VVIP Yang Terhormat

21.3.13

TAHUKAH ANDA : KHASIAT GARAM BUKIT

Credit : Google

Garam bukit adalah antara anugerah Tuhan yg paling berharga. Bukan sahaja menambah keenakan makanan malah mempunyai manfaat yang besar untuk kecantikan dan kesihatan. Ia berasal daripada sumber alam semulajadi iaitu dari pergunungan Himalaya. 

Garam bukit wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun yg lalu dan merupakan sumber yang bersih dan bebas dari sebarang pencemaran. Amat menakjubkan, garam bukit asli mengandungi 84 elemen natural yg diperlukan oleh tubuh manusia. Antaranya ialah hidrogen, karbon, nitrogen, oksigen, sodium, magnesium, aluminium dan kalsium.

KHASIAT GARAM BUKIT:
  1. Meningkatkan aura dan potensi diri
  2. Membantu merawat masalah jerawat
  3. Dikatakan mampu menghilangkan parut
  4. Membuang toksin dalam badan
  5. Menanggalkan sel kulit mati
  6. Merawat pelbagai masalah kulit khususnya kegatalan
  7. Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi
  8. Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit
  9. Ia sesuai utk semua lapisan umur dan tidak mempunyai kesan sampingan
KAEDAH RAWATAN:

Garam bukit dijadikan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan. Kesemua produk ini digunakan secara meluas di spa untuk merawat tubuh dan wajah. Antara yang popular adalah:
  • Sabun - Sabun garam bukit digunakan di spa untuk membersih dan membantu merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan alahan. Produk ini juga boleh digunakan secara rutin oleh pelanggan di rumah kerana ia mudah didapati di pasaran.
  • Skrub - Selain itu, skrub menggunakan garam bukit dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
  • Rendaman kaki - Garam bukit boleh dijadikan air rendaman kaki. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan membuang toksin. Dalam masa yg sama, amalan ini dapat meredakan tekanan. Rendaman boleh dilakukan antara 15 hingga 30 minit.
  • Lampu garam - Untuk memberi ketenangan dan sebagai terapi, lampu garam diletakkan di rumah terutama bilik tidur. Energi yang terdapat pada garam ini mewujudkan persekitaran yang positif.
  • Mandian - Anugerah istimewa ini juga boleh dijadikan air mandian. Ia dipercayai dapat menaikkan seri wajah dan membunuh bakteria.
Footnote : Saya belum pernah try mana-mana produk berasaskan garam bukit ni. Ada yg dah pernah cuba? Macamana hasilnya?

28 comments:

  1. pernah try garam bukit untuk sembuhkan sakit gigi(petua org tua2)..alhamdulillah memang berkurangan..tp teramatlah masin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..pernah jugak dgr petua psl tu. garam bukit ni ibu segala garam kan. haruslah masin. hehehe

      Delete
  2. AJ penah cuba...
    Tapi bukan yang pure punyalah...
    Campuran... Buat scrub.... Best.... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la. kalau pure, mahal kot harganya.
      akak nak try la beli yg scrub tu

      Delete
  3. Lieya dulu ade yg jenis dibuat lampu tu sue...kalo siang umah panas cair hah hehehehh

    Skrub tu mcm menarik sbb lieya mmg rajin mengskrub badan semgu sekali....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kalau rumah sue confirm cair lampu tu sbb sue dok uma kampung. siang panas yg amat.

      skrub tu sue x pernah try lagi. ramai yg kata best. :D

      Delete
  4. dulu2 penah terbaca kan khasiatnyer ...

    ReplyDelete
  5. tq share, done clik2 juga !

    ReplyDelete
  6. lampu tu ade la pernah beli. kata boleh kurangkan sakit kepala. Tapi akak bukan pesakit kepala yang kronik. so tak tau nak beza.

    kalau yang buat scrub mandi tu nak cubalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..saya x pernah try satu pun. kalau ok, mmg nak cuba

      Delete
  7. aku pun tak pernah try...tapi ramai kata bagus...

    ReplyDelete
  8. Garam.. garam kasar masin..garam halus masin.. garam ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sifat garam adalah masin. maka garam bukit pun masin jugak kerana garam bukit adalah ibu segala garam. double triple masinnya. hehehe

      Delete
  9. ayut tak pernah lg jgk brg berasaskan gram ni....meningkatkan aura tu aura ap ek agak ye..hihihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..xtau la dik. mungkin menaikkan segala aura dalaman kita kot. dari negatif, jadi positif. akak nak try jugak nnt

      Delete
  10. Salam.. saya ade menjual sabun garam bukit 100% semulajadi dan mempunyai banyak khasiat dan kebaikan.. sebarang pertanyaan atau tempahan boleh pm/whatsapp saya 0132991156 atau layari page fb saya.. http://www.facebook.com/pages/Saffron-Shop/589719461047275

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara