VVIP Yang Terhormat

15.3.13

MACAM-MACAM PETUA



1. Merangsang susu ibu
Ibu baru bersalin yang menghadapi masalah susu kering mungkin boleh mencuba petua ini. Ambil beberapa helai daun durian belanda, rebus dan minum airnya. Air rebusan ini bukan saja baik untuk merangsang susu ibu, bahkan merangsang pengeluaran peluh sebagai kaedah rawatan selsema, demam panas dan batuk.

2. Bunga delima legakan kesan terbakar
Buah delima memang diketahui mempunyai banyak khasiat. Begitu juga dengan bunganya yang membantu melegakan kesan terbakar pada kulit. Caranya, tumbuk halus bunga delima dan dicampur minyak bijan. Kemudian, pupuk pada tempat yang terbakar.

3. Daun betik legakan bisul
Biasanya daun betik dijadikan ulam bersama sambal belacan. Walaupun agak pahit tetapi ia pembuka selera. Namun, pasti ramai yang tidak tahu bahawa daun betik yang ditumbuk lumat boleh bertindak melegakan penyakit jika disapu pada ulser, bengkak, bisul, sakit sendi dan luka bernanah. Air rebusan daun betik juga boleh diminum untuk melegakan asma, malaria, darah tinggi dan membunuh cacing dalam usus. Bukan itu sahaja, malah daun betik juga boleh dijadikan sebagai ulam bagi merangsang susu ibu (ambil daun betik yang muda sahaja)

4. Putihkan gigi
Gigi berkarat akibat kesan merokok dan sebagainya pasti menjejaskan penampilan. Jangan bimbang. Ada beberapa petua lama yang mudah untuk memutih dan mengilatkan gigi. Antaranya, dengan membakar beberapa helai daun kelapa kering. Ambil abunya dan gosokkan pada gigi setiap pagi. Lakukan berulang kali dan In Shaa Allah gigi anda akan putih berkilat.

Selamat mencuba!


Footnote : Yeayyy!!! Esok lusa bercuti di hujung minggu. Mau ke mana? X ke mana-mana pun rasanya. Masa untuk mengemas rumah & spend our time with kids. Weekend2 akan datang busy ngan show :D

27 comments:

  1. Replies
    1. mmg banyak pun, kita cuma tau dgn xtau je.
      kdg2 nak amalkan pun jarang2 sekali

      Delete
  2. wahh banyak betul petua2 kan akak..boleh cuba ni, nice sharing sis :D

    btw, have a nice weekends akak! ^_________^

    ReplyDelete
  3. Salam sue cayang..x per...yg penting sue terjah juga walaupun lewat...sue, tima kasih selalu bagi semangat kat intan..:) ku hargainya..:) muah!
    nice petua

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 intan. jgn stress2 tau. sue dpt rasa apa yg intan rasa skang ni. sama2 kita support each other. sama2 bagi semangat. take a good care ye!

      Delete
  4. Nice!
    Hepi wiken uols!
    Peluk bambam sket utk saya hehe

    ReplyDelete
  5. Suka petua no. 1 tu. Mana plak nak cari pokok durian belanda nih.

    ReplyDelete
  6. Suke lieya layan entry petua2 sue...nak tau x dulu mase lieya bujang2 mmg suke bace petua2 ni heheheheh

    ReplyDelete
  7. akak teringin nak putihkan gigi tapi takutlak baca petuatu...

    ReplyDelete
  8. banyak petua ni:) bagus, boleh cuba yang mana perlu.. hihi

    ReplyDelete
  9. salam akak akak nak sponsor topupkan..boleh aja...pape boleh emailkan kat kina kinara_kinatara@yahoo.com atau terus msg kina...di 0145103096

    :)

    ReplyDelete
  10. tips putihkan gigi tu saya rasa nak cuba lah.. hehehe

    ReplyDelete
  11. petua pakai air rebusan ni yg susah nak minum..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara