VVIP Yang Terhormat

7.5.13

CUTI CUTI CAMERON HIGHLANDS : DAY 3 (PART 1)

Assalammu'alaikum WBT.

Sorry la ye kawan-kawan. Entry CH ni x abis-abis lagi. Mood nak update pun ke laut lately ni. Maklumlah kan, ni dah masuk minggu ke 30, perut pun semakin membesar, tidur pun tak cukup, rehat tu xyah cakaplah, makan pun ala kadar je. Huhuhu

Selesai sudah teambuilding hari Pertama dan Kedua. Kini, tibalah masa di hari kemuncak. Pagi tu sepatutnya ada sesi Laughter Wellness. Tapi disebabkan ketidaklaratan (aktiviti hari ke-2 dari siang sampai malam non stop, mmg x larat sungguh). So, saya minta excuse dari penganjur utk join sesi sebelah awal pagi.

Bermain Ukulele & Menyanyi

Sekali lagi. Aritu kan dah belajar chord. Kali ni, kita main sambil menyanyi pulak. X susah pun sebenarnya. Cuma kena rajin berlatih je la. Ada lagu You Are My Sunshine, Rasa Sayang dan macam2 lagi la. Seronok sgt! Boleh berlatih kat rumah nanti. Buku cording pun ada diberi. :)


Creative Draw on Puzzle

Hmmm...masa ni dah mengantuk yg teramat. Buntu, idea xdatang pulak tu. At last, lukis je la ape yg patut. hehehehe. So, inilah hasilnya! (Kalau dah namanya fomfuan kan, haruslah bunga2an)

 

Gabungan puzzle semua peserta
Dominoes/Dominos Game

Masa dah suntuk sangat sebenarnya. Tapi Mr. Bill tetap teruskan juga utk complete kan semua aktiviti TeamPlayShop. 1st, kena create logo kumpulan dulu. 2nd, kena susunkan kepingan dominos tu di atas meja yang disediakan. Haaa..mmg mencabar bila nak susun kepingan2 tu. Sakit hati sgt bila kitorg dah penat-penat susun, tetiba boleh pulak sorang peserta ni 'tersentuh' salah satu kepingan. Akhirnya, x sempat nak tgk hasil dominos tu jatuh pada saatnya, rebah juga. Mujur kitorg ada buat sekatan, tapi penatlah nak naikkan balik kepingan2 tu. Frustrated! (Tapi bila tgk kepingan2 tu jatuh, mmg cantik dan takde satu pun yg masih tegak lagi. Means, kitorg berjaya!)

Sebelum salah seorang peserta tersentuh dominos yg kitorg dah susun
End of programme, majlis penyampaian hadiah utk games yang telah disertai oleh peserta. Utk pertandingan persembahan tu, group kitorg yang dok menari-nari dan bermain alat muzik tu dapat tempat PERTAMA. Sape sangka kan. Hehe. Maybe persembahan kami unik dan lain dari yg lain agaknya. Syabas betty!

Last sekali, diorg announcekan King & Queen of the TeamPlayShop. Penilaian dibuat berdasarkan pengumpulan sticker Take-5. Saya hanya dapat 13 sticker sahaja hasil dari join aktiviti (dpt sticker tu berdasarkan aktif atau tak kita sepanjang TeamPlayShop). Tu pun kira banyak jugak bagi saya yg tgh preggy ni.. Hehehe


Apapun, saya seronok dapat join Teambuilding pada tahun ni. InsyaAllah, jika berkesempatan dan diberi peluang, bolehlah saya join lagi di masa-masa akan datang sekiranya keadaan mengizinkan. Bagi kakitangan MATRADE yang bakal mengikuti kursus Teambuilding pada bulan ini dan bulan2 seterusnya, enjoy ok! Have fun!

Next entry : Strawberry Farm & Butterfly Farm

Footnote : Esok lusa saya akan menghadiri Bengkel Setiausaha Super di Swiss-Garden Hotel & Residences, KL. Then, bercuti sampai 13hb. Hehehehe. Entry-entry bakal menyusul semua auto-publish. ^___^

14 comments:

  1. salam sueeeeeeeeee.............. br kini nk menjengah cni..tapi takpe, instagram kan ade.. :)
    wah seronoknye mak buyung berjalan ke cameron highland yer... pic pun cantek2.... kakak & bambam pun epy je... later ida singgah entry yg lain yer... take care sue!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, bestnya. sheila teringin nak pergi kursus camnie. hihii

    ReplyDelete
  3. seronok g kursus2 mcm ni !

    ReplyDelete
  4. bila dah gabung puzzle tu, tak de pun yang bersambung . semua dah lari kaler. tapi nampak unik la pulak.

    ReplyDelete
  5. Bestnya.... dah lama x pergi teambuilding last dulu merasa tahun 1998.

    ReplyDelete
  6. wah..bestnya main ukulele.. senang tak main benda tu??

    ReplyDelete
  7. seronok kursus teambuilding dr kursus dengar syarahan jer..

    ReplyDelete
  8. bru nk baca ni kak..maaflah bercuti skan sya pn..haha...tgk insgram akak ja dh tau best :-)

    ReplyDelete
  9. erm, bestnye la dpt kursus kat tpt sejuk tu kan... hikhik
    comel la high5 tu, kat kedai ada jual x?..... hehe

    ReplyDelete
  10. lama AJ tak pegi mana2 teambuilding......
    Seronok je tengok akak... =D

    ReplyDelete
  11. Cantik lah puzzle tu. Tangan suma seni & kretif ☺☺

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara