VVIP Yang Terhormat

9.10.12

MENUNAIKAN "RUKUN ISLAM KE-5"

21 September 2012 . Jumaat . 1.30 pagi
Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya

Setelah selesai majlis kenduri doa selamat yang telah diadakan pada 17 Sept 2012 aritu, kini hari yang dinanti2 telah muncul juga. Tarikh keberangkatan mak abah ke Tanah Suci Kota Madinah dan Kota Makkah. Ramai sanak saudara yg terdiri daripada adik beradik abah mak dan juga anak2 buah serta adik beradik saya berada bersama2.

Sgt meriah! Ini adalah pengalaman pertama kami menghantar jemaah ke Kompleks Tabung Haji yang terletak di Kelana Jaya. Serius ramai orang masa tu. Ahli keluarga jemaah la yg paling ramai di sana. Kita gembira dan rasa teruja ingin menghantar mereka ke sana bagi menunaikan rukun Islam yg ke-5 ini.

Pada mulanya senyum, gelak dan tawa menghiasi ruangan menunggu keberangkatan jemaah. Namun, apabila pengumuman para jemaah perlu check-in pada jam 1 pagi, kami berasa sedikit sedih. Salam peluk cium dari saudara mara yang perlu pulang lebih awal disertai tangisan gembira dan sedih menghiasi. Apatah lagi kami anak beranak yang perlu berpisah dgn mak abah. Utk pengetahuan kalian, kami anak beranak tidak pernah terpisah jauh dgn mak abah. Sungguhpun dah berkahwin, tapi setiap bulan kami akan pulang jenguk mereka. Tu  yg terasa sgt tu bila diorg nak pergi sana.

 
 
 
Mak abah,

Kami doakan agar ibadah mak abah dipermudahkan. Semoga mak abah diberikan kesihatan yg baik sepanjang berada di sana. Semoga mendapat haji yang mabrur. Doakan kesejahteraan utk kami sekeluarga dan adik beradik juga ye. Kami sentiasa rindukan mak abah. Salam sayang dari kami di Malaysia :)
“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”
Footnote : Baru-baru ni kami terima panggilan dari Mak menggunakan no di Kota Makkah. Terubat sedikit kerinduan di hati ni. Syukur alhamdulillah mak baik dan sihat sahaja. Cuma abah demam dan batuk. Semoga mereka sihat2 aje di sana. Amin..

32 comments:

  1. Replies
    1. LUV: Mereka dijangka balik 6 Nov nnt. InsyaAllah

      Delete
  2. mas lepak ramai2 tu rasa ape kan. rasa mcm berkelah plak.

    tapi...

    bila lambaian terakhir, skit skit mereka hilang dari pandangan, masa tu la gugurnya air mata, rasa sesuatu dalam jiwa kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. NM02: betul tu kak. Mase kitorg salam peluk cium pun dah start menitis airmata. Ini kan pula bila mereka lambai mase check in. Sgt sedih :(

      Delete
  3. penah juga merasa time ni..sedih2..hehe...amin smga dipermudahan urusan mak ayah kak..

    ReplyDelete
  4. semoga selamat pulang.. ntah dapat ke tidak peluang kita nak pergi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOR ZILLA: Tq sis. InsyaAllah, ade rezeki x ke mane

      Delete
  5. moga mereka selamat di sana n selamat pulang yerk.

    ReplyDelete
  6. Pernah rasa perasaan nih masa mak nak gi mekah dulu. Smoga parents sue mendapat haji yg mabrur.

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah perolehi haji yg mabrur utk kedua ibu bapa Sue ya

    ReplyDelete
  8. mmg sedih utk berpisah kan...semoga kedua org tua sue memperoleh haji yg mabrur

    ReplyDelete
    Replies
    1. SYUHADAH: sgt sedih. Huhuhu. InsyaAllah sis. Tq

      Delete
  9. anum doakan semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  10. Bestkan time antar org gi haji ni... Meriah je... Dulu mase Mertua Mira dok kuarters blkg tu mmg syok. Rase jiwa tenang je walaupun suasana agak bising.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMYRA: my 1st experience ni. Dulu2 pernah anta nenek n pakcik. Tp anta trs kt airport klau x silap. Mase tu kecik lg

      Delete
  11. pernah gak anta arwah abah ayut...2taun lpas :)
    smga mak ayah akak selamat dan dipermudahkan urusannya di sana..

    ReplyDelete
  12. Semoga mendapat haji yang mabrur....dan selamat pulang.....bilalah agaknya peluang kita ke sana pula.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIA: TQ sis. Mudah2an ade rezeki kita nk pijak kaki ke tanah suci. Amin

      Delete
  13. semoga mak leha dan suami dapat menyempurnakan ibadah haji dengan mudah dan selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur...

    ReplyDelete
  14. meriahnya buat majlis utk mereka-mereka pergi Haji..Alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara