Keperihatinan kerajaan negeri dalam menjamin kesihatan dan keselamatan
pelajar semasa bencana jerebu yang semakin membimbangkan di negeri dan
daerah yang terjejas menyaksikan tindakan sewajarnya telah diambil
apabila sekolah dan tabika di kawasan terlibat telah diarah tutup.
Kuala
Lumpur / Putrajaya & Selangor
Semua
sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur akan ditutup berikutan kualiti udara yang
semakin buruk akibat jerebu. Perkara
itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.
Port
Dickson
Datuk
Seri Mohamad Hasan, mengumumkan semua sekolah, tabika dan tadika di daerah Port
Dickson ditutup berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara hampir mencecah
30.
Melaka
Kesemua
313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup ekoran
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya. Selain
itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah
kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup
Kuantan
Di
Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah
di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup.
Johor
Arahan
bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu
Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik. Sementara
itu, sebanyak 110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah
terbaru di Johor yang ditutup (Isnin) apabila IPU mencecah 400.
Turut
ditutup ialah 211 sekolah di Muar dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat
berikutan IPU mencecah diparas berbahaya. Bagaimanapun,
semua 300 sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang,
yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu, mula dibuka semula pada (Isnin)
selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.
Credit Info : MySumber
Footnote : Jerebu bukan hanya merbahaya terhadap kanak-kanak sahaja malahan merbahaya juga kpd orgtua/warga emas, pesakit lelah, perokok dan juga ibu mengandung juga. Semoga Allah mendengar segala doa dan kata hati kita agar hujan diturunkan utk merahmatkan sekalian alam. Amin Amin...
![]() |
Credit : Melvister |
bahaya kan
ReplyDeletehuhu..mmg pun
Deletekat temerloh ni belum lagi
ReplyDeletetu la kak. ade tempat yg kena, ade yg x kena. hopefully keadaan semakin pulihlah ye
DeleteAllah, mohon keringananMu
ReplyDeletemudah2an Allah mendengar dan menerima doa kita. amin..
DeleteSalam lawatan sis. The problem is, budak sekolah je ke yang ada paru-paru. Hihihii
ReplyDeletethanks! tu la pslnya kan. saya pun dok risau ni sbb tgh sarat mengandung. dlm ofis pun dok pakai face-mask ni
DeleteIbu mengandung kene extra jaga kesihatan ok!
ReplyDeleteJerebu2 ni bahaya utk ibu n baby
tu la nad. kalau keluar pun kena always pakai face-mask. thanks ya!
Deletela hai, kalau la baca sumber ni lebih awal, x de le akak pi sekolah pagi tadi!
ReplyDeletelaa..yeke kak?
Deletemlm td ade keluar kt berita.
saya dpt tau pun dari rakan FB
take care Sue
ReplyDeletethanks lyn!
Deleteooo.. dah umum sekolah di tutup la..
ReplyDeleteye kak. since mlm td diorg dah announced kat berita
DeleteMemang bahaya kesannya...
ReplyDeleteIbu2 preggy cam sue kena extra care....
tu la mia. risau gak ni. dlm opis ni pun dah berbau asap jerebu. huhuhu. thanks tau!
Deleteseksa dgn jerebu, semua plan kena tangguh dulu.. neway tq share doa yer
ReplyDeletexpe KA. Allah turunkan sesuatu bencana tu bersebab. cegah lebih baik dari merawat. sama2 KA :)
DeleteAkk bley lupa plak yg tadika pon tutup. Nasib daycare bukak.
ReplyDeletehari ni ada lagi x sekolah yg ditutup eh
ReplyDelete