VVIP Yang Terhormat

24.6.13

JEREBU SEMAKIN TERUK....


Beginilah view di Menara MATRADE, Jalan Duta. Sampai dah tak boleh nampak building kat area sebelah sana tu. Pagi tadi semasa driving ke office, keadaan masih ok lagi. Bacaan IPU di awal pagi adalah 191 dan kini telah meningkat ke 198

Semua kakitangan MATRADE telahpun dibekalkan facemask sebagai salah satu langkah pencegahan menyedut asap jerebu. Bayangkan je la, dalam bangunan fully air-cond ni pun dah berbau asap jerebu. Acane tu? Ibu preggy mcm saya ni lagi la sukar nak bernafas.

Bacaan IPU di Muar, Melaka, Seremban dah mula menurun sejak pagi tadi. Sekiranya awan mencukupi, kerajaan akan melakukan pembenihan awan supaya hujan dapat diturunkan dengan segera bagi mengurangkan masalah jerebu ni.

Bacaan IPU di Shah Alam juga menunjukkan peningkatan dari 157 ke 162. Tak sure lagi esok kakak bersekolah atau tidak. Tunggu je la berita malam ni dan update dari Bernama

Info lanjut berkaitan bacaan IPU terkini boleh didapati di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sama-sama kita berdoa agar pembenihan awan dapat dilakukan dengan kadar segera supaya hujan dapat turun membasahi bumi...Amin...

Footnote : Malam tadi langsung tak boleh tidur. Perut pulak meragam since pagi tadi. Huhuhu

25 comments:

  1. risau tengok keadaan sekarang ni, cepatlah jerebu ni berakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan kak. sama2 kita doakan agar proses pembenihan awan dpt dijalankan..amin

      Delete
  2. itu lah sue anak akak cuti arini.. takut gak .. awak pun ati2 lg2 sedang preggie ni.. anak2 kat umah tu pun dah stat batuk2 walaupun x de asma memasing.. katanya pembakaran di indonesia pun di dalangi oleh syarikat2 besar di malaysia dan singapura, untuk kepentingan perniagaan pertanian di sana.. x tau le betul ke idak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dpt tau negeri2 yg terlibat diberi cuti pun dari kwn2 fb. kalau x, mmg haru la sbb dok bajet anak sekolah arini. thanks tau kak. akak dan anak2 pun take care jugak :)

      Delete
  3. Teruk tu. Risau kesihatan anak2 jer ni sue, especially si abang sebab dia ada sejarah bronchitis. TU pon dah mula selsema.

    Take care sue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe kak. saya pun dok risau kt anak2 saya ni. sbb tau je la dok rumah kmpg camne kan, sane sini berlubang. huhuhu

      Delete
  4. arah selatan dah mula menurun IPU tp mungkin angin menolak jerebu ke arah bahagian tengah pula..tu yg IPU Pelabuhan Klang dan Shah Alam meningkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul tu, sbb angin menolak dari sana. hopefully dptlah diorg buat pembenihan awan dgn kadar segera

      Delete
  5. mmg tmbh truk jerebu skng...mtk2 la cpt pulih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an Allah makbulkan doa kita. amin..
      jerebu ni pun berpunca dari tgn manusia sendiri sebenarnya..

      Delete
  6. kat ipoh pun dah kuat juga jerebunya.. dok dalam opis lagi la..kuat sangat2..

    ReplyDelete
  7. apapun jaga diri yer !

    ReplyDelete
  8. Salam sue ..tu la…bahaya tol..kenapa eh depa selalu buat pembakaran terbuka camni..saban tahun negara kita dan Singapore selalu kena jerebu kan…hmmm…sue hati2 ya..pakai face mask tau

    ReplyDelete
  9. Anak anak akak dah mula sakit sakit

    ReplyDelete
  10. orang biasa maybe tak takper, kesian pulak dengan ibu mengandung ni kan...sama-samalah kita berdoa, moga-moga hujan turun. dah banyak hari sangat dah jerebu ni...

    ReplyDelete
  11. moga semuanya baik2 saja... kat melaka ni dah kurang sikit... tak la sakit kepala sgt...

    ReplyDelete
  12. moga keadaan beransur pulih..
    kt sini pon truk pcemaran...
    tp alhamdulillah..hri ni hujan lbt..bru sejuk skit rasa

    ReplyDelete
  13. syukur skrang dah semakin bekurangkan sue....preggy mommy kene extra hati2 tau...bykkan minum plain water...stopkan aktiviti outdoor ni selagi jerebu masih ade....lieya doakan sue sihat2 selalu.....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak suria. risaunya tengok haze kat Malaysia ni... semoga dicurahi hujan rahmat. insyallah

    ReplyDelete
  15. jerebu yg buat sesak nafas, mata pedih.. dahaga giler2.. nak pulak teman sedang ganti posa.. pergh.. memang giler2 terasa kesesakan jerebu ni..dugaan.. dugaan.. he2..

    salam.. teman datang curi2 masa kunjungbalas tuan tanah disini.. thanx sudi singgah n baca entri teman yea.. jangan lupa singgah selalu yea.. heee.. salam meriah..

    ReplyDelete
  16. alhadmulillah.dah ok.matahari pon dah memancarkan cahayanya :)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara