Rambut kering biasanya akan kelihatan keras, kasar dan kusam. Apa kata cuba gunakan petua ini untuk melembutkan rambut. Caranya ambil seikat kangkung, buang akar dan bersihkan. Di dalam mangkuk, ramaskan kangkung hingga keluar lendir, sambil itu campurkan sedikit air suam. Tapis lendir dan lumur pada rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas. Ulangi beberapa kali dalam seminggu, pasti rambut akan kelihatan lembut dan bersinar.
2. Nasi hangit
Nasi yang dimasak hangit? Jangan panik. Letakkan sekeping roti putih di atas nasi selama 5-10 minit untuk menyerap bau hangit tersebut. Hati-hati ketika mencedok nasi untuk dihidangkan. Jangan sampai ke dasar nasi yang hangit.
3. Bertih jagung cepat masak
Anda gemar buat bertih jagung di rumah? Cuba cara ini. Sebelum memasukkan jagung dalam ketuhar atau alat membuat bertih jagung, rendam dulu bijian tersebut dalam air selama 10 minit. Lembapan tambahan itu membantu bertih jagung pecah lebih cepat dan gebu.
4. Khasiat air rebusan pasta
Selepas merebus pasta atau kentang, jangan dibuang air rebusan tersebut. Sebaliknya sejukkan dan gunakan untuk menyiram tanaman di keliling rumah. Air tersebut mengandungi nutrien yang berguna untuk tanaman anda.
5. Aloe vera rawat luka
Sentiasa pastikan ada sepasu pokok aloe vera di dapur anda. Tumbuhan ini sangat berguna kerana jika ada terhiris atau terbakar jari, segera patahkan daun aloe vera dan gosokkan gelnya pada tempat yang cedera, pasti akan rasa lega. Selain daripada tu, lendir aloe vera ni boleh juga digunakan sebagai mask dan lulurkan di rambut utk kesan yg lebih lembut.
Selamat mencuba!
Footnote : Semalam petang saya masak nasi goreng ikan hancur dan telur dadar. Kami 4 beranak makan kemain berselera dan bertambah2. Hehehe
great sis
ReplyDeletenasi goreng ikan hancur?erm menarik! nak resepi :P
ReplyDeletemacam2 gak yerk.. air rebusan pasta selalu akak buangjer...
ReplyDeletenasi goreng ikan hancur? bunyi mcm sedap tu sue....rajin mak yong masuk dapur heheheeheh
ReplyDeletelieya dulu suke sapu alovera kat kening ngan bulu mate...tapi sapu time nak tdo le...kalo tak melekit2 plak bukak katup mate wakakaakakaka
mmg best kalau baca ni.tp nk membuatnya tu malassss.hehe
ReplyDeleteshare lah pulak resepi nasi goreng ikan hancur tu.... tak penah lagi cuba
ReplyDeleteNice sharing...
ReplyDeleteTapi bila nak praktikkannya tu, tak tau lah...
Hehheheh..
Tq sharing.. :D
ReplyDeletekangkung sedapppp
ReplyDeleteTq sbb share =)
ReplyDeleteTq sharing...tip yg bagus ni... :-)
ReplyDeleteyg no.2 selaluletak garam jer..dona sanofi
ReplyDeleteThanks for the tips sue. Pasal nasi hangit tu boleh lah saya try nanti. Kekadang masak bubur anak terhangit sket...hahaha.
ReplyDeleteAs salam Sue-rya,
ReplyDeleteMacam saya kan, tahu banyak petua, suka nak baca petua tapi nak buatnya... alahai, malas sungguh! Tulahkan biasanya org cantik ni rajin-rajin belaka! Saya ni kurang kerajinan sikit...hikhik
Apa2 pun sgt appreciate dgn perkongsian ni! Manatau nnt tetiba jadi rajin lak...hakhakhak :D
Jap..jap... awak preggy jugak ye! yeaayyy!!! Calit sikit! :))
ReplyDeletetq share tips2 yang bagus ni sue
ReplyDelete@Nurzakiah Hanum hehehe. bole cuba nnt
ReplyDelete@Lynda Che Lah tunggu next next entry. sonang yo!
ReplyDelete@Cho Zila sama la kak. saya pun x pernah tau
ReplyDelete@lieyalatif biasa2 je la lieya. simple sgt!
ReplyDeletesue mmg suka letak aloe vera kt muka dan rambut. halus mulus je jadinya
@Cik Puan Rara tu la kan. saya pun kdg2 malas gak. hehehe
ReplyDelete@Ibu Amirul ok kak. nnt saya share resepi nya. tunggu next next entry :D
ReplyDelete@AyueJean AJ hehehe. bnyk sgt petua pun kdg2 kita bole jadi lupa
ReplyDelete@Ratu Hatiku sama2
ReplyDelete@Cik Rongoks Ika kalau goreng ngan ikan bilis best giler kan!
ReplyDelete@Nad MamaZN sama2 nad
ReplyDelete@Mia Kassim sama2 sis. bole try nnt
ReplyDelete@Mrs Velentine oyeke..camtu caranya ye. bole la saya cuba nnt
ReplyDelete@Fiza Rahman hehehe..sama la jugak kak. kdg2 kita nak cepat, api kita bukak besar2. sekali hangit, hamek! hehehe
ReplyDelete@Marya Yusof wa'alaikumsalam marya. saya pun kdg2 malas jugak nak try itu ini. mana yg ada tu kira ok la. hehehe
ReplyDelete@Marya Yusof yes dear. kita sama2 ngah preggy. take care of urself n baby inside tau. nnt up story psl baby k :)
ReplyDelete@Kesuma Angsana sama2 kak :)
ReplyDeletetang nasi tu baru tahu...letak roti ea...tp skrg dh pkai rice cooker..xhangit sudah...hihihi
ReplyDeletenasi hangit tu pun kak fieda baru tahu..
ReplyDeletebanyak yang boleh ikut ni.. thanx untuk semua petua ni :)
ReplyDelete@ayut hehehe..samalah ngan akak. cuma kalau rice cooker rosak/xde elektrik, no choice terpaksa guna dapur gas :D
ReplyDelete@fieda hihihi. saya pun baru tau gak :)
ReplyDelete@ros_reeza sama2. bole la cuba nnt
ReplyDeletesuka baca tips tp jrg amalkan..hehehe
ReplyDelete@Mimi Azirah saya pun kdg2 terlps pandang jugak. hehe
ReplyDeletebanyak petua menarik....air pasta tu selalu buang je ..kalau duk kg ni kalau buat pasta ka , leh siram kat tanaman..tq sue
ReplyDelete