VVIP Yang Terhormat

20.3.13

MYRESEPI : ASAM PEDAS IKAN PARI KU YANG GORGEOUS MELETOP!


Hahahahaha..sila jgn termuntah hijau bila baca nama resepi itu. Saje gedik-gedik nak bagi nama tu. Nampak cam sedap pulak bila di bagi nama tu kan. Hahahaha

Semalam petang pas balik kerja, saya ke dapur cam biasa. Mmg dah set mind nak masak resepi ni pun. Kebetulan hari Isnin tu pergi pasar malam. Ternampak ikan pari. Apalaga, terus mintak big bos duit nak beli ikan. My dear hubby mmg sgt sgt sgt suka dgn masak asam pedas. X kisah la asam pedas apa pun, semua dia layan. Lagipun, ikan pari kat pasar malam agak fresh, xde bau busuk or hancing. So, bolehlah beli. Sekilo RM22 je pun. Balik tu terus basuh ngan air asam dan simpan dlm freezer.

Dinner : Asam pedas ikan pari, kari kering daging, telur dadar & tumis kangkung

RESEPI : ASAM PEDAS IKAN PARI KU YANG GORGEOUS

BAHAN-BAHAN:
Cili kering (dikisar) - ikut banyak mana yg korang suka
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1kg Ikan pari - terpulang ikan apa yg korang nak masak
2 biji tomato (dikisar halus)
3 biji tomato (dipotong empat)
Bendi - ikut banyak mana yg korang suka
Daun kesum - ikut banyak mana yg korang suka
3 batang serai
Air asam
Gula & garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan bawang putih dan merah yang telah ditumbuk halus hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga cili benar2 telah garing.
2. Masukkan tomato yg telah dikisar, air asam, gula, garam, serai dan daun kesum hingga naik bau.
3. Apabila telah sedikit mendidih, masukkan ikan pari. Pastikan ikan pari telah masak, kemudian masukkan bendi dan akhir sekali masukkan tomato yang telah dipotong empat.
4. Tunggu kesemua bahan telah sebati dan kuah mulai pekat, barulah tutupkan api.


Dah siap!

Selamat mencuba!

Footnote : Mudah je kan. X susah pun sebenarnya. Kalau tak reti jugak, meh datang ke teratak ZackSuria. Saya demo secara live lagi. Hehehehe. My dear hubby makan semalam bertambah-tambah sampai 3x. Fuhhhh....

48 comments:

  1. mmg sedap ! KA pun suka buat !

    ReplyDelete
  2. Oo takyah belacan ek?
    Kite masak asam pedas takletak tomato kisar n serai
    Ok, pasni bleh cuba
    Pari ni kdg2 tu hancing la
    Cemane nak pilih ek biar tak terbeli
    Huhu, rugi jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org mmg suka letak belacan.
      tapi saya x pernah letak pulak, ni resepi yg saya olah sendiri.
      nnt try la.
      klau ikan pari tu, better beli kt pasar or pasar mlm.
      tny sendiri ngan tukang jual tu, aritu pun kitorg tny jugak.
      mmg xde bau hancing pun. dia kata kalau ada bau, mmg jenis yg x elok la tu

      Delete
  3. My feveret!! sedapnya...bak sikit..terliuh dah nie.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..wah..ramai betul yg minat masakan ni ye.
      alamak, x sempat nak bagi my dear hubby dan anak2 dah ratah abis :D

      Delete
  4. Sedapnye. Dah lama tak makan asam pedas ni. Kalau akak meratah pun boleh dgn ikan asam pedas ni.

    ReplyDelete
  5. sedapnya nanti nak try la
    thanks sis kongsi resepi

    ReplyDelete
  6. perghhhh mmg mengiurkan ni.. :D hee, sedappp3, my feberet too..Boleh laa try buat resepi akak ni nnt..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..maaf la ye, akak mmg suka masak dan suka mencuba. nnt try k, jgn lupa bgtau resultnya :D

      Delete
  7. aduhhh sedapnya....letak kicap sekali...3x tambah nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa..MQ pun suka letak kicap? gimme five! samalah ngan saya pun. penambah selera :D

      Delete
  8. ya allah..sedapnya..mood masak kuranglah sue sbb hubby on diet takmo nasi..sypun takde mood nak masak best2 mcm sue ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..dulu masa saya on diet pun camtu jugak. tapi saya still masak utk anak2. hubby mmg suka mkn lauk2 yg saya masak. lg puas katanya

      Delete
  9. Suami i pun suka ni... bakar berempah pn sedap jgk ikan pari ni..∩__∩

    ReplyDelete
  10. Tengok kuahnya pun dah rasa macam nak meletup bibir :-)

    ReplyDelete
  11. aduh sue....meleleh air liur nie.....rajin ko masak dah sarat2 nie....ni mesti baby girl kot nie heheheeheheh....

    asam pedas mmg peberet en laki..almaklum laa die org melake heeheeh mane leh lari dgn tekak asam pedas die...seb baik lieya ni pun peminat asam pedas....weekend ni nak masak asam pedas ayam laaaa...terliur lak tgk asam pedas mak yong dedek sorang nie heheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sue ni mmg suka masak2 la. suka try n error. saje wat edisi main belasah gitu. lg 1, hubby sue x suka sgt mkn kt luar. bila masak sendiri ni, dia ckp lg best terasa puasnya. nak jugak merasa air tangan bini yg tgh sarat ni kan.

      kita ni mcm dah berjanji pulak kan. lieya org johor, hubby sue org johor. husb lieya org melaka, sue pun org melaka gak. nama anak kita dayyan pun sama gak. eh..ni nak kena jumpa ni. hehehe. org selatan mmg minat asam pedas, x kisah la asam pedas ape

      Delete
  12. huhu nak nangis tgk entri ni.. bestnyeee... mn nk cri asam pedas kat kuching nehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalalala..tamo nangis2. bkn ke skang dah ade jual pes asam pedas segera tu? cubalah..mana tau ok ke rasanya

      Delete
  13. feuuwww.. kelaparan terus saya malam2 ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..bang boni kena diet tau. kata retis, kena jaga badan. x muleh mkn time malam2

      Delete
  14. memang sedap sue...mantap tol...fuh terliur...dah la tetiba ja lappaaarrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..jgn la terliur intan. sue ni main masak je ikut sekati sue. tp kalau nk cuba, ape salahnye

      Delete
  15. alaaa ... dah lama tak makan asam pedas...
    Hubby kita tak makan ikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe kak. nak wat asam pedas asam or daging pun boleh jugak. try tgk kat label myresepi utk dptkan resepi asam pedas ayam

      Delete
  16. Sue....emm, gud idea. Ikan pari ea...

    ..memang kami lakibini dah buntu nak cari lauk apa nk masak., selera anak lain..kami pon lain. pegi pasar last2 balik cmtu jer...tq so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kdg2 buntu nak masak ape dah. mcm kami anak beranak x kisah, mkn je ape pun. cubalah nnt. sama2 ye :)

      Delete
  17. wah2 mmg gougeos.... tu le selalu kalau beli ikan pari kat K4 ke atau supermarket mesti hancing dan hanyirkan... taim tu le terkeluar suma petua yg nak di amalkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe kak. kalau nak beli ikan, jgnlah cari kt pasaraya. mmg hanyir. cari kt pasar or pasar malam. fresh!

      Delete
  18. ayut hanu asam pedas...hihihi..klu asam pedas ni ayut blh tahu apa krg yer.pastu leh rasa len tak len bila org tu msak..ha...sbb favourite tu...lg2x ikn pari mcm akak bt ni..sedap yerrrr... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam akak ni main suka2 je try letak itu ini. hehehe. tgk2 sedap pulak

      Delete
  19. Alamak my feveret tp tak reti masak...nak eksperimen lah ni ikut resepi sue

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe mia. kalau ikut resepi sue ni, senang je.
      yg penting, cili kering tu kena masak betul2.
      air asam pun jgn terlebih dan jgn terkurang

      Delete
  20. sedapnyaaaa! nak sikitttt.. jap lg teman bawak mangkuk yea.. hiiiihihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..x sedap nak bagi tenku sikit, abis kami anak beranak ratah. mahapkan kami ye...hehehe

      Delete
  21. As salam Sue-Rya,

    Wahhhh!!! Lama tak makan ikan pari...Kat Peru ni takdok! :(

    Kalau pergi Kota Laksamana Melaka mmg akan pesan asam pedas ikan pari... aduh kenalah pulak dgn telur asin kan...hehehe :D

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara