Assalammu'alaikum WBT.
5 Mei 2013
Saya pilih mengundi! Bangun tidur macam biasa, mandikan anak-anak. Buatkan sarapan utk anak-anak. Kemas rumah, sidai baju sebelum keluar mengundi. Jarak perjalanan dari rumah ke pusat mengundi hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Kami mengundi di Sek. Keb. Seksyen U3, Subang Perdana di bawah Parlimen Subang, Dun Kota Damansara.
Sebelum masuk pintu sekolah, terdapat beberapa parti yang cuma mengalih perhatian saya. Dalam hati terdetik, undi saya tetap undi saya, tiada siapa boleh mengubahnya walau korang cakap dan rayu saya macamana sekalipun. Bertekaklah korang kat situ! Hehehe
Terus menuju ke kaunter semak dan pengedaran No. Tempat Mengundi mengikut saluran yang telah pihak SPR tentukan. Masa tu ada seorang pakcik membawa wheelchair suruh saya terus beratur di meja sebelah dalam bagi saluran khas warga emas, OKU dan ibu mengandung. Kelegaan di situ sebab tidak mengambil masa yang lama.
Cuma apa yang membuatkan hati saya kecewa dan dukacita, apabila saya berada di luar bilik Saluran 4. Tiada siapapun yang mengendahkan dan peka kepada ibu yang sedang sarat mengandung ini. Di tempat lain, kebanyakan warga emas, OKU dan ibu mengandung termasuklah yang sedang berpantang, akan disorong dengan wheelchair. Mmg diberi keistimewaan. Tapi kat tempat saya mengundi, pihak SPR hanya beri keutamaan kepada warga emas sahaja. Sedangkan ketiga-tiga golongan ini memang telah disediakan saluran khas seperti yang diwar-warkan. Huhuhu
Maka, terpaksalah saya beratur selama 1 jam lebih di luar bilik Saluran 4 dengan hati yang kecewa. Utk pujuk hati sendiri, saya hanya menganggap itu sebagai salah satu senaman. Balik rumah dengan kesedihan dan kekecewaan yang teramat terhadap layanan dari staf SPR....kaki saya mulai bengkak. Kesakitan dari pinggang hinggalah ke tumit kaki apabila pulang ke rumah....oh sedihnya! Saya bukan mengada-ngada tetapi dengan keadaan diri ini membataskan segalanya... :'(
Mohon kepada pihak SPR menambahbaik perkhidmatan semasa mengundi di masa-masa akan datang kepada golongan-golongan yang seharusnya diberi keutamaan. Janji harus ditepati! Peace no war!
Apapun, alhamdulillah...tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telahpun saya tunaikan. ^__^
Isu dakwat kekal
Walaupun dah lebih 12 jam saya mengundi, dakwat kekal ini masih kekal di jari saya. Padahal telah berulangkali saya dok basuh pinggan mangkuk, basuh baju dan buat segala kerja rumah, tapi ianya masih kekal. Ada sesiapa yang nak pertikai pasal kekalnya dakwat kekal ini lagi ke? Heheheh. Dakwat kekal ini mengambil masa hingga hari ke-7 untuk hilang dengan sebersih-bersihnya.
Gigih menunggu hingga jam 2 pagi utk menunggu keputusan penuh PRU13. Semangat! |
"Hasil ujian tersebut telah dibawa untuk pertimbangan Majlis Fatwa
Kebangsaan bagi memastikan kandungan dakwat kekal tersebut tidak
memberikan kemudaratan kepada pengundi-pengundi yang beragama Islam.
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Januari 2012 telah memutuskan
bahawa penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya adalah diharuskan.
Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia telah merumuskan bahawa bahan
yang digunakan dalam dakwat kekal tidak memudaratkan kesihatan."
Saya cintakan KEAMANAN, KESTABILAN dan KEMAJUAN di Malaysia. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia! Anda pula bagaimana?
Footnote : Yang namanya kekal tu, hanyalah tatu. Takkan nak guna tatu pulak utk pilihanraya akan datang? Renung-renungkan dan selamat beramal! (pinjam cilok Prof Izzy punya tagline. hehehehe)
undi hak kita
ReplyDeleteAssalamualaikum kak suria. sedih dgr kak suria bagitau kena berdiri lama. sangat tak patut. mohon perhatian pihak SPR! takda hati perut langsung dekat orang mengandung :(
ReplyDeleteWa'alaikumsalam. tu la sheila. akak ada cerita kt awk thru instagram semalam kan, mmg sedih dan sakit ati je. xpelah, nnt akak nak complaint kt diorg. at least bila kita complaint, diorg ley perbaiki perkhidmatan diorg di masa2 akan datang. thanks for ur concern dik!
DeleteSPR nie tak perasan kot yang sis pregnant mata dorang sepet....
ReplyDeletesabor jer ler...take care
hahaha..tau xpe.
Deletepdhal perut memboyot je tu
ke saja2 wat x perasan
laa...kenapa sue tak pergi jumpa pengawal bertugas? dekat tempat saya, semua ibu mengandung boleh masuk dulu...lagipun saluran 4 ni untuk orang muda katanya, line yang paling laju :)
ReplyDeletehohoho..bukan setakat jumpa dan bertanya. dah menunggu pun, tapi xde yg dtg membantu pun. saluran 4 tu ramai sgt semlm. tu yg kena berdiri lama. sedih tul!
DeleteApa yg tak seronok nya sue (komen di blog saya)
ReplyDeleteSbb spr ni ke? Sama je kt tmpt ngundi saya.. Takde disediakan wheelchair pd ibu ngandung n warga tua
huhuhu..actually, x harap pun diberikan layanan yg istimewa. cuma bila perut dah membesar ni, terasa sgt2. tido malam dlm kesakitan. so, kalau dah dpt no bilik saluran tu, sepatutnya pegawai bertugas bantu saya terus ke bilik saluran tanpa beratur panjang. huhuhu
Deleteakak bawak siap bawak kerusi roda dari rumah untuk mak mertua akak mengundi... so sangat cepat, oku katanya.. alahai SPR dengarkanlah.. tapi spr okkot .. cuma ada sesetengah petugastu tak peka...
ReplyDeletetu la pslnya kan. kata ada saluran khas, tgk mcm xde je pun. cam kelam kabut je tgk diorg wat kerja aritu
DeleteSalam hari isnin......(^_^)
ReplyDeleteSalam Mia :)
DeleteSabar sis.. Tapi memang tak patut pun. Sekarang da ok?
ReplyDeletemasih terasa sakit2 lagi. perut pun semakin membesar, berat semakin bertambah
DeleteTahniah sis kerana menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia =)
ReplyDeleteSelepas Kemenangan BN dalam PRU-13
tahniah buat semua yg telah keluar mengundi juga :)
Deletesianya Sue - x perihatin pulak petugas kat situ yer.... sabar yer
ReplyDeletehuhuhu..tu la psl
Deletetahniah pada diri sendiri sbb dah jalankan tanggungjawab kita kan..
ReplyDeletehehehe..syabas betty!
Deletelaaa siannya kat sis... tp demi negara kita sanggup tempuhinya kan.. tabik springggg to you sis.. aah mak pun dr semalam dok cuba buang dakwat ni tak jugak dia nak keluaq keluaq...
ReplyDeletebetul tu Mak Dara. alang-alang dah sampai dan dah niat nak mengundi kan. hari ni dakwat tu tinggal kat kuku je. hehehe
DeletePerlu diusulkan pada SPR supaya lebih prihatin pada golongan ibu mengandung lps ni..
ReplyDeletep/s: dakwat tak sama kot, M balik cuci memang hilang la Sue -.-'
yup..agar diorg dpt menambahbaik mutu perkhidmatan di masa2 akan datang. ramai je yg buat mcm tu, actually dakwat tu mmg lambat kering. kalau dibasuh dgn air, warnanya akan pudar.
Deletesaja pergi lambat. sampai dorang call suruh pegi. time tu dah lengang. hehehehe..
ReplyDeletelega kan dah mengundi...sue first time gak ye mengundi..samela kite...huhuhu
ReplyDeletedah laksanakan tanggungjawab juga.. dan terima keputusan dgn redha !
ReplyDeletesaya pun sudah jalankan tanggungjawab
ReplyDeleteSelamat mengundi kak....
ReplyDeleteMasih ada lagi kesan dakwat kat jari ni ☺☺
ReplyDelete