VVIP Yang Terhormat

19.2.13

BERITA : PEMBANTU RUMAH DERA BAYI DIPENJARA

KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah. "Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi. Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut". Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Sumber : BERNAMA

25 comments:

  1. mmg dia maid yg giler...elok hukum mati je terus...

    geram aku tgk video tu nok...

    ReplyDelete
  2. Padan muka dia. Elok kita lambung2 dia dulu sebelum sumbat dlm penjara.

    ReplyDelete
  3. takder perasaan jer orangnyerkan.. entahler ...

    ReplyDelete
  4. Wilma setuju dengan hukuman nie...Memang wajar...

    ReplyDelete
  5. Taktau nak ckp ape.. Mmg berharap yg baby hareez selamat dan sihat je hendakNya...

    ReplyDelete
  6. psiko la maid ni, harap-harap dapat hidayah masa dipenjara nanti...

    ReplyDelete
  7. Muka dia cam takde perasaan je......
    Geram nengoknya...

    ReplyDelete
  8. @wahida kita yg dah jadi mak-mak ni bertambah2 geram la kan bila org buat sesuka ati je buat baby yg xtau pape camtu. ni kalau dpt kt org, mmg habis la...

    ReplyDelete
  9. @Cho Zila mmg pun, kalau tgk dari airmuka dia, lgsg xde perasaan bersalah. ntah ape yg dia pk masa dia lambung baby tu

    ReplyDelete
  10. @Dunia Wilma rasa mcm nak tumbuk laju2 je sebelum sumbat dlm penjara!

    ReplyDelete
  11. @Nad MamaZN baby kecik yg x bersalah jadi mangsa. sama2 kita doakan baby tu kembali sihat spt sediakala

    ReplyDelete
  12. @Orga tgk muka dia mcm xde perasaan bersalah pun. geram betul!

    ReplyDelete
  13. @Empayar Utama saya tgk pun menitis airmata ni tau. sedih sgt kenangkan bayi yg x berdosa tu

    ReplyDelete
  14. @AyueJean AJ bkn mcm lg dik. mmg xde perasaan gamaknya. ntah apa yg ade dlm pale otak dia tu xtau la. rase nak lempang laju2 je!

    ReplyDelete
  15. @UmmiAbi yg bersalah tetap bersalah dan perlu terima hukumannya

    ReplyDelete
  16. dah dpt balasan yg setimpalnyer..

    ReplyDelete
  17. biar dia rasakan hukuman dia tu. muda2 lagi dah masuk penjara.

    ReplyDelete
  18. biar dia rasa..patut kita pakat lambung dia pulak biar dia rasa mcm mana..klu dpt akak pijak2 geram pulak menengoknye

    ReplyDelete
  19. giler maid tu...Alhamdulillah dah dapat pengajaran yg setimpal...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara