VVIP Yang Terhormat

10.4.13

KETIDAKSIHATAN MELANDA BAMBAM PULAK....

Assalammu'alaikum WBT.

Selepas mummy dah sihat, bambam pulak yg dilanda demam. Kesian sgt kt dia. Sebelah siang, suhu badan mmg ok. Badan pun x panas. Makan berselera, minum susu mmg banyak jugak, aktif dan melasak seperti biasa jugak. Cuma bila tgh malam je, panas badan dia naik. Dah masuk PCM kat montot pun still x kebah. Kesian sgt kt bujang mummy yg sorang ni. Tak sampai hati pulak tgk dia mcm ni.

Bawa check-up kat klinik, doc bgtau tekak dia bengkak dan merah. Itulah punca demam dia on off. Actually, bambam jarang demam. Sbb dia dpt susu badan sepenuhnya since baby till umo 2 tahun, kira imun dlm badan utk menentang penyakit tu kuat. Tapi sesekali demam, mmg berhari2 jugaklah. Petua utk kebah demam, selsema dan batuk dah pun diamalkan. Hanya perlu doa dan tawakal kepadaNya agar disembuhkan.

Ginilah hati seorang ibu. Tak sanggup tgk anak-anak tak sihat. Tak sanggup tgk anak-anak melepek menahan sakit. Tak sanggup tgk anak-anak merengek-rengek menahan kesakitan. Tiap-tiap malam, babah akan ambil alih utk jaga bambam sbb tau mummy dah penat siang hari jaga dia.
Pagi semalam dan pagi tadi dia tgk mummy xde, dia meraung-raung cari mummy. Alahai..kesian sayang mummy ni. Mana tak nya, dekat seminggu lbh mummy ada kat rumah. Manja kemain lagi. Semalam bawa g klinik lagi sbb mata sebelah kiri dia merah sikit, doc kata panas dalam ni. Doc soh continue antibiotik, kalau tak ok jugak bawa lagi ke hosp utk check darah.

Mummy, babah dan kakak doakan bambam cepat sembuh ye.....

Muka budak tak sihat
Demam2 pun gigih nak wat peace
Lena kesan dari makan ubat
Footnote : Hati seorang ibu....

38 comments:

  1. moga bambam cepat sembuh yer,. faham sagt perasaan tu sue !

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mmg kesian sgt. kita yg mengandung dan melahirkan dia pasti akan rasa tempias

      Delete
  3. ololo ciannya kat bambam..hope cepat sihat ye :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. mmg kesian pun. akak x sanggup nk tgk anak2 sakit lama2 camni

      Delete
  5. Sayunya hati...

    Moga cepat sembuh ye sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kan nad. hati seorang ibu, mmg sedih bila tgk anak x sihat. thanks for the doa :)

      Delete
  6. cian bambam...
    semoga cepat sembuh ye...
    bila dah abis usaha, doa ngan tawakal je yang mampu dibuat...

    ReplyDelete
  7. alahai.. siannyer bambam. cepat sihat yer sayang.. nanti boleh ajak mummy g main kat taman.

    ReplyDelete
  8. salam sis? how are u? sihat sudah? sekarang ni musim demam sis.. cian bambam.. auntie doakan moga bambam cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. saya sihat alhamdulillah. tu la, mmg ramai yg x sihat lately ni. thanks so much ye aety :)

      Delete
  9. salam sue
    Tirana aduka doakan agar cepat kebah pd bambam..ciannya dia

    ReplyDelete
  10. style demam sama dgn anak MQ... siang ok.. malam kol 2-3 pagi dia start panas.. alhamdulillah dah baik cuma batuk n selsema je..tu mmg lambat la nak baik kan.. semoga cepat baik ye syg... kesian tgk klu budak demam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yg dewasa ni pun xtahan demam lama2, ni kan pulak anak2 yg masih kecil kan. huhuhu. sedih la tgk dia camtu. hrp2 dia sembuh la dlm masa terdekat ni. x sanggup nk bawa g hosp, kalau admitted lg la kesian tgk wayar sana sini

      Delete
  11. Siannya bambam. Semoga cepat sembuh yer. Perasaan seorang ibu kan. Klo bley biarlah ibu yg sakit...jgn anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. kalau boleh transfer sakit ni, biarlah saya tanggung. jgn la anak2. kesian tgk dia camtu

      Delete
  12. Sue..kesian kan..semoga Bambam cepat sembuh ye nak..bertabah k..bila anak-anak sakit..hati ibu luluh..semoga anak-anak kita diberi kesihatan yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear. saya mmg x sanggup tgk anak2 menangis sakit camni. kalau tak ok jugak, mmg kena ke hosp sekali lg la jawabnya. harap2 bambam kembali sihat. amin

      Delete
  13. siannya bambam. sekarang musim demam kot. anak anak akak pun demam.

    semoga bam bam cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  14. Siannya... Semoga cepat sembuh ya... Amin

    ReplyDelete
  15. Semoga cepat sembuh yek bambam.....amin

    ReplyDelete
  16. Alahai ciannye. Tak sampai hati kan kalau tgk anak tak sihat ni. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  17. dah sembuhtak bam bam sue.. sedih tengok kalau budak2ni tak sihat... auntie doakan bam bam sembuh cepat...

    ReplyDelete
  18. Walaupun sakit bambam nampak comel sangat. Moga cepat sihat bambam..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara