VVIP Yang Terhormat

14.3.14

"FESYEN BAJU KURUNG"


Assalammu'alaikum WBT.

Sebut pasal baju kurung, mesti korang akan teringat time raya kan? Heepppp..raya lambat lagi tau! Hehehe. Tapi zaman skang ni, baju kurung kan dah dikeluarkan dengan macam-macam style dan fesyen. Bukan sekadar utk dipakai pada Hari Raya, malah boleh juga digunakan untuk ke majlis-majlis seperti kenduri kahwin, annual dinner dll lagi. Bukan setakat tu je tau, boleh dikatakan saban hari, saya sendiri ke pejabat mengenakan baju kurung. Lebih selesa kot :)

Yang bestnya, fesyen baju kurung telah diberikan sentuhan yang lebih moden dan segar sesuai dengan arus fesyen terkini. Kemunculan rekaan baru yang lebih trendy juga adalah hasil daripada sentuhan kreatif-kreatif pereka-pereka fesyen tanah air yang semakin mendapat permintaan yang tinggi antaranya ialah baju kurung moden, kurung Pahang, kurung cotton, kurung pesak dan kurung Kedah.


Nak-nak zaman skang ni kan, sana sini sibuk pasal peplum. Kat dalam lemari tu, ada 2 set koleksi kurung peplum. Nak pakai ke majlis-majlis, kenduri kendara, malahan boleh juga dipakai untuk pergi kerja tau. Takat pakai peplum top ngan jeans utk outing pun dah cantik kan. Tapi sesekali nak bergaya bila outing tu apa salahnya (iolls mmg suka bergaya sakan ke mana saja pun kecuali ke pejabat. Dah nama pun MUA n manager artist, haruslah ngetop! Kelassss ko maria!)


Pastu, ditambahkan lagi ngan aksesori seperti clutch dan bracelet, sure nampak anggun jelita gitu. Bagi yang berhijab, boleh disuaipadankan dengan tudung atau shawl yang cun. Mesti sgt comei! Hooyehh!! Yang penting sekali, apa pun yang kita pakai, kenalah mengikut keselesaan sendiri, barulah kita tampil lebih yakin :D


Zaman skang zaman IT, internet di hujung jari je. So, bagi korang yang sentiasa sibuk dan malas nak keluar shopping, bolehlah shopping secara online. Skang ni, Zalora ada buat sales tau. So, jgn lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi keluaragn dari pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Syaiful Bahrim, Rizalman dan butik terkenal First Lady dengan harga yang cukup cukup menarik!

Sape tak kenal shopping online Zalora Malaysia kan? Pemulangan pun secara percuma dalam masa 30 hari pembelian. Best kan? Jgn lupa singgah juga di blog Zalora The Style Loft untuk mendapatkan berita fesyen terkini dan tips berguna untuk penggayaan sesuatu stail. Jom berbelanja sambil berjimat!

#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370
#MalaysiaAirlines
#MAS

10 comments:

  1. menarik gak pilihan di zalora :)

    ReplyDelete
  2. tak berani nak pakai peplum dik.. kang nampak lagi buntal akak ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak suria. cantiknya ... sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. cantik cantik design baju kat zalora nih

    ReplyDelete
  5. ingatkan kak nak promote baju raya...hee....tahun ni tak tau lagi nak buat baju apa....huhu...mmg elok sgt la baca entry ni...terbuka sikit mata nak pilih fesyen yg mana satu... ^^

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara