"Sabtu, 8 Februari, SHAH ALAM: Rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bertukar tragis apabila kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas di kolam renang di sana.Amanda Danisya, 7 tahun sedang bersama-sama dengan ibu bapanya yang menyediakan perkhidmatan katering untuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata siasatan mendapati Amanda telah berjalan-jalan seorang diri manakala ibu bapanya sibuk menyediakan makanan."Gadis itu ditemui di kolam renang yang terletak di tingkat atas kediaman," kata beliau ketika dihubungi. Menurut sumber, seseorang telah menarik Amanda keluar dari dalam kolam dan cuba menyelamatkannya sebelum ambulans tiba dan digegaskan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di mana dia telah diisytiharkan mati kira-kira pukul 7 malam.Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang dan sebuah kereta peronda telah dihantar untuk menyiasat.Azisman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Beberapa jam selepas kejadian tragis itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di Twitter mengucapkan takziah kepada ibu Amanda, Rini Sutari."Takziah Kepada Puan Rini Sutari & Keluarga, katerer Majlis Tahun Baru Cina PEKAWANIS, atas kehilangan puteri Amanda Danisya. Al- Fatihah," Khalid menulis.Setiausaha akhbar Khalid Arfa'eza Aziz berkata beliau menghadiri majlis di Kuala Selangor pada masa kejadian itu."Terdapat kira-kira 400 tetamu di rumah terbuka yang diadakan di dewan di tingkat bawah kediaman," katanya ketika dihubungi." (mStar online)
Untuk pengetahuan kawan2 semua, arwah merupakan teman sepermainan kepada anak sulung saya dan ibu bapa arwah merupakan teman rapat kami. Kami sekeluarga mmg rapat, setiap kali diorg ada rezeki lebih, diorg akan jemput utk makan2 di rumah diorg. Bila dengar berita sedih ni dari geng-geng Shaklee, terkejut dan tergamam. Tau2 je, airmata mengalir kat pipi. Terus bergegas beritahu my hubby.
Kitorg sampai x boleh nak bercakap sesama kitorg. Serius sedih sgt2. Bila cerita kat si kakak, dia terdiam dan menangis. Dia kata, "Pasni kakak dah xde kawan nak main2 lagi. Kenapa chacha tinggalkan kakak?" Alahai..kanak2 pun tau sedih, apatah lagi kita yg dah dewasa ni. Mengalir je airmata ni. Tapi sembunyikan dari hubby dan family yg lain. Masa dapat berita ttg ni, hari Sabtu lepas. Kitorg kat Melaka masa tu.
Teman-teman rapat bgtau, arwah bapanya tiada di lokasi kejadian kerana ada mesyuarat dari pagi. Ibu arwah hadap sorang2 masa arwah tgh nazak. Sampaikan satu tahap dia kata, handphone ada di tangan tapi dia tergamam dan tak boleh pk nak call sape. Allahuakbar..sampai macamtu sekali..otaknya blur dan blank. Semasa ayahnya, Pak Raof datang dia panggil, "Adik..papa ni..papa sayang adik.." Arwah buka mata sikit pandang Pak Raof dan pergi...Ayahnya terduduk..Dalam ambulans nadi arwah sgt lemah. Masa kat tempat kejadian tu, xde seorang pun yang tahu CPR utk membantu..Anak2 lelaki sampaikan asyik minta maaf kat mamanya sbb tak pandai jaga adik..diorg mmg very close each other.
Teman-teman cerita, ibu arwah xnak balik ke rumah mereka di Seksyen 24, Shah Alam kerana akan bertambah-tambah sedih bila tgk barang2 kepunyaan arwah. Arwah merupakan satu2nya anak perempuan dan merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Ibu arwah, Kak Rini dah bernazar kalau dapat anak perempuan dia nak terus ikat dan xnak beranak lagi. Namun, ini semua telah tertulis dalam Qada' dan QadarNya. Pemergian arwah dlm keadaan sebegini rupa. Kita pula mcmana nanti. Wallahu'alam...
"DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali.." Semoga Kak Rini dan Pak Raof sentiasa tabah, sabar dan kuat semangat dalam menghadapi dugaan yang maha hebat ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Damailah kamu di sana Chacha (nama manja arwah Amanda Dany Shah), abadilah di syurga firdausi. Doakan mama papamu kuat demi kamu. Al-Fatihah...
Arwah Chacha yg sentiasa ceria orangnya |
Footnote: Sambil menaip entry ni pun, hati semakin sebak. Airmata menitis dan mengalir laju tanpa segan silu. :(
salam takziah untuk keluarga arwah..
ReplyDeleterasa pilu jugak sue..moga keluarganya tabah..
salam takziah
ReplyDeleteAllah.. Sedihnya...
ReplyDeleteMoga famili arwah tabah hadapi dugaan
Alfatihah buat arwah..
salam takziah kpd keluarga yg terlibat tu..kesian dan sedih bila anak kita pergi meninggalkan kita buat selamanya...
ReplyDeletetak boleh nak persoalkan, ..semoga kita lebih berwaspada..
Ya allah sedihnya.... Innalillahiwainnaillaihirojiun... semoga rohnya di cucuri rahmat... x boleh salahkan sesiapa.. ajalnya dah sampai.. tetapi biasalah kita manusia akan merasa ralat dan beranggapan kejadian seperti ini boleh dielakkan....
ReplyDeleteYa allah sue, sedaihnya baca. Smoga parents arwah tabah.
ReplyDeleteTakziah dan al-fatihah.
salam takziah untuk keluarga arwah...
ReplyDeletesedihnya baca ni....T____T
salam takziah buat family arwah..comel sungguh...tp dah tersurat allah lebih menyayangi beliau....sedih...
ReplyDeletesalam takziah.. sedihnya ..
ReplyDeletesalam takziah dan al-fatihah... sayu hati bila membaca... salam isnin sue...
ReplyDeleteAl fatihah... sedih sgt membaca n3 ni sue !
ReplyDeletesalam takziah.. sedihnya..
ReplyDeleteyallah menitik air mata baca
ReplyDeleteal-fatihah
innalillah. salam takziah kpd keluarga arwah.al fatihah
ReplyDeleteAlfatihah....takziah
ReplyDeleteAllah..berat sungguh ujian bt kawan akak...moga trus diberi kekuatan.pasti ada hikmah..doakn bersma ye kak.ayut jd sdih bce entri akak...
ReplyDeleteInna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Salam Takziah ...
ReplyDeleteTakziah dan Al-Fatihah..
ReplyDeleteYa Allah,
ReplyDeletesedihnya
beratna ujian ibubapa mereka
semoga ibubapanya tabah
& salam takziah
innalillah..
ReplyDeleteAl-fatihah..
semoga ibubapanya tabah...
ya Allah sue...sedih bace.....
ReplyDeletebesar dugaan dan beban yg terpaksa ditanggung keluarga arwah...tapi sesungguhnye anak kecil tu telah menanti di syurga mendoakan ayah dan ibunye....
alfatihah...
Ya, Allah! Sedihnya bila membaca. Al fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah. Tak sanggup baca berita kehilangan begini apatah lagi membabitkan anak-anak kecil :(
ReplyDeleteInnalillahi wainaillaihi raajiuun..sedih sy baca entry akak nih...semoga ibu arwah adik chacha terus tabah menghadapi ujian Allah...syurga tempat buat arwah...
ReplyDelete