VVIP Yang Terhormat

28.3.13

PETUA : JIKA ANAK ANDA DEMAM, SELSEMA DAN BATUK


Assalammu'alaikum WBT. Morning kawan-kawan! Dah sarapan? Arini saya bawa bekal lagi, nasi goreng ikan bilis+telur mata je pun. Hari-hari balik rumah masak, pagi-pagi panaskan lauk apa yg patut. Jimat dan berbaloi!

Hari ni just nak berkongsi petua ngan kawan-kawan. Selalunya jika anak-anak kita demam, selsema dan batuk, apa yg korang akan lakukan? Mesti bagi makan ubat ye dak. Tapi selain daripada tu, korang boleh cuba petua kat bawah ni. Lebih effective. Nak-nak skang ni ramai yg hidap penyakit 3 serangkai ni (pegi klinik punyalah ramai yg x sihat). So, why not korang cuba :)


Jika anak anda demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun kerana dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit. Ini adalah kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk. Samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema, tetap mandikan 3 kali sehari supaya selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya, ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Bila batuk pula, tetap kena mandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Dan bila tidur malam, sapukan minyak telon, minyak yuyee atau minya burung unta di belakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi. In Shaa Alla, kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum diurut pada badan anak.
(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak anak dah longgar, tepuk belakang anak setiap kali dia batuk. Kalau dia muntah adalah lebih baik, jadi semua kahak dan lendir-lendiri itu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah pada jam 8 pagi, selepas Zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak anda secara tidak langsung.

Selamat mencuba!

Sumber : Facebook

41 comments:

  1. Tq share Sue..Si Qoid klu kene 3 serangkai ni mmg tak lut ubat..kene alternatif mcm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 lynda. ubat2an skang ni x brp nak mujarab. hanya utk menahan sakit je

      Delete
  2. terbaik laa kakak...sekrang ni memang musim...kawan-kawan sy ramai anak demam x kebah lagi..tq sharing..:)

    ReplyDelete
  3. qausar b4 tido kena lap badan dia. kalu tidak mmg pyh nak lena

    ReplyDelete
  4. tq .. mmg ada yang KA amalkan juga ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bagus diamalkan. nak2 mcm kita yg ada anak kecil dan masih bersekolah

      Delete
  5. Tips yg menarik ni sue...ssb bile ade anak kecik mmg ni sakit yg dieorg selalu dpt....lieya skrang ni pun satu umah kene batuk selsema ni...terkokol2 je batuk....x gemar betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. ade anak kecik yg nk membesar mmg mcmtu. klau amalkan makan madu pun ok utk hilangkan batuk tu

      Delete
  6. tips yang sangat berguna. sekarang ni cuaca panas. memang kena kerap mandi.

    ReplyDelete
  7. mcm keyword kat sini kena mandi jer...huhuhu :) minyak unta tu bentuk yer cane kak?tak pernah dgr lg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..yes dik. kalau kena penyakit 3 serangkai ni, ubatnya kena mandi je. supaya panas dalam tu keluar. minyak unta? silalah google ye. hehehe

      Delete
  8. Memang petua ini yang akak amalkan untuk anak2. Seboleh-bolehnya tak bawa anak ke klinik. Tak nak mereka terlalu bergantung kpd ubat. Alhamdulillah, mereka jarang demam dan batuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. kalau boleh xnak bergantung pd ubat sgt, nnt diorg dah terbiasa, antibodi pun makin kurang

      Delete
  9. orait.. akak memang mandikan anak2 sebab sepupu akak nurse kata cam gitu... dulu mak akak tak berapa nak bagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..mak2 kita mmg x bagi kalau nak mandikan anak2 time demam. pdhal mmg logik jika nak buang panas tu, kena kerap mandi

      Delete
  10. nice sharing sis..bekalan utk masa depann ni..hee :)

    ReplyDelete
  11. berguna petua ni. boleh amalkan kalau anak buah tak sihat. thanks kak :D

    ReplyDelete
  12. wahhh! nice tips.. thanks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  13. Nice tips.....
    Insyaallah berguna 1 ari nanti....

    ReplyDelete
  14. elok sgt ni.. anak buah tengah demam... thanks kak. hehe.

    ReplyDelete
  15. selalu berselisih dgn mak mertua bab mandi bila anak demam.., orang lama tak bagi mandi...susahlah kalau duduk sekali (dulu la...hurm)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara