VVIP Yang Terhormat

4.3.13

TIPS: MENANGANI SAKIT-SAKIT KECIL SEMASA HAMIL


Assalammu'alaikum WBT. Morning kawan-kawan. Arini mengantuk yg amat, since hari Jumaat sampai la ke hari Ahad kami sgt sibuk. X menang kaki tangan. Siyes letih! Bangun pagi tadi terasa sakit satu badan. Hohohoho.

Ibu mengandung mmg mcm ni, mmg xkan pernah cukup tido punya. Tup tup kul 6 pagi tadi baby inside dah menendang2 dlm peyut, minta mummy bangun le tu. Hehehe. Mmg kena dgn timing mummy nak bersiap2 g kerja. Bambam pulak tido x lena mlm tadi, habis satu katil dia golek golek, kejap kang dia nangis dlm tido. Selang 2-3 jam minta susu pulak. Mujur my dear hubby rajin bangun buatkan susu. Makin bertambah sayang la saya ni kat dia. Hehehe. Harapkan mummy mmg x larat la. Ye la kan, dia paham bini dia ngah preggy. Kang pagi2 nak bangun g kerja pulak. Agak-agak boleh tercalon tak dlm list 'Bapa Mithali'? :D

Gagahkan jugak bangun pagi tadi. Ikutkan mata dan badan ni, mmg nak sambung je tido balik. Tapi mikirkan kerja adalah tanggungjawab, harus dilaksanakan sebaik mungkin. Pastu, saya terjumpa satu entry berkenaan dgn tips bagi mengatasi sakit-sakit kecil semasa hamil di AlamHamil.

MENANGANI SAKIT-SAKIT KECIL SEMASA HAMIL

Sebelum mengandung, masalah sakit dan demam kecil memang senang untuk diatasi kerana ubat-ubatan senang diperolehi dimana-mana. Kalau sakit kepala makan saja ubat tahan sakit, kalau demam telan sahaja ubat demam. Tetapi apabila anda hamil, segalanya berubah!

Sekiranya anda boleh, elakkan semua ubat-ubatan semasa awal mengandung iaitu pada 3 bulan pertama kerana pada masa itu bayi membentuk dengan kadar yang sangat cepat. Lebih bagus sekiranya anda tidak mengambil sebarang ubat sepanjang tempoh kehamilan awal ini.

Kebanyakan wanita yang takut memakan ubat yang dipreskripsikan doktor mungkin beralih kepada ubat-ubatan traditional kerana menyangka ubat ini selamat tetapi ada juga ubat traditional dan herba semulajadi yang boleh mendatang kemudaratan kerpada pesakit. Ramai wanita menyangka yang ia bukan sejenis ubat dan membuat keputusan untuk tidak memberitahu doktor.

1. Sakit kepala

Ibu hamil tidak disarankan mengambil ubat seperti aspirin atau ubatan yang terdiri dari kumpulan NSAIDs. Panadol walaubagaimanapun adalah selamat. Sakit kepala yang biasa boleh dilegakan dengan mengurangkan tekanan dan dengan mengamalkan teknik relaksasi. Hindarkan dari makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti coklat dan minuman bercafin. Mereka yang menghadapi migrane mungkin perluu mendapat ubat yang lebih kuat dengan preskripsi doktor.
Sakit-sakit kepala ni sering berlaku sewaktu di trimester pertama dan trimester terakhir sebelum kelahiran. Bagi saya, kalau dah sakit-sakit kepala tu, letak  minyak cap kapak kat kepala, tengkuk dan bahu. Gelapkan sikit bilik/ruang yg kita nak baring, then tido je la. Tu je la caranya nak bagi hilang sakit kepala. 

2. Sakit urat dan lenguh-lenguh

Selalunya akan hilang dengan sendiri. Anda boleh mengosok dan meletakkan kain atau menda suam ditempat yang sakit. Panadol juga boleh mengurangkan sakit. Sekiranya ia tidak juga berkurangan selepas beberapa hari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Yg ni mmg saya tengah alami sekarang disebabkan faktor pertambahan berat baby dan berat saya sendiri. Jalan sikit dah terasa penat. Selalunya saya akan sapu minyak panas dan minta my dear hubby urutkan secara perlahan-lahan di sekitar betis, pergelangan dan tapak kaki.

3. Loya dan muntah

Doktor sebenarnya lebih suka untuk tidak memberikan sebarang preskripsi untuk loya, sebaliknya menyarankan memakan makanan dengan kadar sedidit tetapi lebih kerap. Hindarkan makanan pedas dan berkari.
Yg ni saya alami sewaktu kehamilan di bulan pertama hingga ketiga. Mmg sakit jugaklah, but still can manage to reduce it. Doktor cuma minta berehat dan tidak perlu stress sepanjang trimester pertama tu.

4. Pedih ulu hati dan ketidakhadaman

Kebanyakan antacid adalah selamat untuk dimakan pada mana-mana peringkat bersalin. Jangan risau untuk mengambilnya. Kurangkan makanan berminyak, pedas dan minuman berkafin.
Yg ni selalunya akan berlaku ketika bayi telah berusia antara 7-9 bulan. Masa tu, mmg baby dah agak besar. Pemakanan kita pun terpaksa dihadkan kerana faktor pedih ulu hati dan ketidakhadaman ni. Sewaktu mengandung anak sulung, saya pernah muntah dan ada sedikit darah, masa tu kandungan dah 9 bulan.

5. Demam selsema

Minum air secukupnya untuk rehidrasi, menyedut wap panas boleh menolong mengurangkan selsema dan hidung tersumbat. Sekiranya anda mengalami selsema yang teruk dan ia terjadi di awal megandung, spray hidung akan adalah selamat digunakan. Selepas trimester pertama, antihistamine biasa adalah selamat digunakan.
Mmg tak dinafikan, demam selsema sering terjadi di sepanjang kehamilan. Sistem imun ibu akan berkurangan. Nak-nak pulak ketika cuaca yg tidak menentu, mmg demam selsema akan on off.

6. Batuk-batuk

Ubat batuk selalunya selamat digunakan asalkan tidak mengandungi alcohol. Berbincanglah dengan doktor anda untuk recomendasi yang lebih baik bagi wanita hamil.
Yg ni pun sama jugak seperti demam selsema. Kalau batuk yg tidak henti-henti, mmg akan terasa sakit di sekitar perut dan bawah perut. Kdg-kdg urat perut tersimpul! Pernah gak terjadi. Huhuhu


Footnote : Alhamdulillah..semua job mekap dan show pada minggu lepas telah berjalan dgn lancarnya. Semua client kami berpuas hati dgn perkhidmatan yg kami berikan. Misi pencarian uniform utk kumpulan angklung Fusiona Ethnic juga telah berjaya!  Thanks for all ur wishes!!

37 comments:

  1. salam su...
    memang betul pun selalu juga rasa akak rasa sakit2 mcm tu.

    ReplyDelete
  2. Ye la yang, MQ tengah preggy ni pun mmg masih mengalami simptom diatas kecuali demam la belum lagi.. Hope janganlah sakit, sbb sakit yg yg ade pun xlarat nak tanggung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..saya selalu sakit kt tulang pinggul dan kaki. kalau kaki tu bolehlah letak minyak panas dan urut sikit. tapi kalau tulang pinggul tu mmg x ley wat pape la. kita harap sgt x bertambah2 sakitnya..sabar ye

      Delete
  3. akak lak kalau peknen x penah lagi morning sikness .. leh tak gitu .... tp kalau sakit2 bdn mmg biasa le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, lain org lain pengalamannya. mmg kami adik beradik ikut mak, preggy sickness sgt teruk. nak xnak mmg terpaksa layan. hehehe

      Delete
  4. nice sharing sis, tips2 ni boleh mnjadi bekalan utk sye bila kawen n preggy nnt..heee..akak jge kesihatan eyh take care..

    ReplyDelete
  5. tips bagus cuma jgn sapu minyak panas kat bahagian perut dan belakang pinggang udah lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..so far x pernah lg letak minyak panas kt perut. aritu je la sekali letak sbb sakit perut yg amat, tu pun guna minyak yu yee :D

      Delete
  6. akak tak sanggup mengandung.. sebab memang banyak masalahnyer... jadi memang tabik ngan ibu mengandung.. cabaran ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak..xpe kak, setiap org ada ujian, cabaran dan dugaan msg2.

      Delete
  7. tips yang berguna buat ibu-ibu yang hamil...
    kak, terus jaga kesihatan ye... jangan kerja kuat sangat... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..so far, masih larat lagi wat kerja yg sepatutnya. thanks dik!

      Delete
  8. good tips sue..apa yg ema alami skrg selalu sakit kepala dan sakit tekak...ada simpton nak preggy ke ni?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmmm..klau sakit2 camtu, better ema pegi check ngan doktor ataupun boleh buat urine test sendiri. sue nak ckp pun xtau. hehehe. insyaAllah, moga2 diberi rezeki :)

      Delete
  9. Tips yang berguna untuk mereka yg 1st preggy...saya dah lalui semua tu sebab dah ada 3 anak...hehehe
    Sue jgn buat keja banyak sangat pulak....take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear. mmg berguna tips ni utk yg belum ada pengalaman lg. bagi kita yg dah beranak pinak ni, dah lali dah kan. hehehe
      insyaAllah ye sis, so far masih larat lagi :)

      Delete
  10. perlu simpan tips nie dulu.. harap2 ada rezeki. amin ^^

    ReplyDelete
  11. suka wording terakhir dr surah al quran tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zam! sharing is caring.
      maka benarlah kata-kata Allah :)

      Delete
  12. bagus tips ni kak. Ros simpan dulu tips ni. masih berdoa dan berusaha ke arah itu. Aminn.

    ReplyDelete
  13. As salam Suria,

    Preggy kali ni Marya rasa selalu sakit kepala... Tak tahu sb apa... muntah2 & loya dah kurang... lain2 tu belum lagi...hehehe... harap2 dipermudahkan segalanya sehingga akhirnya... take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Marya,

      yeke..kesiannya. gitulah dugaan ibu mengandung kan. kena tahan dan sabar je la. sabar ye. mudah2an sakit2 kecil tu hilang la ye. amin...take a good care too :)

      Delete
  14. thank's kak atas info ni.. mudah2an berguna tuk saya nti.. :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih artikel yang berguna... Salam blogging

    ReplyDelete
  16. Sye skrg selalu sakit kepala..now da 6months,,,risau plak takot sakit lain..hari2 sakit..kalo tdo ilg la sakit,,,bgn brgerak masak wt Kerja umah jdi plak sakit kepala..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara