VVIP Yang Terhormat

6.2.13

PERKEMBANGAN FETUS : 17 MINGGU

 
Minggu ke-17
 
Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.

Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.
 
Sumber : Pa & Ma
 
Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40 minggu.

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah.
 
Sumber : BabyCenter

40 comments:

  1. sama cm kak aj ea semoga mammy n baby sihat..

    ReplyDelete
  2. tahniah sue... akak baru tahu sue peknen... moga baby dan sue baik2 aja...:)

    ReplyDelete
  3. bestnye sueeee....eii terus rase nak preggy bile tgk pic2 gini...tapi pikior2 balik nanti2 laa haahahaahahah

    skrang mesti sue dah rase kan baby gerak...almaklum laa kite dah penah preggy kan so sense tu cepat jek kite leh detect kan...

    ReplyDelete
  4. semoga segalanya dipermudahkan...amin...

    ReplyDelete
  5. seronoknye tengok baby n bace psl org pregnnat nih..

    p/s sue, nih nama video yg sy download kat youtube

    1) mari kita belajar alif ba ta
    2) Belajar Alif Ba Ta (JAWI) untuk kanak-kanak : DEMO
    3) CD Komputer Belajar ABC, Alif Ba Ta dan 123
    d) video Mickey Mouse tuh sue taip Mickey Mouse HouseClub

    ReplyDelete
  6. Semoga perjalanan kehamilan dipermudahkan olehNYA.

    Sue, nak ke sambal hitam tu? Nnt akk tye dia bley pos ke tak. Sue tinggal mana?

    ReplyDelete
  7. @lieyalatif hehehe. xpe, lieya dah dpt 3. rest dulu. tunggu next next year. mane tau ade rezeki lg kan. lgpun lieya msh muda lg. :)

    ReplyDelete
  8. @Mimi Azirah hehehe. xpe, next nnt mimie punya turn pulak. amin..thanks for the info ya. nnt sue try cari

    ReplyDelete
  9. Seronoknya tengo org pregnant...terasa nak pregnant lg...hehe harap ibu dan baby ok ok jak..

    ReplyDelete
  10. best kan dapat bace ni so macm kita tahu perkembangan baby kita dari masa ke masa..semoga sue dan baby sihat..

    ReplyDelete
  11. setiap kali tengok baby dalam kandungan. tak terucap betapa agungnya kekuasaan Allah..

    ReplyDelete
  12. pengalaman yg cukup indahkan..moga terus sihat mummy dan baby..

    ReplyDelete
  13. @Mia Kassim hehehe..ala, bole je tu. sementara masih muda :)

    ReplyDelete
  14. @Cheq Kaq betul tu. at least kita tau perkembangan baby. rase semangat je. hehe. thanks dear!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara