VVIP Yang Terhormat

9.5.13

DRAMA : CINTA JANGAN PERGI


CINTA JANGAN PERGI gandingan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dan merupakan buah tangan terbaharu daripada pengarah hebat, Kabir Bhatia dan skrip ditulis oleh Mira Mustaffa.
 
Drama ini telah membuka tirainya bermula 6 April 2013 lalu dan bakal bersiaran setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam di Slot Ratu, Tv9.

Antara pelakon yang bakal membarisi drama ini adalah Nadia Nissa, Esma Daniel, Ramona Zamzam, Faradhiya, dan ramai lagi.

Sinopsis Cinta Jangan Pergi
Lea Soraya merupakan seorang gadis yang sangat merancang perjalanan hidupnya. Lea yang sememangnya sedang menuntut di luar negara mengambil keputusan bercuti di Eropah ketika cuti musim panas. Sewaktu percutian tersebut Lea bertemu dengan Khalil, dan keduanya saling tertarik lantas terjalinlah ikatan cinta.

Selepas tamat pengajian Lea dan khalil pulang ke Malaysia. Namun berlaku satu peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka terputus selama setahun. Sewaktu Khalil baru pulang ke Malaysia, dia  berhasrat ingin membuat kejutan kepada Lea, namun mengalami kecelakaan. Apakah yang berlaku seterusnya?
 Selamat menonton!

24 comments:

  1. akk suke ek citer ni?best ke kak?
    meh sini http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/teka-teki-harga.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..best dan layan jugaklah.
      tapi kalau nak tgk, kena tgk sorang2 baru feeling :)

      Delete
  2. TAK DAPAT FOLLOW DRAMA NI.... HUHUHU

    ReplyDelete
  3. Suka citer ni. Dah terlepas beberapa episod...huhuhu...tak sabar nak tau khalil tu hidup lagi ker tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jugak la ngan saya. asyik terlepas je. huhuhu

      Delete
  4. suka sgt drama ni. setiap minggu tiada lagi outing kami sekeluarga. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..kdg2 saya termissed nak tgk sbb anak2 nk tgk cd kartun diorg. huhuhu

      Delete
  5. Replies
    1. ye la. org ade astro kan. akak ni apa yg ade je la tgk pun. hehehe

      Delete
  6. Kite suka cite ni
    Tp slalu terlepas nk tgk
    Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jugaklah ngan saya. dah tgk dari 1st episod, rasa syg pulak nk tinggal episod2 seterusnya

      Delete
  7. tiz zaqyah.. menarik ada pelakon ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..mmg menarik pun. nak2 bila heronya tu, remy ishak :)

      Delete
  8. tak sempat nak tengokler sue.... macam bestjer...

    ReplyDelete
  9. Sekali tak penah tengok...
    Hehhehehe..
    Kesian betul AJ ni..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara