VVIP Yang Terhormat

26.3.13

TIPS KECANTIKAN : CARA SEMULAJADI SUPAYA KELIHATAN MUDA


Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips kecantikan secara semulajadi supaya kelihatan lebih muda dari usia sebenar. ^__^

Anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yg besar atau melakukan sesuatu yg menyakitkan untuk mendapatkan kulit wajah yg lebih muda. Berikut merupakan cara mudah dan semulajadi agar anda kelihatan lebih muda:

1. Pengambilan makanan kaya antioksidan
Pengambilan makanan kaya antioksidan dapat membantu menghilangkan radikal bebas, mengeluarkan racun dalam tubuh, kedutan dan kerosakan akibat sinar matahari. Makanan kaya antioksidan bukan hanya dapat melambatkan proses penuaan tetapi juga mencegah penyakit jantung, kanser dan tekanan darah tinggi.

Makanan kaya antioksidan ialah seperti buah ber (raspberi, strawberi, blueberi), teh hijau, brokoli, tomato, bawang putih, bayam, lobak, kacang soya, bijirin dan gandum. Jangan lupa untuk mengambil air putih minimum 8 gelas sehari dan mengambil makanan kaya protein dan omega 3. Hindari pengambilan makanan dan minuman manis secara berlebihan.

2. Lindungi kulit daripada sinar matahari
Paparan sinar matahari boleh menjadikan kulit anda berkedut dan bercak-cak coklat. Terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari juga akan menyebabkan anda kelihatan tua. Oleh sebab itu, lindungilah kulit wajah daripada sinar matahari dengan menggunakan sunblock SPF 15-30 yang mengandungi antioksidan dan vitamin A, C dan E. Kandungannya akan membantu mengurangkan kesan negatif daripada sinar matahari.

3. Waktu tidur yang cukup
Kurang tidur boleh menyebabkan kantung mata, lingkaran hitam dan sudah tentu akan menjadikan kita kelihatan lebih tua. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup supaya terhindar daripada kedutan dan kerosakan kulit. 

4. Penjagaan kulit yang baik
Pilihlah penjagaan kulit yang baik dan tidak ada salahnya mencuba bahan-bahan semulajadi misalnya masker pisang untuk kulit wajah dan lain-lain. Pastikan untuk membersihkan wajah sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar kecantikan untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih baik.

Tips kecantikan lain untuk mendapat kulit yang lebih muda ialah dengan melakukan senaman secara rutin, menghindari asap rokok, kafein dan hindari penggunaan kosmetik sembarangan.

Sumber : Mingguan Wanita

Footnote : Nak cantik di luar, haruslah bermula dari dalam... =]

26 comments:

  1. Replies
    1. hehehehe..tapi ramai manusia zaman skang ni cantik di luar je. huhu

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe..baca dan amalkan. x salah kalau lelaki pun nak jaga kecantikan :D

      Delete
  3. Patut laa akak chantek n nampak muda je, akak amalkan tips neh eyh..hehe :D
    nice sharing sis! ^_______^

    ReplyDelete
    Replies
    1. x jugak la dik. akak ni tido mmg x pernah yg cukup, pastu jarang2 sgt pakai masker sblh malam (ade anak tecik mmg cabaran)

      Delete
  4. masker pisang?? wah.. first time saya dengar masker ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi bahan2 semulajadi yg boleh kita jadikan sebagai masker. hehehee

      Delete
  5. salam sue.... terima kasih berrbanyak sudi jengah blog intan...terima kasih x terhingga sebab selalu juga bg sokongan..sayang sue!

    tips yang bagus nih..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam intan. sue hanya mampu bagi moral support buat intan, yg lain2 usaha intan dan selebih dari tu berserah kpd Allah SWT. harap intan tabah dan sabar ye. insyaAllah, ada rezeki tu nnt :D

      Delete
  6. Tips ni bagus ni..
    Mudah pun mudah... =D

    ReplyDelete
  7. dalam mood bercuti dah tak sempat nak jaga2 tu semua.., kesian mamaD.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara