VVIP Yang Terhormat

16.4.13

26 WEEKS CHECK-UP APPOINTMENT

Actually, dah 1 minggu entry ni bersarang kat draft tapi asyik terlupa je. Thihihi. Kandungan dah masuk 26 minggu 5 hari. Bermakna tinggal lagi 93 hari je lagi menanti detik melahirkan.

Results dari 26 weeks pregnancy check-up:

Berat janin : 963 gram
Kedudukan janin : Telangkup ke bawah (breech)
Kedudukan uri : Bawah janin
Denyutan jantung janin : Normal
Pergerakan janin : Normal
Tekanan darah ibu : 113/68 (normal)
Berat ibu : Naik 500 gram

After check-up tu, terus gerak ke Hospital Sungai Buloh utk dptkan rawatan susulan. Yang x bestnya, kami sampai sekitar jam 4 petang. Tapi kalau nak tau, diorg scan details baby pada jam 9.00 malam. Korang bayangkan je la berapa jam saya duduk kat kerusi menunggu tanpa dpt makan sebutir nasi pun. Oh mmg sedih sgt. Actually, kalau dah masuk kat area menunggu tu, susah sikit nak keluar g mana-mana. Disebabkan kami bawa bambam sekali, saya minta my dear balik rumah dulu bagi bambam makan dan tidurkan dia dulu sementara menunggu saya. Rumah pun x jauh dari hosp, cuma mengambil masa 10-15 min je jarak perjalanan.

Pas wat details scanning tu, doktor pakar kat situ bgtau yang baby saya dah berpusing ke bawah, uri dah naik ke atas. Syukur alhamdulillah...Kelegaan di situ sbb doktor panel ckp baby masih menyongsang dari minggu ke-22 dulu tu yg doktor panel soh refer ke hospital. Tarikh dijangka bersalin pulak, 17 Julai 2013, tak sama dengan pengiraan doktor panel 12 Julai 2013, cuma x lari jauh sgt.

"Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit." Sumber : Baby Center

Footnote :  Oh tak sabarnya menanti hari esok. Ada apa dengan esok? Tunggu next entry :D

30 comments:

  1. Replies
    1. MQ, so far doc ckp saiz dan berat baby normal. ada kawan sue lg besar baby nya, sama minggu dgn sue. tapi baby dia dah 1kg+. hopefully, baby ni lbh kurang la berat lahir mcm kakak dan abg nya :)

      Delete
  2. oh bersalin bulan 7..kite doakan ct selamat bersalin dan baby sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear. tu la kan, bersalin dlm bulan ramadhan. puas la nak ganti nnt. hehe

      Delete
  3. pcl n mamaD doakan dan berharap segalanya baik2 jer.., dah tak ingat camana dulu masa mamaD preggy..huh lama dah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bnyk2 ye PCL dan mamaD atas doa kalian. ye la, dah lama kan mamaD preggy. eh..boleh tambah lagi kot?

      Delete
  4. semangat baby sue na.lamanya sue kena tunggu..mesti stress giler kan..fahz tgh menunggu hari je nie..tak larat dah nak bawa perut nie.moga sue selamat melahirkan baby nanti ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahz, ikutkan doc berat baby sue ni masih ok lagi. kalau bole biarlah berat baby biasa2 je, tamo terlalu besar sgt. senang nak keluar. thanks a lot ya. fahz take care tau. ape2 nnt update la :)

      Delete
  5. Apa ada dgn esok???

    Rindunya nak peknen lagi hihi

    ReplyDelete
  6. bersalin bulan 7 yer. kalau 11 julai tu kan ke sama ngan tarikh lahir kita. Aleesya pun on Julai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kak. mudah2an. kalau 11 julai sama dgn tarikh lahir adik lelaki saya. birthday saya pulak 19 julai. hehehe. senang nak celeb sekali :D

      Delete
  7. Tiba2 teringin nak peknen balik...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lagi tu. sementara masih muda ni kan :D

      Delete
  8. Assalamualaikum kak suria. alhamdullilah syukur. semoga kak suria dan baby sihat walafiat. heee. bestnya pregnant.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. syukur alhamdulillah, both me & baby sihat je. sheila bole dah tu. hehehe. akak doakan sheila cepat2 dpt baby ok :D

      Delete
  9. jaga kesihatan ye sue...rest biar cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis. mudah2an akan dpt rehat secukupnya :)

      Delete
  10. seronoknyer ada baby baru ni nanti. moga semuanyer ok yer sue

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks KA. sue & family pun x sabar nak tgk newborn baby :)

      Delete
  11. semoga dipermudahkan semuanya...
    Bila peknen ni memang kena jaga betul...
    Sebab ada satu nyawa lagi yang bergantung hidup dengan kita...

    ReplyDelete
  12. tak sabarnye nk tgu kelahiran tu.. sama dgn wife blogger Eraz lah ae bln 7

    ReplyDelete
  13. Jaga kesihatan tau Sue.. M doakan Sue & baby kat dlm tu sihat..

    ReplyDelete
  14. wah x sabar kina nak dapat anak buah baru..hehehe

    ReplyDelete
  15. Jaga kesihatan kak.... =D
    Tak lama je lagi nak dapat orang baru kan....

    ReplyDelete
  16. takecare yek...dah makin bertambah ahli keluarga nanti..moga selamat smpai melahirkan...=)

    ReplyDelete
  17. nikmatnya pregnant..hehe..bestnya sue...semoga semuanya selamat..:))

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara