VVIP Yang Terhormat

27.3.13

NOVEL : DIA LEBIH MENGERTI

Disebabkan bos saya cuti seminggu ni (al maklumlah kan, cuti sekolah...), saya tatau nak wat pape. So, layan la baca novel ni...Novel yang dah berkurun dibeli tapi x khatam-khatam lagi. Huhuhu. Since preggy ni, rajin pulak nak membaca. Yg paling syiok sekali saya buat time preggy ni kan, main Sudoku. Yup, Sudoku. Sgtlah best!


Saya sgt suka dgn karya Norhayati Berahim. Dulu masa zaman remaja muda mudi (erkkk..skang pun muda lagi ape. hehe), novel2 NB adalah keluaran Alaf21. Tapi novel ini adalah keluaran syarikatnya sendiri iaitu NB Kara Sdn Bhd.

Sinopsis : 'DIA LEBIH MENGERTI'

Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya, sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada. Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah. Diperendah dan dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa. Umairah akur kehendak takdir. Cinta itu bukan untuknya.

Tetapi lelaki yang bernama Syed Abid tidak mengerti. Terlalu besarkah kesalahannya sehingga Umairah marah? Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umirah mengalah? Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah. Cintanya hanya untuk Umairah. Tiada siapa yang boleh menegah. Kerana bagi Syed Abid, cinta yang ada dihatinya, hanya dia sahaja yang mengerti.

So, kalau berkesempatan saya akan BW ke blog kawan-kawan ye. Kalau tak sempat, saya akan balas jejak esok hari. Jgn risau, jejak anda pasti dibalas. In Shaa Allah... ^___^

Footnote : Malam tadi tak boleh lelapkan mata. Panas yang teramat kat Shah Alam. Pusing ke kiri tak lena, pusing ke kanan pun tak lena jugak. Guruh dan kilat ada kelihatan, hanya hujan saja yang tak turun-turun....Sudahnya jam 4 pagi baru dapat lelapkan mata. Pukul 6.15 pagi dah nak bangun siap-siap ke pejabat. Bayangkan je lah.....macam panda mataku...huhuhu

23 comments:

  1. Macam pernah baca novel ni....
    Hmmmm... nak kena ingat balik ni....
    Novel NB memang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni dah lama beli kak. tapi x khatam2 lg. mmg karya NB terbaik!

      Delete
  2. yeahh! sama lah akak, sye pun suka main sudoku! :D dari kecil sampai ke besao dok main sudoku ni..heee...gimme10! ^_______^
    btw, novel tu mcm best, kena p cari ni..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. best giler kan main sudoku. leka!
      dik, ni novel lama dah akak beli.
      tp try cari novel karya NB yg lain :)

      Delete
  3. hahaha.. main soduku memang best. boleh nguji otak. tak de la berkarat sangat. ada kawan akak ni gila main soduku sampai ntah hapa hapa tau. soduku dalam paper, soduku kat tenet bagai.

    last tak tahan snagat dia beli buku soduku tu. bila selesai semua dia beli lagi. ha.. bertimbun buku soduku dia. siap potong potong keratan akhbar yg ada soduku tu. memang addict kan..

    Baca Novel? kalau free mcm mana pun akak tak baca dik oi.. memang malas membaca. Tapi kalau buku ilmiah tu laju je . nape ek? Jiwa novel tak de dalam roh ini. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. perggghhh..tu mmg peminat sejati sudoku namanya tu. dahsyat!

      Delete
  4. MQ pun suka baca tapi sekarang dah tak de masa sgt.. kalau baca novel, tak kisah la sape pengarang dia, tajuk apa janji sinopsis dia best.. novel ni kalau kite baca ala2 kite dalam watak tu.. sebab tu suka baca n berangan ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ngan saya. tgk mood dan masa jugak kalau nak membaca ni

      Delete
  5. Replies
    1. hehehe..gimme ten!
      saya pun sama.
      yg dah lama beli, tp msh berbungkus plastik pun ade lagi.
      mood membaca tu tadak kdg2 tu

      Delete
  6. wahhh mcm menarik je novel tu.. bila dah hbs baca nnt kasi review ya :)

    ReplyDelete
  7. Novel yg br beli pun br berapa muka surat dibaca...x da masa....huhu padahal dulu mmg gila novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sama lah ngan saya mia. terperap je kt dlm kotak dan rak :P

      Delete
  8. bagus tu sue, pupukkan budaya membaca awal-awal, sebab now ni dah zaman canggih, masing-masing bizi dengan hp n tab jer. tak mustahil one day, budaya ni akan hilang dek zaman...cewah, komen kalini macam cikgu pulak, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn..org zaman skang ni x ramai yg amalkan budaya membaca. setuju dgn awk! hehehe. mcm cikgu cikgi la pulak kan :)

      Delete
  9. Novel hasil NB memang best. Dah lama tak beli novel.

    ReplyDelete
  10. sekarang ni nak bace novel mmg tak sempat dh...ad je keje nk kena bt... T.T

    ReplyDelete
  11. akaka dah lama tak sempat layan novelni.. harapler ada masa cam gitu lagi...

    ReplyDelete
  12. macam best novel ni. nanti nak cari lah :D
    FD tak reti main sudoku, pening kepala. hehe

    ReplyDelete
  13. Dah lama sangat AJ tak beli or baca novel..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara