VVIP Yang Terhormat

30.11.12

"BERITA : BERPELUKAN DI BILIK MANDI"


BELURAN, SABAH: Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak, 32, bersama dua anaknya, Siti Noraznizah Husin, 9, dan Siti Norajikah Husin, 5, berasal dari Kampung Kolapis, di sini, ditemui berpelukan di bilik mandi bahagian atas rumah kedai mereka.

 
Tiga beranak itu terperangkap selepas gagal membuka tingkap jeriji yang berkunci, manakala suaminya, Husin Ismail, 30-an, dan anak lelaki sulung mereka, Azrul Nizam, 12, yang ketika kejadian berada di tingkat bawah, sempat menyelamatkan diri.

Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada ruangan restoran dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang terletak bersebelahan kedai menjual perkakas rumah terbabit.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V Sivanathan berkata, ketika kejadian, mangsa bersama dua anak perempuannya tidur di tingkat atas kedai berkenaan, namun mereka terjaga apabila berlaku kebakaran dan cuba menyelamatkan diri.

Sumber : Harian Metro

Footnote : Memang benarlah kata orang, malang tidak berbau. Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah....

22 comments:

  1. takziah...semoga roh mereka dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  2. al fatihah...klo rumah terkunci abis la...

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar.. semoa roh mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.. aaminn.

    ReplyDelete
  4. Ya! allah...kesiannya. Al-fatihah buat mereka.

    ReplyDelete
  5. Allah....
    Sedihnye...
    Takziah buat keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  6. kesiannya,,moge mereke ditempatkan dlm golongan org yg beriman

    ReplyDelete
  7. kesiannya... Al-Fatihah buat mereka anak beranak..semoga mereka ditempatkan di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh kepadaNya..amin

    ReplyDelete
  8. ya Allah..sedihnya baca..moga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  9. sedihkan...terharu bile bce artikel nih yg siap ade ilustrasi posisi diorg mse kebakaran

    ReplyDelete
  10. sedih baca kisah ni..memang menyayat hati...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara