VVIP Yang Terhormat

24.6.13

BERITA : SENARAI LOKASI SEKOLAH DITUTUP MULAI 24 JUN AKIBAT JEREBU



Keperihatinan kerajaan negeri dalam menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar semasa bencana jerebu yang semakin membimbangkan di negeri dan daerah yang terjejas menyaksikan tindakan sewajarnya telah diambil apabila sekolah dan tabika di kawasan terlibat telah diarah tutup.

Kuala Lumpur / Putrajaya & Selangor
Semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur akan ditutup berikutan kualiti udara yang semakin buruk akibat jerebu. Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.

Port Dickson
Datuk Seri Mohamad Hasan, mengumumkan semua sekolah, tabika dan tadika di daerah Port Dickson ditutup berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara hampir mencecah 30.

Melaka
Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya. Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup

Kuantan
Di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup.

Johor
Arahan bercuti sejak Jumaat lalu bagi 117 sekolah di Kluang dan 175 sekolah di Batu Pahat yang membabitkan 134,872 pelajar masih belum ditarik balik. Sementara itu, sebanyak 110 sekolah membabitkan 39,681 pelajar di Segamat menjadi daerah terbaru di Johor yang ditutup (Isnin) apabila IPU mencecah 400.

Turut ditutup ialah 211 sekolah di Muar dan Ledang yang diisytiharkan kawasan darurat berikutan IPU mencecah diparas berbahaya. Bagaimanapun, semua 300 sekolah rendah dan menengah di Kota Tinggi, Pontian dan Pasir Gudang, yang ditutup sejak Khamis lalu akibat jerebu, mula dibuka semula pada (Isnin) selepas IPU mencatatkan bacaan yang bertambah baik.

Credit Info : MySumber

Credit : Melvister
Footnote :  Jerebu bukan hanya merbahaya terhadap kanak-kanak sahaja malahan merbahaya juga kpd orgtua/warga emas, pesakit lelah, perokok dan juga ibu mengandung juga. Semoga Allah mendengar segala doa dan kata hati kita agar hujan diturunkan utk merahmatkan sekalian alam. Amin Amin...

22 comments:

  1. Replies
    1. tu la kak. ade tempat yg kena, ade yg x kena. hopefully keadaan semakin pulihlah ye

      Delete
  2. Salam lawatan sis. The problem is, budak sekolah je ke yang ada paru-paru. Hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! tu la pslnya kan. saya pun dok risau ni sbb tgh sarat mengandung. dlm ofis pun dok pakai face-mask ni

      Delete
  3. Ibu mengandung kene extra jaga kesihatan ok!
    Jerebu2 ni bahaya utk ibu n baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nad. kalau keluar pun kena always pakai face-mask. thanks ya!

      Delete
  4. la hai, kalau la baca sumber ni lebih awal, x de le akak pi sekolah pagi tadi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa..yeke kak?
      mlm td ade keluar kt berita.
      saya dpt tau pun dari rakan FB

      Delete
  5. ooo.. dah umum sekolah di tutup la..

    ReplyDelete
  6. Memang bahaya kesannya...
    Ibu2 preggy cam sue kena extra care....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mia. risau gak ni. dlm opis ni pun dah berbau asap jerebu. huhuhu. thanks tau!

      Delete
  7. seksa dgn jerebu, semua plan kena tangguh dulu.. neway tq share doa yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe KA. Allah turunkan sesuatu bencana tu bersebab. cegah lebih baik dari merawat. sama2 KA :)

      Delete
  8. Akk bley lupa plak yg tadika pon tutup. Nasib daycare bukak.

    ReplyDelete
  9. hari ni ada lagi x sekolah yg ditutup eh

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara