VVIP Yang Terhormat

22.3.13

P. RAMLEE DALAM KENANGAN

Assalammu'alaikum WBT. Selamat pagi kawan-kawan. Salam Jumaat yg penuh berkah! Pagi tadi tgh driving, bukak channel HotFm. Tapi mmg tiap2 hari saya dok layan pun, bukak2 je dgr suara Fifi gelak mengekek-ngekek. Kemain lagi korang kat konti tu kan :D

Arini kat HotFm, diorg menyiarkan kembali lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sangatlah best! Terhibur dengar lagu-lagu ciptaan beliau. Actually, saya mmg peminat Allahyarham P.Ramlee. Dari lagu sampailah ke filem-filem beliau. Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Madu Tiga, Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi dan banyak lagi yg menjadi kegemaran saya. Siyes tak pernah jemu walaupun dah tengok banyak kali. Tu sebab bila diorg putarkan kembali lagu, babak dan dialog filem-filem beliau, tersenyum tersengih tergelak saya sorang-sorang dalam kereta pagi tadi. Lantakkan je la kalau sape-sape yg terperasan tu. Yg penting, pagi saya cukup terhibur ^___^

My dear hubby pulak, dok praktis killer song P. Ramlee utk Kump. Fusiona Ethnique. Best giler lagu-lagu ciptaan beliau. Kadang-kadang, hubby cakap susah giler nak dptkan coding yg P. Ramlee mainkan, beliau sgt genius dalam bab lagu ni, lagu-lagu P. Ramlee banyak berunsurkan Jazz. Saya yang dok masak kat dapur pun kadang-kadang ternyanyi sama dgn hubby. Hahaha. Dah hubby yg suruh, dah lama x dengar saya nyanyi katanya. Last performed, masa join pertandingan ACT Got Talent 2 tahun lepas, saya nyanyi lagu 'Gelora Jiwa' (dipopularkan kembali oleh Yuna). Praktis kat rumah dgn band kitorg (diketuai oleh my dear hubby), tu pun praktis 5 hari je sebelum pertandingan. Giler tak giler ah!


LATAR BELAKANG ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:

Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)
Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
Betty : Anak angkat
Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)
Salfarina @ Dian : Anak angkat (keturunan Cina)

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P.Ramlee. 

Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang" (Posthumous) (DA (P)).Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau,iaitu Dian P.Ramlee.

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran beliau yg ke 84. Sama-samalah kita sedekahkan doa dan Al-Fatihah di atas pemergian beliau sejak 1973. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah....

Footnote : Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...

26 comments:

  1. Replies
    1. sama2 kita sedekahkan doa utk beliau. karya beliau amat tinggi nilainya...

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu anum. dari kecik sampailah dah jadi mak org ni pun, saya masih seronok layan cerita2 beliau

      Delete
  3. Al-Fatihah...
    btw, wahh akak dulu penyanyi ke..mesty sedapp kan akak nyanyi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. al-fatihah...

      ala dik, xde la sedap mane pun.
      tapi akak mmg minat nyanyi dari kecik dulu.
      selalu masuk pertandingan.
      dpt jodoh pulak ngan pemuzik.
      mmg ngam sgt lah! hehehe

      Delete
  4. Al-Fatihah..
    Dia seniman agung..
    Karyanya tak penah luput dek zaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. al-fatihah..sama2 kita doakan utk beliau.
      betul tu AJ, karya yg mmg menjadi pujaan ramai :)

      Delete
  5. AL-Fatihah.. Nurul peminat setia filem P.Ramlee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. al fatihah..
      ramai peminat setia Allahyarham ye :)

      Delete
  6. al-fatihah..dulu cik siti suka sangat tengok cita P.Ramlee...paling suka tgk, cita tiga abdul...lps tgk cita tu, cik siti n adik2 cik siti gelarkan diri kami tiga siti..sbb dlm family, cik siti ada 2 orang adik yang namanya brmula dengan 'siti'...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..comel je! mcm saya adik beradik perempuan mmg ada nama siti, ada 7 org perempuan. cuma 5 shj yg dpt nama siti tu :)

      Delete
  7. citer yang p.ramlee buat semua best sangat, tapi sedih sikit dengan perjalanan life dia. bangga dengan dia jugak, even dah berjaya dekat tempat orang, demi melayu dia sanggup balik ke sini untuk buat filem sendiri. alfatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best pun. x pernah jemu. tu la psl, tapi x ramai yg tau ttg kisah hidup dia

      Delete
  8. Tirana aduka memang peminat seniman dan hasil karya p.ramlee ni.

    ReplyDelete
  9. kalau rajin, buka Youtube.. tengoklea sejarah hidup P.Ramlee di saat2 akhir hidup dia.. amat menyedihkan.. teman baru tahu.. rupanya Allahyarham hidup susah di penghujung karier nya.. apabila dia stop bkerja dgn Shaw brothers dan kembali ke malaysia.. sedih.. dan teman amat terkejut.. =( .. semoga rohnya berada dikalangan golongan mukmin.. aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? yg tu ada jugak hubby saya cerita. nnt saya search kt youtube. thanks for the info. amin amin...

      Delete
  10. rasa mcm baru2x ni hot fm pon ad bt hot chat...kat hot fm AM krew.. :) akak pon mesti dgr trus tfikir bt entry..hihihi...idea itu dtg..smga nasihat drpda lakonan beliau dpt jd bekalan bt dia di snaa.amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..pagi2 tgh drive best pulak dgr lagu2 Allahyarham. tu yg dtg idea nak wat entry. hehehe

      Delete
  11. salam sue…owh sue dengan husband ada band ya?suara su mesti power n..bila2 nak juga tgk sue and husband perform…heheh..ni kalau husband intan tahu dia mesti suka sebab dia sangat suka muzik..tapi husband intan more to bass..hehe
    intan pon suka layan filem P.Ramlee…tapi intan x suka filem dia yang serius..suka yang lawak2 je..hehe…sebab joke beliau sangat membina dan mendidik orang..ekeke

    ReplyDelete
  12. Ada beberapa ustaz ada kata ... Kenapa filem2 dan lagu2 arwah x jemu2 walaupun diulang beribu kali ... Jawapannya arwah hasilkan satu2 karya beelandaskan al-qur'an dan agama islam .. Tu sebab Allah perlihara karya Allahyarham tan sri ... Contoh byk filem2 beliau belatar belakang negara arab mcm ali baba bujang lapok dan tiga abdul ...
    Lagu2 pun khabarnya ditulis dlm tulisan jawi dan sebutan pun ada mengikut tajwid2 .... allahuakbar. .

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara