VVIP Yang Terhormat

9.1.13

BOLEH PERCAYA KE NI??

Assalammu'alaikum WBT. Semalam petang saya check e-mail sbb ramai customer yang berurusan dgn saya melalui e-mel utk persembahan-persembahan bagi majlis perkahwinan, kan cuti sekolah bulan 3 ni. Tu yang nak kena rajin n selalu check e-mel.

Tetiba kan, ada satu e-mel yang agak mencurigakan saya. Cer korang baca.
Kepada yang dihormati,
 Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia. Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini. Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini. Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya. Oleh itu, saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah. Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir. Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga. Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat. Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya. Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya. Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.
 
Yang Benar,
Pn. Siti ...............
From: Malaysia
Ini adalah pertama kali saya dapat e-mel yang berbahasa Melayu. Sebelum-sebelum ni hanya dapat e-mel yang berbahasa Inggeris yang entah sape-sape la pengirimnya. Tapi e-mel yang ni, siap ada nama penuhnya sekali. Alamat e-mel pun ada sedangkan sebelum-sebelum ni, diorg guna alamat e-mel yang pelik-pelik yang mmg nampak sgt penipunya.
 
Disebabkan takut tertipu, so saya biarkan je la e-mel tu. Kang tak pasal-pasal pulak jadi kes lain. hohohoho
 
Footnote : Blogger kat office saya ni tak boleh upload gambar since semalam. Kenapa je eh? Huhuhu
 
 

24 comments:

  1. hi sis
    anum dah dapat emel yang sama
    so buat x tau je
    macam2 cara kan

    ReplyDelete
  2. yelah... kalau dia betul2 nak derma kenapa tak terus pergi ke persatuan tu.... nape nak hantar email...

    ReplyDelete
  3. nampak macam betol2 memerlukan..better reply je email dia & suruh dia rujuk pada Amanah Raya..

    ReplyDelete
  4. KA pernah dapt email dari Puan Siti ni sebelum ni ... ignore ajelah

    ReplyDelete
  5. Bukak blogger thru internet explorer @ mozilla..biase ada masalah kalu guna internet explorer

    Seeloknya, xyah la reply emel tu..

    ReplyDelete
  6. itu sume spam dear ...
    iera slalu jgak dpt ...
    tetibe ada wasiat bg harta kat kita plak ...
    da boleh list kn sender tu dlm spam ..

    ReplyDelete
  7. a'ah..email spam..just ignore..sy pun xdapat upload gambar dekat komputer opis guna ie..terus buka guna chrome boleh plak..

    ReplyDelete
  8. salam..
    akak pun byk kali dpt email cam tu... hehe...abaikan jer...haha..mn ada org nak bg harta mcm tu jer kan...kelakar la org tu...:)

    ReplyDelete
  9. slalu gak dpt tp x pernah dlm bhs melayu...hehehe...blogwalking dr segmen mak dara smlm...dh follow sini yer...

    http://nasrizfardisza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. mak dara selalu dpt dlm bahasa inggeris tu seminggu kompom dapat satu dua.. ni first time tgk dalam bahasa melayu.. makin advance diorang ni skrg kan...

    ReplyDelete
  11. nthla kak nk caya ka x...sbb mbr pn pernah dpt juga email2 macam ni..hehe....kena berjga2 ni >_<

    ReplyDelete
  12. xtau la nak percaya btol ke x . tp yg pelik mcm mna plk dia kenal akak kan..

    ReplyDelete
  13. Jgn percaya langsung dengan email2 mcm ni.. precaution steps..

    ReplyDelete
  14. Jangan percaya....sebab saya pun byk dapat email camni...versi melayu pun ada....

    ReplyDelete
  15. akakpun selalu buat donnojer email gini.. isyh tak kenal kita tiba2jer tak payahler...

    ReplyDelete
  16. Abaikan je email tu...skrg nie mcm2 taktik org nak menipu..

    ReplyDelete
  17. Pernah dengar tentang email macam ni. Biarkan ajelah. Jika benar dia nak menderma, banyak tempat yang dia boleh dermakan SENDIRI..

    ReplyDelete
  18. pernah jugak dapat email cam ni, tapi buat tak tau ja

    ReplyDelete
  19. tak pernah dpt email mcmni...tp klu dpt mmg biarkn je kot..bkn tak mahu membanut tp takut tertipu...

    ReplyDelete
  20. AJ selalu je dapat...
    Tapi tak penah layan pun.....
    Kadang nama lain, tapi ayat dalam tu sama & terang2 copy paste kak....

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara