Assalammu'alaikum WBT.
Haihhh..terlalu pantas masa berlalu kan. Kandungan saya dah hampir berusia 32 minggu (8 bulan). Few more weeks je nak bersalin. Nervous jugak sebenarnya. Hospital mana saya nak bersalin pun tatau lagi ni. Ada 3 pilihan hospital sebenarnya sama ada Hosp Selayang, Hosp Kuala Lumpur atau Hosp Sungai Buloh. Hosp Selayang dan HKL tu antara pilihan saya sebab jaraknya dari office agak dekat lah. Kalau Hosp Sungai Buloh tu jarak dengan rumah ambil masa lbh kurang 10-15 minit je.
Cuma bila g checkup kat Hosp Sungai Buloh few months ago, ada lah dengar macam2 cerita dari few members yang bersalin kt sana dan ada kejadian yg berlaku di depan mata kepala saya sendiri, saya rasa macam seriau dan takut pulak nak bersalin kt sana. Padahal masa bersalinkan bambam awal tahun 2011 dulu, servis diorg sgt tip top. Saya tak kisah sebenarnya, cuma kita pun nakkan yang terbaik utk diri kita sendiri dan anak yg bakal lahir nnt.
Saya pun tak nak banyak songeh sgt sebab bekerja di sektor awam ni, bersalin di hosp kerajaan adalah pilihan utama kerana kita tak perlu bayar segala bil, hanya guna GL sahaja. Kalau nak rasa lebih selesa, pergilah hosp swasta. Tapi bagi saya yang dah masuk anak 3 ni, tak perlulah rasanya ke hosp swasta. Duit yg ada tu, boleh digunakan utk anak-anak di masa akan datang. Lebih menjimatkan. Sementara masih berkhidmat di sektor awam ni, gunakan je la segala kemudahan yg ada sebaik mungkin. ^__^
Bagi saya, bersalin kat mana-mana pun sakit bersalinnya tetap sama. Cuma mungkin dari segi servis dan kualiti makannya yg agak berbeza. Kalau sesiapa yang ada pengalaman bersalin kat hosp-hosp yang saya senaraikan di atas, saya memerlukan komen dari anda anda dan anda. Bingung nak pilih hosp mana nak bersalin nnt. Yang penting, hosp tu benarkan suami menemai isteri ketika di bilik bersalin. Penting gak tu :D
Tentang barang dan keperluan bayi akan saya update kemudian ye. Mood berblogging makin hari makin merundum pula. Haihhhh..kalau ada yg masih saya hutang bw lagi, insyaAllah akan cuba ditunaikan.
Oh ye! Sebelum terlupa, semalam dok godek-godek Nuffnang. Ada tambahan lagi 2 BE/CPUV. Entry bulan lepas saya ada update gak pasal BE/CPUV ni. So, kali ni ada 2 lagi tambahan iaitu Q2 Hotlink Social Edition dan Origins Ginzing. Nokia Asha 310 Launch since April lagi dah berlegar di blog ni, tapi amount masih 0. Huhuhu
Alhamdulillah..bertambah-tambah murah rezeki kami. :)
Happy working uolls!
Footnote : Hingga ke hari ini saya masih driving dari Kg Subang-Jalan Duta seperti biasa lagi. Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan segalanya. Aminnnn... ^__^
pilih yang terbaik sis
ReplyDeletemudah2an. thanks anum!
DeleteTakpenah ada pengalaman kt semua hosp tu
ReplyDeletesaya bersalinkan zakwan di hosp teluk intan n nayli di hosp serdang
Harap ada kawan2 lain yg beri komen ttg hosp2 yg disebutkan tu :)
Tak lama jek lagi kan?
Rase kejap je...
it's ok nad. hehehe
Deletejust nak tny pendpt kwn2 yg pernah bersalin kt hosp2 atas tu je.
tau xpe, rasa kejap je masa berlalu kan
betul tu, ada baeknya duit yang buat bayar tempat mahal digunakan ke arah lain. sakit banak sama je kan... hehehe
ReplyDeletetau xpe kan kak. sakit beranak tu sama je, cuma servis je la yg agak berbeza. duit yg ada tu boleh guna ke lain
DeleteM tak dapat nak bagi pandangan la..kalau kat Langkawi bleh la hi hi.. Hope Sue selamat melahirkan baby tu nanti.. Alhamdulillah..murah rezeki baby tu..
ReplyDeletehehehe..it's ok dear. manalah tau kan kwn2 blogger kita yg lain ade pengalaman bersalin kt hosp2 tu. thanks ye M :)
DeleteAssalamualaikum kak suria, kalau bersalin dekat sg bloh bagitau ye. boleh sheila datang ziarah. hehehe. take care drive sesorang tu... :)
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Sheila. baiklah!
DeleteJgn risau k. apa2 nnt akak update tau.
Kalau awk ade fb, boleh add akak Suria Qaisara (suria1907@yahoo.com).
Fb akak mmg rajin update. hehehe
thanks so much ye!
ya Allah sue..dah dekat2 le ni kan....mesti tgh bedebar2kan....walaupun anak dah nak masuk 3 perasaan bedebar tuk bersalin tu tetap ade kan...in sha Allah moga semua dipemudahkan ...kami kawan2 doa yg terbaik tuk sue...
ReplyDeletelieya plak pernah besalin kat 2 spital private n 1 spital kerajaan ..spital putrajaya...so far okey....cume keselesaan dan layanan la berbeza..setimpal laa dgn duit yg dikeluarkan....moga2 sue diberi kesenangna dlm proses melahirkan yeak...
tak sabar plak nak tgk baby sue....mesti cute...
hehehehehe..tau xpe. nervous mak dibuatnye!
Deletemudah2an dipermudahkan la lieya.
masa 1st n 2nd dulu, berbelas jam dok kt wad menunggu, lambat nau nak tunggu bukaan ke 4cm tu.
hopefully kali ni mudah la sikit. insyaAllah...
mcm sue pulak, mase 1st kt hosp private (ngengade je lebih time tu), yg 2nd kt hosp sg buloh.
insyaAllah dear, moga dipermudahkan segalanya.
apa2 nnt sue akan update kt instagram dan blog k :)
tahniah murah rezeki sue. Bersalin tu dimana2 sama aje, pokok pangkalnyer kita ! tawakkal dan berserah ajelah in shaa Allah
ReplyDeletehehehe..thanks KA!
Deletebetul tu, cuma nak tau pengalaman kawan2 yg pernah bersalin kt hosp yg sue senaraikan tu.
sbb lain hosp lain servisnya. :)
Xlama dah tu.. Semoga dipermudahkan segalanya ya.. Pilih mana2 pun xpe asalkan senang bg sue.. :D
ReplyDeleteAlhamdulillah murah rezeki...
tu la kan. cepat je masa berlalu. thanks ye!
Deletekalau akak memang seriau. tak kiralah bersalin kat spital mana pun. kekadang spital baik pun ada jugak kelalaian pekerjanya.
ReplyDeletetapi spital kerajaan pun ada yg cakap bagus dan ada yang cakap tak bagus. buta la pilihan yg terbaik
betul tu kak. kita x bole nak jangka kan. kdg hosp swasta pun ade kes jugak.
Deletesetakat saya bersalin kt hosp kerajaan ni, servis mmg ok la. cuma kdgkala bila bersalin tgh mlm, nurse lbh suka berborak sesama mereka, tinggalkan patient kt labor room sorg2. huhuhu
hemm.. ada member ckp hospital sg buloh ok..
ReplyDeleteanak pertama dulu bersaqlin kat ner yea?
masa bersalin anak no 2 dulu, mmg ok sgt2 hosp sg buloh tu.
Deletetp bila dh dgr mcm2 cerita termasuk apa yg berlaku kejadian depan mata, rasa seriau pulak nak bersalin kt situ lagi.
anak sulung dulu bersalin kt hosp pantai, melaka. masa tu harga murah giler, rm2k utk 3 hari 2 mlm
pilih yg terbaik ye sue..
ReplyDeletetahniah dpt BE baru...
insyaAllah mimi. thanks ya!
DeleteSemoga semuanya dipermudahkan Sue...
ReplyDeleteDulu aku pregnant Damia pun masih driving gi keja dengan perut yang boyot itu...hehe
Congrats dapat BE baru !
thanks mia!
Deleteye la kan, kita xnak susahkan suami sebenarnya.
selagi masih larat ni, layankan je la. hehehe
setuju tu, selagi ada kemudaha yang disediakan, kita gunakan... kan
ReplyDeletex bleh nak bg komen sebab masz dulu bersalin kat HSI, JB... best sbb hospital baru.. hehe
hehehe..tau xpe masz. selagi boleh guna, guna je la kan. x kena bayar sesen pun :D
Deletexpe, saja bertanya kot kwn2 ade pengalaman bersalin kt hosp2 tu
pilih hospital yang layanan bagus :)
ReplyDeletetahniah dapat BE lagi ^^
hehehehe..betul tu FD.
Deletethanks ya!
errmmmm.. susah jugak kan nak buat pilihan hospital.. saya nanti pun tak tahu nak pilih hospital mana gak. Btw, u dah ade pengalaman sebelum ni.. Why dont u just choose the hospital that u've choose before.. It much easy i think sebab kita dah tahu tahap servis nye..
ReplyDeleteSemoga segalanya dipermudahkan ye kak... =D
ReplyDelete