VVIP Yang Terhormat

8.2.13

TIPS : MEKAP UMPAMA SENI

Bagi sebahagian wanita, tidak lengkap gaya harian mereka tanpa calitan mekap.
Namun, apabila bermekap perlu kena pada gayanya kerana sapuan mekap umpama seni. Luarannya ia kelihatan mudah dilakukan, tetapi apabila ‘diwarnakan’ hasilnya belum tentu nampak menarik.
Setiap sapuan bahan mekap perlu diadun sempurna dan rata pada keseluruhan wajah bagi mengurangkan kewujudan garis halus atau berbelak. Selain itu, penting untuk membezakan gaya solekan untuk majlis pada siang hari dan malam, jika tidak, kecantikan wajah tidak me­nyerlah sepenuhnya.
 
1. Asas penjagaan kulit

Asas pemakaian mekap adalah memastikan kulit wajah sentiasa bersih iaitu dengan membersih, me­nyegar dan melembap wajah terlebih dulu.

Tanpa wajah yang bersih, pemakaian mekap tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

2. Riasan mata

Ramai masih tercari-cari tip mekap bahagian mata bagi menyerlahkan titik tumpuan pada wajah mereka. Antara yang boleh dijadikan panduan ialah penggunaan penggaris mata warna semula jadi seperti coklat.

Apabila disapukan, mata kelihatan tidak begitu garang berbanding peng­gunaan penggaris mata berwarna hitam.

Untuk gaya lebih ringkas dan semula jadi, letakkan secara nipis di atas dan di bawah garis mata.

Bagi menutupi kesan ling­karan gelap di bawah mata, gunakan penyamar cela terlebih dulu di bahagian terbabit. Mulakan sapuan dari bahagian dalam mata ke penghujung mata hingga sebati dengan kulit.

3. Mulut

Bagi mereka yang memiliki bentuk bibir yang nipis, gunakan penggaris bibir dan besarkan sedikit bahagian bawah bibir untuk mendapatkan bentuk bibir penuh.

Kemudian ratakan de­ngan gincu atau pelembap bibir, namun usah menggaris bibir terlalu jauh dari garis asal bibir.

Untuk mengekalkan warna gincu pula, warnakan bibir dengan peng­garis bibir tadi sebelum diletakkan gincu kerana ia boleh bertindak sebagai gam dan memastikan warna gincu tidak tertanggal dengan mudah.

4. Pipi

Jika memiliki tulang pipi timbul yang juga satu kelebihan, beri keutamaan kepada bahagian itu. Bagi mereka yang berkulit cerah, gunakan pewarna pipi berwarna kuning kemerah-merahan dan merah jambu kusam untuk wanita berkulit gelap.

Gunakan berus pemerah pipi yang besar untuk mendapatkan hasil sapuan lebih sekata. Sapuan perlu dibuat secara serong iaitu dari bahagian tulang pipi menghala ke mulut. Gunakan satu arah sapuan saja agar warna lebih sekata.

Sumber : Harian Metro
 
 Sebelum bermekap
 

 
 
Selepas bermekap
 
 
 
 
 
Footnote : Yeayyyy!!! Esok start cuti sampai hari Selasa depan. Boleh berjimba-jimba dgn anak-anak. Rindu kat bambam, tasaba nak jumpa dia. Selamat bercuti korang. Berhati-hati di jalanraya :)

45 comments:

  1. tq share this dear & selamat bercuti ye, jaga diri too!

    ReplyDelete
  2. cantiknya akak dan makeup akak...perghh! muda remaja nmpk...

    ReplyDelete
  3. Canteknya sue...
    Kite mmg tak reti nk mekap2
    Sue jumpa ramai org kan, show sana sini
    Tu yg kene jaga penampilan =)

    Baby khadeeja tu, anak sedara kite
    Sepupu zakwan nayli =)

    Selamat bercuti! Bambam mesti hepi jumpa mama!

    ReplyDelete
  4. Wow..dah mcm korean look dah..Boleh buka kelas ni..hehe

    ReplyDelete
  5. pandainya ... yana klu makeup sdr selalunya jd opera cina. kikiki

    selamat bercuti .. hati2 d jlnraya

    ReplyDelete
  6. @Mrs Velentine saya makeup cantik2 camni pun kalau ade majlis2. kalau ke office simple saje :)

    ReplyDelete
  7. @hazwan hairy hahaha..xde maknanye nampak muda remaja la dik. mekasih ya

    ReplyDelete
  8. @Ayu sukatiakula tapi time ade mood best mmg makeup heavy la, itupun tgk majlis jugak. kalau tak, simple2 je

    ReplyDelete
  9. @Mimi Azirah mimie, saya ni sbb ada minat. tu yg rajin ikut kelas

    ReplyDelete
  10. @Nad MamaZN yes dear. mmg nak kena sentiasa jaga penampilan. kalau keluar dgn hubby pun kena cantik2 n berdandan jugak

    ReplyDelete
  11. @UmmiAbi insyaAllah ummi. mmg ada cadang nak buka kelas. tunggu masa yg sesuai je

    ReplyDelete
  12. @yana aina ala sis, kdg2 pun tersasul jugak makeup tu. nampak cam bercapuk pun ade kalau nak cepat

    ReplyDelete
  13. baguih nyer pandai mekap ..akakni dah kena tegur ngan bos suruh mekapupun still malas nak berlipstikjerpuer...
    nnt ambik gambar bambam banyak2 tau.. tepek kat sini..

    ReplyDelete
  14. Saya tak pandai make up camtu ....huhu

    ReplyDelete
  15. Pandai Sue makeup.
    Selamat bercuti Sue.

    ReplyDelete
  16. Thanks share...
    AJ suka mekap...
    hehhheheheh...
    Lepas tu selalu kena mekapkan kawan or cousin masa nikah... =D

    ReplyDelete
  17. make up itu seni ^^ best2x.. :) mata jd besar dgn teknik make up :)

    ReplyDelete
  18. @Cho Zila ala kak. kalau dah minat tu kan, mmg rajin g kelas. tu yg bole makeup camni. kalau nk harap diri sendiri, mmg biasa2 je la makeup tu

    ReplyDelete
  19. @Mia Kassim xpe, nnt bole belajar. yg penting minat dan usaha :)

    ReplyDelete
  20. @AyueJean AJ sama la ngan akak pun. ni ade photoshoot bulan 3 ni pun akak kena makeup kan jugak. takuttttttt....

    ReplyDelete
  21. @ayut hehehe..betul3. lg bnyk belajar, lg bnyk ilmu yg kita dpt. ni baru sikit ni

    ReplyDelete
  22. @mama aryan saya ni dari kecik mmg suka makeup2 ni. tu yg boleh jadi camni. hehe

    ReplyDelete
  23. Pandainya Sis mekap :-)
    Wilma kalau bermekap time ada acara perkahwinan jak...Itupun sis yang tolong mekapkan...Nak belajar la lepas nie ^_^

    ReplyDelete
  24. @Dunia Wilma tau ni pun sbb pegi kelas. tapi dlm masa yg sama mmg minat :)

    ReplyDelete
  25. @intanfirdaus247 kalau rajin g kelas, mmg cepat pandai. tapi kena ada minat la

    ReplyDelete
  26. Thanks for sharing sue. Tapi saya tak pandai mekap ☺☺

    ReplyDelete
  27. wahh..pandainya sis mekap..cantik sangat ! :)

    ReplyDelete
  28. @Fiza Rahman sama2 kak. hehehehe. xpe, kalau ada minat, boleh belajar

    ReplyDelete
  29. @Liza Razak ni pun sbb belajar, kalau tak belajar makeup biasa2 je pun

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara