itu WAHM? Hehehe... WAHM = Work At Home Mom. Mummy bekerja uruskan perniagaan sendiri dan dalam masa yg sama dapat jaga anak-anak dan jaga rumahtangga, dapat pantau segala urusan di depan mata. Senang...Itulah impian saya sebagai seorang isteri dan ibu. Semoga Allah permudahkan segala yang telah dirancang. Soon InsyaAllah...wish me k! Amin amin..



Kesian bambam ni kena chicken pox, kena kuarantin kat rumah, berpantang makan, skang ni susu pun xnak minum sbb bijik2 tumbuh dalam mulut dia dah pecah. Sian sgt. Mmg sakit. Kita yg dah kertu ni pun terasa sakit kalau kena, apatah lagi anak kecik ni. Get well soon sayang..mummy sayang anak2 mummy..Dalam pada x sihat, dalam pada demam tu, bambam still melasak dan suka mengusik kami berempat. hehehe. anak lelaki yg kental! Walaupun x sihat, dia kuat melawan penyakit tu. Teringat masa kena rotavirus dulu, nyawa dia tinggal 50, bayangkanlah betapa kuatnya dia. Alhamdulillah...

Footnote : Susah betul manusia ni nak memahami dari hati ke hati. Time susah dtg mintak tolong kita jugak, time susah dtg kat kita jugak bercerita masalahnya, kita ni jadilah pendengar yg setia walaupun terasa sakitnya hati. Tapi bila turn kita dilanda musibah, xnak pulak memahami. Huhuhu. Apa jenis manusia la mcmni...Bersihkanlah hati mereka-mereka ini Ya Allah...

41 comments:

  1. alahai..kesiannya dia....semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  2. last time, anak2 kena serentak 3 orang.. paling kesian baby la masa tu, baru 8 bulan kot. bila jumpa paed, katanya patut masa si abang tu kena, bawak bb cepat2 cucuk antiviral.xde la baby suffer sgt. tp time tu da terlambat.sebab kalu baby bwh 1yr kena cikenpox ni,ade kemungkinan dia akan kena lagi di masa akan datang

    kena kurang2kan xtvt goreng2 dlm umah ni..kalu x merenyam le budak tu kegatalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, chicken pox ni mmg penyakit berjangkit. org dewasa pun boleh berjangkit jugak kata doktor aritu. so far, saya hanya bagi ayish makan bubur atau nasi dan sup je..

      Delete
  3. sue, patut la sunyi..
    harap bertabah yer sue..moga keluarga sentiasa dilindungi olehNYA..
    sian abang bambam..anak2 zee dah lepas ciken poc ni..tak tau la kot datang balik..risau jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah zee. thanks ya. mudah-mudahan x kena lagi. amin

      Delete
  4. alahai sian sue satu family...hope semua cepat sihat balik yeak...

    dayyan lieya pun baru baik ciken pox ari tu...mmg sampai admit gak la sbb langsung tak mo minum n suhu tinggi betul tak surut2 walau dah bagi ubat ikut time....in sha Allah sue, tak lame nie...lepas ni semua kembali pada asal key...pasal org lain yg takpaham persetankan ajek mereka...cewah ayat novel betul persetankan tu hahahahaha....kite sebagai ibu pada anak2 kite tau mane yg terbaik....so kite ikut care kite...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah lieya. skang bambam punya chicken pox dah mula kering. tapi time ni la betul2 nak kena jaga. hopefully x berjangkit kt baby.

      thanks lieya. biarkan je la suara2 sumbang itu terus berbunyi. kelak satu masa nnt terkena pada diri mereka, baru mereka tau langit tu tinggi ke rendah. Allah bayar cash je skang ni..

      Delete
  5. Dugaan ibu berkerjaya sue. Cuti...MC...EL memang tak lari dalam setahun ni. Teringat masa anak² kena CP. Memula Kimi. Dah baik kena plak kat QahirahQhalif. Berjemaah plak tu. Dgn CP naik ulcer dlm mulut. Memang dugaan.


    Smoga sue & family diberi kesihatan yg baik olehNYA. Smoga bambam cpt sembuh dari CP dan smoga tak berjangkit kat kakak & adik.

    Take care yer sue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bambam pun sama jugak kak, naik ulcer dlm mulut dia. susu tanak, makan tanak. tu yg kurus dah badan dia.

      terima kasih kak. hanya sesama ibu je yg memahami situasi camni. bukan kita suka2 nak cuti mc el ni. tapi keadaan memaksa. xpe kak, mmg dah niat WAHM tu. soon insyaAllah.

      Delete
  6. mmg dugaan .. akak bln 10 thn lepas abis kena satu umah ciken pox... amik cuti sampai 3 minggu.. lepas sorang, sorang kena..... memang dugaan, lagi2 sue & hubby pun x sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak..dugaan jugak buat akak tu..nak buat camne kak, kesihatan badan ni bukan boleh buat main2 zaman skang ni kan..

      Delete
  7. Alahai kesiannya. Satu keluarga dilanda sakit. Semoga semuanya cepat sembuh dan kehidupan kembali seperti sediakala. Memang dugaan yang mencabar ni. Saya pun last Dec kena suspect denggi juga. Habis kiri kanan tangan, lengan kena cucuk nak check darah. Sakitnya...nak juga mengadu tapi bila lihat bayi di hospital yang duk bercucuk tangan diam aje di pangkuan ibunya, terasa malu pulak kita yang tua ni tak leh tahan sakit walaupun banyak tu aje.

    Lumrah manusia memang begitu. Masa senang disayang, dipuja. Masa susah, dihina, dikata. Bersabarlah ya. Semoga impian nak jadi WAHM menjadi kenyataan. Amiinnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena suspect denggi mmg tiap2 hari kena amik darah, tu yg x berapa tahan tu..dah la badan kita lemah. tapi nak buat camne, tu prosedurnya.
      biarkanlah kak langau2 tu berbunyi. WAHM tu semakin kuat dalam sanubari ni. insyaAllah. thanks kak

      Delete
  8. Ya Allah kesiannya kat bambam...sabar la nok...
    manusia ni mmg mcm2 ragam...

    semoga bambam cepat sembuh hendaknya...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. demam nak besar ni. tu pun x reti dok diam. tapi kesian sbb ada ulser banyak dlm mulut dia. tanak makan tanak susu. tu yg kurus badannya

      Delete
  9. get well soon dear and all the rest of the family... In Shaa Allah, moga2 Allah permudahkan urusan dan niat...

    ReplyDelete
  10. alahai kesiannye tgk bambam kena chicken pox..semoga cepat sihat yer ! kalau sis work from home pun ok jugak..sis boleh amik job MUA setiap minggu. boleh jaga anak2 depan mata setiap masa..mesti best. apa pun saya doakan sis sekeluarga sihat dan murah rezeki selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks liza. soon insyaAllah..mudah-mudahan. amin

      Delete
  11. Faham tu su, pedulikan lah kata2 orng tu, janji kita buat yg tebaik utk anak2 kita yer !

    ReplyDelete
  12. betul tu sue..bukan senang nak pegang title "ibu". banyak pengorbanannya...

    sian bam bam . bam bam dah takl bambam le.. nampak kurus je.. GWS yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..it's not easy..24/7 hati perasaan emosi fizikal mental kita mcm2 benda nak fikir..

      dia taknak makan n menyusu kak sbb dlm mulut dia ada tumbuh bijik2 chicken pox tu. ni dah pecah jadi ulser, sakit le..tu yg badan kurus

      Delete
  13. kesiannya, kecik dah kena chicken pox..memang risau bila anak-anak terkena demam chicken pox ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dah tiba masa kena ni ema. kakak dia dulu pun kena umur 3 tahun. biar kena masa umur gini sbb nnt parut2 tu boleh hilang sikit2. kalau dah dewasa nnt parut susah nak hilang..hehehe

      Delete
  14. alo kesiannyer.. nampak teruk gak yerk.. harap dah sembuh sepenuhnyer...
    mmg kalau kita kenapun tak tahan bayangkanlah anak kecikkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe kak..kita kena gigit semut api or kerengga pun dah sakit. apatah lagi chicken pox yg merenyam ni. thanks kak

      Delete
  15. kesian.. satu family tak sihat ye.. semoga lekas sembuh & impian nak jadi wahm tercapai.. amiiinn.. kuatkan semangat ye sue :)

    ReplyDelete
  16. Dugaan Allah kak...Allah takkan uji hambaNya luar dr kemampuan hamba itu sendiri...Saya yakin akak kuat..Pedulikan apa kata org...Semoga Ayish cepat smbuh

    ReplyDelete
  17. kesiannye budak2 kecik kene chicken porks mcmni,,dulu saye kena darjah6 pon xlarat dh rase

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara