NIBONG TEBAL, 7 Februari - Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung meriah, semalam bertukar kenduri doa selamat selepas pengantin perempuan menghilangkan diri tiga hari sebelum dinikahkan. Norazlina Ismail, 23, sepatutnya diijab kabul dengan tunangnya, kelmarin, tetapi ia terpaksa dibatalkan selepas dia gagal pulang ke rumah sejak Rabu lalu.
Ibunya, Salmiah Ahmad, 56, berkata, ketika kejadian dia dan suami, Ismail Saad, 60, tiada di rumah kerana pergi ke mahkamah di Jawi atas satu urusan dan kehilangan anak kelima daripada enam beradik itu disedari selepas dia gagal pulang ke rumah mereka di Taman Pekatra, Simpang Ampat, di sini. Menurutnya, anaknya tiada masalah dengan keluarga atau tunangnya dan Norazlina mahu mengahwini lelaki itu kerana mereka sudah tiga tahun mengikat tali pertunangan.
“Ketika saya dan suami keluar rumah pagi itu (Rabu), dia (Norazlina) ada di rumah bersama anak bongsu (Norsyamira, 16). “Tetapi, menurut Norsyamira, kakaknya meminta dia menghantarnya ke jalan besar di depan taman ini kerana mahu berjumpa kawan yang pernah bekerja kilang bersamanya untuk mengambil wang di Taman Pelangi.
Sumber : Harian Metro“Kebiasaannya, kalau keluar dia akan pulang jam 1 tengah hari, tetapi sehingga hari ini dia tidak pulang. “Saya menghubunginya jam 11 pagi pada hari kejadian bertanyakan mengenai komputer riba adiknya. Itu kali terakhir saya bercakap dengannya dan cubaan kedua menghubunginya gagal apabila talian telefonnya dimatikan,” katanya.
Footnote : Kenapa la sampai boleh jadi macam tu agaknye. Dah dapat restu mak ayah sedara mara semua. Boleh pulak dia larikan diri ngan lelaki lain. Pelik betullah perangai manusia zaman skang ni. Ada org yg susah payah nak cari wali utk dptkan restu, tapi dia boleh pulak senang2 larikan diri. Mungkin dia ada sebab tertentu yg kita semua tak tau. Tunggu dan lihat je la
kesian mak ayah dia.... apa pun sebab atau masalah nya jangan lah sampai buat mak ayah menangis....
ReplyDeleteKsian keluarga pengantin tu...
ReplyDeletemacamtupun der.. nanti menyesal kemudian hari dah tiada gunanya...
ReplyDeleteTak tau nak komen apa....
ReplyDeleteMacam2 hal sekarang ni.....
apa2 kite nak buat kena pkq mak ayah paling penting
ReplyDeleteada gak terbaca pasal ni kat metro tadi..kesian mak & ayah kan, tanggung malu
ReplyDeleteagak2x time ni apa la pengantin tu fikir ek...mmmm
ReplyDeleteKesian kat parents dia.
ReplyDeleteteruknya..kalau tak jadi bagitaulah awal-awal, kesian dengan mak ayah, mesti diorang susah hati. tak salah kalau berbincang, mak yah pun mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya...
ReplyDeleteKesian keluarga dia terutama mak dan bapa dia...Napa la dia sanggup buat macam tu...Kalau tak nak kahwin, bagitaulah awal2...Sedih...sedih...
ReplyDeleteRambut sama hitam, hati sendiri punya. Memang susah nak komen yang ini
ReplyDeleteish kesiannye...majlis terus tak bermakne kan...tapi betul ke lari ikut jantan lain...ntah2 kene bunuh ke...ya Allah selisih....hope kembalik okey laaa family ni kan...
ReplyDeletemcm2 kes lah skang ni !
ReplyDeleteturut simpati ngan ayah dan ibunya
ReplyDeletemacam2 skg ni
ReplyDeletemmg pelik..dah dapat restu dan persediaan semua dh ready gini plk dia buat..
ReplyDeletekesian dekat mak ayah yg perlu tanggung semua ni.nape la tak berpikir dulu sebelum buat sesuatu.. ntah la.nak cakp lebey2 pon susah
ReplyDeletex patut laaa dia buat mcm tu..semua boleh bincang...buat tindakan yang memalukan keluarga dia..hmm
ReplyDelete