VVIP Yang Terhormat

23.5.13

CUTI CUTI : KUALALALA LUMPUR (PART 3)

Actually, kami tak puas ronda-ronda di Menara KL. Tapi disebabkan hujan dah mula turun rintik-rintik, kami decide nak jalan-jalan kat tempat lain pulak, but still KL area. Jalan-jalan kali ni mmg takde apa perancangan pun. Edisi main belasah namanya. Memandangkan my dear hubby tak pernah lagi ke Tugu Negara, kami decide ke sana je. Cuaca pun dah redup je.

Oh..ada yg bertanya, saya tak penat ke jalan2 ni. Hehehe. Nak kata penat, tak jugak. Saya memang suka berjalan. Tak kiralah ke mana pun. Dpt window shopping pun jadi lah. At least dpt releasekan kebosanan. Kdg2 duduk je kat rumah tak wat pape pun bosan jugak. Tapi tgk keadaan jugak, kalau dari pagi sampai petang or malam berjalan, balik tu mmg collapse la jawabnye. Apapun, saya mmg suka berjalan :)

TUGU NEGARA
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.[1]
 Sumber : Wikipedia

Sampai2 je mintak aiskrim. hehehe


Masih dgn aiskrim mereka :D
Bambam dok garu kepala sbb tatau nak posing cemane. hehe
Ada je aksi dan gaya si kakak tu
Kami singgah tak lama pun, sebab dah lewat petang, pukul 6 petang jugaklah kami gerak dari Tugu Negara. Ingatkan nak singgah kat Taman Tasik Perdana, situ ada playground. Tapi dah agak lewat petang kan, xde lah nak singgah pun.

 

Walaupun time cuti pegi jalan-jalan ke Kuala Lumpur je, tapi seronok jugak sebenarnya. Nak nak budak 2 org tu. Ajak pergi mana-mana, menjadi aje. Hehehe. Like mother, like kids :P

Sebelum balik tu, rasa cam lapar la pulak kan. Kami singgah makan nasi ayam goreng kat Jalan Semarak, berdekatan dengan UTM. Dulu masa ada show kat Dewan Perdana Felda, kami singgah makan nasi ayam goreng kt sini. Cam sedap la pulak kan. Tu yg repeat sekali lagi. Hehehe

Tapi kitorg x jalan-jalan ke mana pun pastu. Ikutkan banyak lagi tempat-tempat menarik kt area situ. Tapi kami terus balik & rest sebabnya esok saya kerja, kakak sekolah. Penattttt.....

TAMAT....

Footnote : Lambat pulak nak menanti detik jam 5pm....tasaba nak pulang ni..hehehe

9 comments:

  1. Assalamualaikum kak suria. nampak macam kena pam je, bila pakai baju ni. hehehe. bestnya, kak tak penat ke bawak badan sambil berjalan2 ni?

    ReplyDelete
  2. wahhhh... sue akak dah lama dok kl ni pun jrg sgt pegi sana... hehehe lama sungguh last pegi masa rombongan sekolah rendah.....

    ReplyDelete
  3. Menarik gak p tmpt bersejarah camni
    Kecik2 biasakan biar besar nnt dia pandai sayang negara :)

    ReplyDelete
  4. haaaa datang IKEA tak? wajib dtg Ikea bila singgah KL hehehehhee

    ReplyDelete
  5. saya dah lama tak ke sini.. rasa macam bersalah kat diri sendiri pulak.hehehe

    ReplyDelete
  6. ni mesti memang suka berjalan n melancong ke mana2 kan.. hu3.. jauh mcm mana or penat mcm mana pun x kisah.. sebab suka berjalan n makan angin sekeluarga.. betui x? heee..

    ReplyDelete
  7. lama dah tak berkunjung ke sini... kalau bawa anak2 sure mereka seronok sakan...

    ReplyDelete
  8. sangat dekat dengan pejabat ema...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara