VVIP Yang Terhormat

21.3.13

PETUA : CENGKIH UBAT SAKIT GIGI SEMULAJADI


Jika anda sakit gigi, cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya. Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. 

Minyak cengkih berfungsi untuk melawan bakteria sekaligus memberi kesan mematikan rasa. Hasil kajian menunjukkan cengkih juga membunuh bakteria tertentu yang kebal terhadap antibiotik.

Bunga cengkih juga mengandungi bahan kimia anti-radang yang dikenali sebagai eugenol. Melalui kajian pada haiwan, bahan ini menghalang sejenis protein yang menimbulkan peradangan. Selain itu, cengkih juga kaya dengan antioksidan.

Kombinasi kedua-dua bahan ini mempunyai khasiat pada kesihatan bermula dari jantung dan membantu mencegah kanser, hinggalah melambatkan kerosakan tulang dan tulang rawan akibat radang sendi. Selain itu, komponen di dalam cengkih juga dilihat dapat memperbaiki insulin.

Cubalah!

28 comments:

  1. Selain tu cengkih mewangikan mulut kalau tak salah... =D

    ReplyDelete
  2. wahh nice sharing akak, xtau lagi pasal petua ni..nanti kalo sakit gigi boleh la cuba.. :D

    ReplyDelete
  3. ayut bace gak sblm ni pasal ni..bnga cengkih pon bgus bila batuk...tp lom pernah try..kih3x..bace je org bgtau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..biasalah tu kan, suka baca petua2 ni. tp kdg2 bila time kena, xdpt nk amalkan :)

      Delete
  4. Pernah baca pasal petua nih. Nak beli cengkih lah nnt. Kekadang kena gak sakit gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak. kita ni kdg2 dah tau, tp bila kena tu terlupa dah segala mcm mak nenek petua

      Delete
  5. Ooo.. cam tuu... lama gak wa x sakit gigi.. hehe.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..harap2 gigi sentiasa dlm keadaan ok la ye

      Delete
  6. Bolehlah sya suruh hubby try....dia selalu sakit gigi...huhu tq share

    ReplyDelete
  7. oh hari tue sakit giigi..wah nak kena ingat ni..lepas ni senang

    ReplyDelete
  8. betul ke ni sue, bolehlah try nanti...dah tua-tua ni, gigi pun dah banyak yang tak ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..samalah saya ngan husb pun dh tuo jugak. gigi bnyk dah reput :D

      Delete
  9. memang berkesan... akak selalu buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak? bagusnya kalau dah jadi amalan kan. nak try jugaklah nnt :D

      Delete
  10. nak try lah nnti tp kan bau dia tu mcm mna nth....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..petua org2 lama ni berkesan sebenarnya. psl bau tu semua kena tolak tepi kalau nak cpt baik

      Delete
  11. good info nih.. he2.. bau bunga cengkih klu dh kunyah dlm mulut.. teman dengar mewangikan mulut..

    ReplyDelete
  12. kk fieda pernah buat masa sakit gigi dulu..mmg ada kesan..

    ReplyDelete
  13. banyak lagi petua orang lama-lama yang berkesan..
    malah kadang-kadang tu jauh lebih berkesan dari ubat di hospital...
    apa-apa hal pun, perkongsian yang menrik..
    memang seksa sangat bila sakit gigi ni. serik dah..haha
    ~blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara