VVIP Yang Terhormat

10.1.14

DARIPADA-NYA KITA DATANG, KEPADA-NYA JUALAH KITA KEMBALI...


Assalammu'alaikum WBT.

Pagi Jumaat yang agak suram buat kami sekeluarga, cuaca yg dingin seakan mengerti jiwa dan perasaan kami. Selasa lalu, mendapat perkhabaran dari adik lelaki mengatakan nenda telah tiada lagi, telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.50 tengah hari. Berita yg agak mengejutkan. Kami sempat bertemu dgn arwah 2 minggu lalu di rumahnya di Seremban. Arwah merupakan bonda kepada ibuku.

Masa melawat arwah sebelum ni pun, beliau dah nyanyuk malahan tak kenal siapa di sekelilingnya. Anak-anaknya sendiri pun kadang arwah tersalah nama. Ibu saudara yg menjaganya memberitahu nenek skang nak makan mcm2, berselera makannya. Nak durianlah, pisang lah, aiskrim lah..hatiku terdetik pelbagai persoalan dan jawapan dan kemudian mak ngah bagitau. "Nenek dah tak lama tu, umi rasa pusat dan kaki nenek sejuk sgt. Makan skang mcm2 nenek minta. Tu semua tanda2 org tu akan meninggalkan kita.." Sayunya hati ini...Mak ngah yg kami panggil umi sejak dari kecil antara insan yang paling rapat dgn arwah. Umi kata dia redha dgn pemergian arwah. Masa tanya aritu pun, muka umi cool dan relax je. Tapi di hati tak siapa yang tahu.

Teringat segala kenangan bersama nenek. Setiap kali cuti sekolah, mesti kami adik beradik akan tinggal dengan nenek. Puaslah bergelumang dgn sepupu sepapat semua, main bola, main hujan, main tutup botol, main kejar2. Arwah nenek selalu masakkan yg sedap2 utk cucu2nya. Arwah seringkali menjerit memanggil kami yg agak degil ni, nak nak kalau main hujan. Siap sedia je la.

Paling tak boleh lupa, bila arwah nenek masakkan kari dan murtabak. TERBAIK!! Xde sape boleh lawan kari dan murtabak arwah...tapi itu semua tinggal kenangan..arwah telah pergi mengadap Ilahi Yang Maha Esa..arwah telah kembali ke rahmatullah..arwah telah kembali kepada penciptanya..Allah tarik nyawa arwah kerana sakit tua, arwah tiada sebarang komplikasi sakit yang memudaratkan. Alhamdulillah..mudah laluan arwah kembali kepadaNya. Sekarang kami dah tiada nenek dan datuk. Kedua-dua mereka di kedua-dua belah emak dan abah telah tiada.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya jualah tempat kita kembali. Al-Fatihah buat nendaku, Allahyarhamah Gayah bintin Nayan yang telah pergi mengadap Ilahi pada 7 Januari 2014 jam 12.50 tengah hari. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya. Damailah nenda di sana. Al-Fatihah....

Dalam kenangan....
Allahyarhamah Gayah binti Nayan
9 Jun 1932 ~ 7 Januari 2014

Footnote : Redha dan pasrah dengan takdir Ilahi. Allah lebih menyayanginya. Arwah

10 comments:

  1. nice blog...cute, pengisian yang baik, bc entry ni teringat arwah opah..miss my opah =(

    ReplyDelete
  2. salam takziah dr akak, moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..
    takziah untuk sue sekeluarga..

    ReplyDelete
  4. Innalillah.. moga rohnya di cucuri rahmat.. amin..

    ReplyDelete
  5. Salam takziah kak..moga tenang arwah di sana.amin.....

    ReplyDelete
  6. salam takziah dari akak...
    nampak sangat dah lama tak singgah sinikan.. harini baru baru nak ucapkan takziah..

    ReplyDelete
  7. Al fatihah.. banyakkan sabar ye kak..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara