VVIP Yang Terhormat

2.9.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 3)

13 Julai 2013
◆ 9.45pm
Terus bergegas ke hosp selayang..sian kami malam tu, mkn roti boy tu je la..My dear tanya nak makan ape2 x..Dah sakit2 mcmni mmg xde fikir makan dah. Cuma rasa haus je..my dear kata, "Xpe syg, psl mkn tu kita pk kemudian. Yg penting syg n baby.."

Otw to Hosp Selayang tu, ternampak banyak kereta kat tgh2 jalan, jammed yg amat. Kami dah risau ni, ye la kan, takut terberanak dlm kereta pula. Tgk ade kereta bomba n kereta polis gak. Bila lalu je depan kerumunan org ramai tu, tgk ada badan yg ditutupi dgn plastik hitam, mangsa meninggal di tempat kejadian..ada accident rupanya..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

Sampai je kt hosp, my dear nak ambil wheelchair tp saya masih larat berjalan lagi, lagi bagus berjalan, cpt sikit bukaan tu nnt. Terus register..nurse yg jaga kaunter tu kerek sgt ok. Menyamps mak jemah! Lgsg x mesra pelanggan, nurse dan doc lain baik je..Masa dia check denyutan jantung baby pun dia wat muka. Ishhh..klau ikut jahat aku ni, mau je aku amik gambar ko then sebarkan kt laman sosial..tapi x sampai hati pulak kan. Kita je yg x sampai hati, tapi dia berlagak nak mams..Then dtg sorg doc berbangsa India nak ambil darah. Yg ni sorg lg giler. Ko kelam kabut nk amik darah aku, 2 kali cari urat x jumpa tp main cucuk je kt 2 tempat tu. Xtau lah dia ni doc pelatih ke hape. Mau aku bahasakan kt situ jugak. Klau x fikir tgh kontraksi, mau kena pelangkung..huhu

I hate this!!
Doc on duty check bukaan, dah 5cm! Tapi x boleh tolak ke labor room lagi sbb full house!! Oh tidak...bertahan je la kat kerusi menunggu. Masa menunggu kt kerusi tu, ade sorg makcik tegur tanya ank no berapa ni, dah berapa cm bukaan..sian kt makcik tu menunggu lama kt situ, menantu dia dah lama kt dalam tapi belum bersalin lagi, sampai dah xde tenaga katanya..huhu.. 15min pastu nurse panggil, doc nak pecahkan air ketuban katanya. Ye la, dah buka 5cm tapi air ketuban x pecah sendiri mcm abg bambamnya, doc la kena pecahkan. Bila dh pecah, doc tgk air ketuban dah bercampur dgn najis baby!

14 Julai 2013
◆ 12tgh mlm
Terus doc suruh nurse tolak ke labor room. Tapi disebabkan labor room full house, saya terpaksa tunggu lagi. Xpe, sabar tu separuh drpd iman. Ada sorg patient dtg, dah sakit yg teramat rasanya, dah nak bersalin barangkali. Nurse terus tolak patient tu ke labor room,  doc ckp jgn teran kt dia, tahan dulu! Perasaan saya masa tu biasa je sbb dah lalui 2 kali pengalaman kan.

20min pastu, turn saya ditolak ke labor room. Yg bagusnya hosp selayang ni, husb boleh ikut sama ke labor room dari sebelum hingga selepas bersalin. Bagus kan? Ini salah satu cara supaya si suami memberi sokongan dan semangat kpd si isteri semasa proses melahirkan. Saya mmg nak my dear ada di sisi ketika melahirkan anak2 kami. Nak dia tau betapa sukarnya nak lahirkan insan yg bernyawa dari rahim ni.

Saya suka dgn nurse di labor room, dia tanya mcm2 kt saya, ajak berborak supaya saya boleh lupakan seketika sakit saya tu. Sgt baik dan mengambil berat. Dia ckp kalau dah rasa sakit nak buang air besar, awak bgtau ye. Kalau x silap namanya, Siti Zuriati, lbh kurang nama saya. X mcm nurse berbadan gempal yg jaga kaunter tu. Sombong!

TO BE CONTINUED...

Footnote: X dpt dan x sempat nak berjalan raya ke mana2 pun even dah habis berpantang..my dear hubby sibuk yg amat, 8pagi tadi ni show LIVE kt MHI TV3..now masih berada di Melaka..balik Shah Alam hari Rabu or Khamis ni :)

10 comments:

  1. Saya sampai sekarang tak tahu cam ner nak tahan daripada perasaan nak meneran tu, walaupun dah 4 kali ler melalui nyer...

    ReplyDelete
  2. Paling x suka kena cucuk kat tangan tu....huhu

    #rindu pula time bersalin dulu.....

    ReplyDelete
  3. sama lah...nurse kat kaunter tue sama dengan nurse yang daftar MV masa bersalin wani..kerek seh

    ReplyDelete
  4. Rasanya semua hospital kerajaan dah benarkan husband ke labor room dari tahun lepas kot. Bulan Jan baru-baru ni memang seharian saya di situ (HSA JB)...

    ReplyDelete
  5. masa tengah kontraksi ni, nurse/doktor nakbuat apa pun buat le. dah tak terlayan perasaan dah..

    dalam otak ni duk fikir bila la baby nak kuar, bila nak kuar itu je la kan..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, bestnya jadi ibu! bestnya baca ni. terasa macam berpengalaman sendiri lak. hehehe

    ReplyDelete
  7. tak sukanya kalau kita tgk sakit2, dapat nurse yang ntah hape2 kan.. Ya Allah..sy tak lalui semua ni lagi..tk tahu la nti mcm mna..

    ReplyDelete
  8. mmg sepatutnya suami temankan masa bersalinkan,dpt bg semangat sikit

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara