VVIP Yang Terhormat

10.3.14

#PRAYFORMH370


Assalammu'alaikum WBT.

"Jam 3 pagi semalam dikejutkan dengan bunyi kapal terbang berlepas dan mendarat. Kemudian terdengar bunyi hentaman yang kuat. Terkejut dan terjaga! Allahuakbar. Mimpi rupanya. Terduduk. Terasa airmata menitis sedikit demi sedikit. Takut. Trauma. Fobia. Semua perasaan bergelumang menjadi satu..."

Utk pengetahuan semua, rumah kami terletak di Kg Melayu Subang. Sgt sgt berdekatan dengan landasan kapal terbang berlepas dan mendarat. Setiap hari akan terdengar bunyi kapal terbang turun naik. Masa mula2 tinggal di situ sejak 2 tahun yg lalu, mmg bingit jugaklah dengan bunyi bising tu. Tapi lama2 dah biasa. Alah bisa tegal biasa. Pada mulanya terdengar jugak berita kat TV pada pagi Sabtu tu. Ingatkan kenapa. Rupa2nya kes kehilangan #MH370! Allahuakbar!! 

Sejak mendengar berita tu, hati saya sgt sedih dan simpati. Mmg tiada di kalangan ahli keluarga yg terlibat. Tapi ntah kenapa, hati saya sgt tersentuh sehingga ke hari ini. Itu yg sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Sampai kdg2 borak dgn hubby pun topik yang sama juga.

Misteri? Sgt penuh misteri. Pagi tadi dengar HotFM pun takde apa2 update lagi. Cuma yang terkini, dikatakan pesawat #MH370 ada berpatah balik ke KLIA mengikut radar militari. Sampaikan lagu-lagu yg dipasang pun benar2 sayu dan menyentuh hati. Hampir menitik juga airmata ni sambil driving tadi.

Tak tau nak cakap mcmana sebab kita bukan pakar dlm bidang yg berkaitan. Ada pulak yg up status ckp kerajaan lembab, kerajaan lambat bertindak. Apa ni? Korang ni dah xde perasaan ke? Kenapa benda2 yg melibatkan nyawa ni menjadi permainan korang dan dipolitikkan? Ini kes SERIUS!! Ini kerja RUMIT!! Jadi, kerajaan dan media telah banyak kali mengingatkan supaya menghentikan pelbagai spekulasi di laman-laman media sosial. Fikirkan hati dan perasaan ahli keluarga yang terlibat. Mereka memerlukan sokongan dan semangat dari kita semua.

 

Mengungkapkan secebis doa buat insan-insan yg terlibat dalam kehilangan misteri MH370. Semoga segala misteri terungkai. Semoga segalanya dipermudahkan. Semoga mereka berada di dalam lindungan dan rahmat-Nya.

 


Let's #PrayForMH370 #MH370 #MalaysiaAirlines #MAS

16 comments:

  1. sebak dengar Era pagi td..kwn kpd mangsa berharap ' xdengar spekulasi & moga mangsa akan segera ditemui & biarlah mangsa yang bercerita'..terus menitis airmata

    ReplyDelete
  2. doakan yang terbaik untuk mereka sue..

    ReplyDelete
  3. Sedih sgt sue even tak der ahli keluarga yg terlibat. Tapi tetap terasa tempiasnya. Berdoa smoga urusan dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni cuma doa yang mampu kita panjatkan kepada ALLAH SWT agar segala misteri akan terungkai

    ReplyDelete
  5. semua dah buat yg terbaik.
    kita xleh tolong apa2.. doa je lah yg terbaik kita bolh buat..dari update status bukan2.

    ReplyDelete
  6. yang tiba2 menjadi pakar penerbangantu yang buat kita lagi tertekan... bayangkanlah kalau kita ada keluarga di dalam sana.. dalam musibah yang besar sebegini juga ramai yang mengambil kesempatan.. kiranya tidak pandai apa2 tolonglah diam hanya doa dari jauh sahaja...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak suria, dulu sheila dok kat kubu gajah, pun selalu takut dengan kehadiran bunyi kapal terbang. seram gila.. malam tadi sheila tidur tak lena kak.. termimpikan pasal mh370. Allahurabbi. sedih. tak sanggup nak fikirkan. menangis hati ni fikirkan apa sebenarnya yang terjadi... semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat MAS mh370 dengan izin Allah...

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan dri sehari ke sehari

    ReplyDelete
  9. semoga allah berikan petunjuk dan makbulkan doa2 kita...amin...

    ReplyDelete
  10. tu la..kita bukan pakar bab2 penerbangan ni..hanya mampu berdoa je//

    ReplyDelete
  11. sama-sama kita berdoa sue...ada hikmah semua ni terjadi...

    ReplyDelete
  12. in sya Allah sue, moga2 mh370 kembali ke pangkuan kite dlm keadaan selamat dan semua warga kapal sihat2...amin...

    ReplyDelete
  13. Keyboard warrior nih berani kt alam maya je...hakikatnye penakut...sgt xsuke.mereka nih...akak de dnga brite terbaru media barat buruk2kan co pilot dan kurgkn keselamatan di kokpit...

    ReplyDelete
  14. Pelik bila sesetengah orang langsung takda rasa simpati, prihatin dengan apa yang berlaku. Kalau boleh asyik nak menuding jari mencari salah orang. Mencari pesawat yang hilang bukan kerja mudah. Kita yang tak tahu apa-apa ni pun tahu ianya tidak mudah. Lebih baik berdiam diri daripada bercakap yang bukan-bukan. Selalunya bila nampak kapal terbang di awan lalu, langsung tak peduli. Sekarang ni bila dengar bunyi kapal terbang, teringat pulak kat MH370. Sedih hati melihat keluarga mereka menanti dalam debaran. Entahlah, tak tahu apa lagi yang harus diucapkan cuma doa aje mengiringi agar dipertemukan kembali pesawat tersebut secepat mungkin.

    ReplyDelete
  15. Trusknlah kita doa sama2x ye kak...moga dpermudahkan pencarian mh370

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara