VVIP Yang Terhormat

9.1.13

TEMPAHAN PERSEMBAHAN BAGI TAHUN 2013!

Oklah, mungkin ramai yang dah tahu tentang kewujudan blog 'SuWaRa Entertainment' dan mungkin ada yang dah follow (TQ TQ). Sempena kedatangan tahun baru ini, saya ingin menjemput kawan-kawan yang inginkan kelainan dalam majlis perkahwinan, majlis makan malam atau untuk sebarang majlis/acara, kini tempahan persembahan bagi tahun 2013 telah dibuka.

Ramai yang telah menghubungi pihak kami untuk membuat pertanyaan dan penempahan. Antara perkhidmatan persembahan yang kami sediakan adalah:

1. Angklung Solo
2. Angklung dan Kumpulan
3. Angklung Koir
4. Gamelan
5. Tarian Dewasa
6. Tarian Kanak-kanak
7. Nyanyian Lagu-lagu Asli & Tradisional/Ghazal
8. Tarian Kuda Kepang
9. Teh Tarik & Roti Canai Show
10. Kompang
11. Silat
12. PA Sistem
13. Make-up (utk sebarang majlis)
14. Wedding Planner
15. Sewaan Pelamin

Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan atau ingin mengadakan sebarang majlis, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan pakej-pakej dengan harga yang menarik kerana ianya sangat murah dan anda pasti tidak akan kecewa dengan perkhidmatan yang kami sediakan.

Berminat? Sila hubungi kami melalui telefon/sms/e-mel bagi mendapatkan pakej-pakej persembahan dgn harga yang sangat berpatutan. Maklumat lanjut, boleh layari blog kami SuWaRa Entertainment.

Antara pengalaman-pengalaman yang pihak SuWaRa Entertainment telah perolehi adalah:

1. Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.
2. Pernah terlibat di dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia-Dubai pada tahun 2008 di Dubai.
3. Telah melibatkan diri di dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism-Malaysia Thailand sempena International Travel Fair 2012 di Bangkok, Thailand.
4. Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia untuk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.
5. Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot stesen-stesen television TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.
6. Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis perkahwinan, majlis makan malam, promosi produk, promosi perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya di serata tanah air anjuran agensi/jabatan/kementerian kerajaan, pihak swasta, sekolah-sekolah, badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.
7. Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di agensi/jabatan/kementerian kerajaan, sekolah-sekolah, badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

Video persembahan angklung solo semasa di
Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

40 comments:

  1. semoga dimurahkan lagi rezeki di tahun 2013 kak...sya pun tgh cuba cri rezeki jga ni..hehe

    ReplyDelete
  2. wah..terbaiklah awak... pergh.. kalau nak penyanyi, saya sudi menjadi penyanyi itu..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Semoga tahun 2013 rezeki melimpah ruah

    ReplyDelete
  4. wah...jeles dengan mereka-mereka yang terer bisness, kita yang buta ilmu ni tak tau nak start tang mana. gud luck for 2013 :)

    ReplyDelete
  5. selamat maju jaya dlm ape jua yg kamu ceburi

    ReplyDelete
  6. selamat berjaya.. teringin gak akak nak tengok live... company akak tak teringinker !!!

    ReplyDelete
  7. Warh, mcm2 ada.
    Semoga terus sukses untuk tahun 2013 nie.

    ReplyDelete
  8. in sha Allah rezeki anak2 kan...moga bisnes sue dan suami bertambah2 lagi hendaknyer.....

    mak yong sihat tak ni ? nanti perut dah nampak pos gambar tau heheeh mane tau leh jadi sumber inspirasi tuk lieya pregnant balik ke hahahahahaahahah

    ReplyDelete
  9. @hazwan hairy terima kasih dik. mudah-mudahan. nnt boleh la guna khidmat kami utk ur wedding :P

    ReplyDelete
  10. Salam~ Zam dtg dr segmen Mak Dara :) Thanks sb slu berkunjung ke blog Zam

    ReplyDelete
  11. @Anum alhamdulillah anum. semoga rezeki kita semakin dilimpahi :)

    ReplyDelete
  12. @boni kacak alhamdulillah bang boni. klau harapkan keje makan gaji ni mmg tak cukup. mujur husb berbakat dlm bidang seni, bole la berbisnes kecil2an dulu. bole je, nnt duet ngan saya k :)

    ReplyDelete
  13. wahhh..ke bangkok sudah...huhuhu...smga semakin murah rezeki bt akak sekeluarga...

    ReplyDelete
  14. @Orga eh xde la terror mane pun. try test market dulu. nowadays, ramai yg guna internet utk sumber rujukan. dpt client pun through internet je. good luck utk awk juga ye. TQ :D

    ReplyDelete
  15. @Cho Zila hihi. mekasih kak. bole la promote kt company akak utk dinner this year. mane tau klau2 diorg berminat :)

    ReplyDelete
  16. @lieyalatif insyaAllah lieya. kena bekerja kuat lg ni. hehehe. so far, sue ok je. perut dah naik skit, perut tebal la kata kan. hahaha!

    ReplyDelete
  17. @ayut alhamdulillah ayut. dah perform ke luar negara. hopefully akan ada peluang2 mcm ni lagi this year. insyaAllah. thanks ye dik!

    ReplyDelete
  18. All the best Sue..semoga dipermurahkan rezeki untuk sue sekeluarga

    ReplyDelete
  19. Semoga murah rezeki akak dan Suwara Entertainment.....
    AJ ni tak tau bila nak pak pung nya...
    Tak boleh nak tempah lagi... Hehehehe....

    ReplyDelete
  20. Semoga dimurahkan lagi rezeki tahun ni...Aaminn

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara