VVIP Yang Terhormat

15.2.13

MUHASABAH CINTA


  • Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.
  • Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.
  • Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga.
  • Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.
  • Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair.
  • Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.
  • .. dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya.
Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.
 
Itulah cinta. Ia fitrah. Dan ia juga boleh menjadi fitnah.
 
Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina. Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia, dan ia juga bisa menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.
 
Sudah lama kita menjalani kehidupan ini, dan sudah banyak kali perkataan 'cinta' kita ungkapkan dan luahkan.
 
Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah. Muhasabah tentang cinta. Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita? Di tempat yang sepatutnyakah? Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?

1. Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..." - [Al-Baqarah: 165]
 
2. Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." "Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." - [At-Taubah: 24]
Sumber : ILuvIslam 

16 comments:

  1. Selamat pagi dear..:) dah bekpes? hope sihat2 selalu...terima kasih ats perkongsian ilmu n..:)

    ReplyDelete
  2. Salam, cinta perlu ada di jiwa barulah hidup berharga setiap detik, masa dan ketika..TQ atas pengisian ini..

    ReplyDelete
  3. salam jumaat .. perkongsian yg bgs. owh cinta ^^

    ReplyDelete
  4. Thanks kak...
    Entri ni sangat terkesan kat hati... =D

    ReplyDelete
  5. yeahh suka! tp kan cinta lah buat hery merana..hahahahhaha

    ReplyDelete
  6. Cntai laa Allah melebihi dari segala-galanya..kerana Allah mencintai kita lebih dari apa yang kita tahu

    ReplyDelete
  7. salam jumaat...

    perkongsian yg sangat bagus,kdg2 kita terlupa yg cinta pada Allah tu lebih utamakan.

    ReplyDelete
  8. gd one. tq share with us ye

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara