VVIP Yang Terhormat

6.7.12

Tips : Elak Bau Badan

Sudah menggunakan deodoran serta menyembur minyak wangi yang mahal, namun bau badan masih tidak mahu hilang. Bagi yang sering mengalami masalah ini, anda perlu mengamati apa yang anda makan setiap hari.

Ini kerana, terdapat beberapa makanan boleh mendatangkan aroma yang kurang menyenangkan pada badan jika dimakan secara berlebihan. Ikuti tip di bawah:

1. Kurangkan makan bawang
Bawang adalah jenis bumbu masakan. Pengambilan berlebihan makanan ini menyebabkan kandungan belerang berlebihan dikeluarkan melalui pori-pori kulit dalam bentuk peluh.

2. Jauhi alkohol
Pengambilan alkohol berlebihan akan meningkatkan peluh yang akhirnya akan menimbulkan kesan aroma yang tidak menyenangkan.

3. Hindari makanan rendah karbohidrat
Diet yang tidak mengandungi karbohidrat menyebabkan pelepasan bahan kimia yang dikenali sebagai keton di dalam aliran darah anda sehingga menyebabkan bau badan.

4. Produk susu
Minuman daripada hasil susu kaya protein akan memakan waktu yang lebih lama untuk dicerna. Minum produk susu berlebihan akan menyebabkan hidrogen sulfida dilepaskan dari tubuh seterusnya dengan mudah menyebabkan bau badan.

5. Pemilihan deodoran dan pewangi yang sesuai
Oh yang ini amat penting sekali. Sekiranya anda masih merasakan tidak selesa dengan bau badan anda, sila silalah mencari dan memakai deodoran dan pewangi yang bersesuaian dgn anda. Kadang-kadang salah pemilihan deodoran dan pewangi pun menjadi punca bau badan yang tidak menyenangkan.
Sumber : Mingguan Wanita, Februari 2012

Footnote: Klau naik LRT, komuter atau bas, confirm akan ada bau yg kurang menyenangkan. Sabar dan tahan napas je la!

16 comments:

  1. paling saya jga adalah badan! fuhhhh bhya nnti kena kutuk ok...haha..

    jmput join contest ea akak klo sudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAIRY: kannnnn..part yg plg nk kena jaga tu. okie dokie. nnt akak join ok. tq inform :)

      Delete
  2. okie, tq,, satu lag rajin2 ler tenyeh limau nipis kat badan specialy kat bawah lengan tu yek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KESUMA ANGSANA: ha'ah. yg tu pun salah satu cara jugak nak hilangkan bau badan. thanks sharing!

      Delete
  3. bagus info2 ni.. mak paling utamakan perkara ttg bau badan ni.. mmg peningggg sangat kalau ada terjumpa org yg berbadan hamis ni kannn heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAK DARA: haaa kan. part bau badan tu la yg nak kena jaga. malu la klau muka cantik/hensem tp tetiba part bau, hamissssss. bole fengsan dibuatnye!

      Delete
  4. bole kasi ni kat membe yg badan dia berbau ehehe

    ReplyDelete
  5. keje dalam aircond, jarang terbau badan orang, badan sendiri pon xleh bau ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. IZLA: tp klau bau badan yg kurang menyenangkan tu, bila berselisih bahu mmg akan terbau jugak :D

      Delete
  6. huhu, boleh fengsan kalu tahan napas sepanjang perjalan LRT atau bas tuh kan.. rasa cam nak turun tang2 tu jugak kalu ternaik sekali ngan org bau2an tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MASZMADI: tau xpe. xtau la nk thn nafas cmne lg. mmg x tahan!

      Delete
  7. Adoiiii i pantang sangat tercium bau badan ni..terus je rasa macam nak pitam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHERWIEYNA: hahaha..semua org pun camtu jugak. esp yg mengutamakan kebersihan badan. so, kena hindari segala yg disyorkan di atas kan. :)

      Delete
  8. info bgos akk sbb bdn neh pntg..kena jg betol2 nk elak bau tp kalo bdn org len yg berbau, xtau nk tegur cmner..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. IEDA: kannnn..mmg penting menjaga bau badan ni. hehehe :D

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara