VVIP Yang Terhormat

25.10.12

"BERAYA TANPA MEREKA..."

Assalammu'alaikum kawan2. Masih ada yang bekerja lagi ke arini mcm saya jugak? Hehehehe. Disebabkan mak abah saya berada nun jauh di tanah suci, kami decide utk pulang ke Melaka malam ni (sob sob..sedih gak sebenarnya ni. 1st time beraya sambut raya tanpa mereka). Kelmarin abah sms bgtau mereka akan berangkat ke Arafah-Mudzalifah-Mina selama 7 hari. Kemudian, mereka akan kembali ke Kota Makkah utk Tawaf dan Saie.
"Buat anak-anak, mak abah ucapkan Selamat Hari Raya Qurban. Kurang lebih 2-3 minggu lagi kami akan balik Malaysia. InsyaAllah. Kami tak raya tapi jalani  ibadah haji di sini. Doakan kami selamat dengan haji yang mabrur. Pelukcium untuk kalian semua. Wassalam."
Sebak dan terharu dapat sms dari abah. Rindu sungguh kat mereka berdua. Kami sekeluarga dan adik beradik yg lain mendoakan agar mak abah sentiasa sihat sejahtera dan dipermudahkan ibadah di sana. Selamat Hari Raya Aidiladha buat para jemaah haji di sana. Semoga kalian mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah...Amin

Saya sekeluarga juga ingin mengucapkan Salam Aidiladha 1433H buat rakan blogger dan seluruh umat Islam x kira di mana saja anda berada. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan adalah ikhlas kerana Allah swt.
"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." Al-Hajj : Ayat 37

 

Footnote : Dah fikirkan juadah utk dihidangkan pada hari raya nanti? Apakata cuba 'Rendang Ayam Gorgeous' saya. Gerenti terangkat!!

16 comments:

  1. selamat hari raya korban. mesti tak sabar nak tggu family balik dari haji kan...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya korban..seronoknya dpt pergi mekah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PINKUMMI: alhamdulillah. sampai juga hajat mereka nak ke sana menyaksikan sendiri tanah suci :)

      Delete
  3. selamat hari raya aidiladha utk sue dan family...

    harap lepas ni turn kita pulak dpt jejak ke mekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAHIDA: insyaAllah kak. xdpt tunaikan haji, dpt g umrah ziarah pun dah besar rahmat kan :D

      Delete
  4. doakan saja moga mereka baik2 aje ye sue n selamat hari raya aidiladha juga

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah permudahkan urusan mereka disana..Salam Aidil Adha..

    ReplyDelete
  6. salam aidiladha///baca ni http://msvelentine.blogspot.com/2012/10/update-senarai-penghuni-bloglist-paling.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. MRS VELENTINE: wahhh..suka2. thanks ya sis. touching gitu!

      Delete
  7. salam aidiladha akak.....maaf lmbt msuk..semoga mereka dpt haji yg makbur..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara