VVIP Yang Terhormat

18.1.13

BERITA : MURAH HATI DERMA SUSU BADAN


PUTRAJAYA: Simpati terhadap tiga ibu yang tidak mampu memberi susu badan kepada anak masing-masing akibat masalah kesihatan, seorang wanita bermurah hati menjadikan ketiga-tiga bayi mereka sebagai anak susuannya.

Tanpa mengharapkan sebarang balasan, Nurul Uyun Mazlan, 30, berkata, naluri keibuannya mendorong dia berbuat demikian walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, Dania Alisha Almaduddin, 3, dan Dania Maisarah, tiga bulan.

Kemuliaan hati Nurul Uyun itu seharusnya membuka mata masyarakat mengenai amalan menjadi ibu susuan, sesuatu yang lazim dilakukan masyarakat Arab dan diharuskan Islam, tetapi jarang diamalkan umat Islam negara ini.

Pendakwah bebas, Zawiyah Hassan berkata, menderma susu badan kepada bayi yang memerlukannya, bukan saja dibenarkan syarak, malah dianggap perbuatan mulia dan mendapat ganjaran pahala, sama seperti amalan bersedekah.

“Sedangkan niat berbuat kebaikan pun sudah dapat pahala, inikan pula menderma susu tanpa mengharap balasan. Apatah lagi susu didermakan itu boleh membantu bayi mendapatkan khasiat penting untuk tumbesarannya.

Sumber : Harian Metro
Footnote: Ya Allah, alangkah besarnya jasa ibu ini hingga boleh mendermakan susu badannya kpd anak-anak kecil yg memerlukan. Masa kakak dulu, saya terpaksa beri susu badan berselang seli ngan susu formula sbb masa tu mmg xde belajar dari mana2 sumber utk wat stok. Masa bambam pulak, mmg dah niat since preggy saya nak fully BF padanya hingga umur 2 tahun. Alhamdulillah...niat saya tertunai. Utk anak ketiga ni, mmg dari awal saya dah niat nak fully BF sampailah dia sendiri yg tamo minum dah susu tu. Semoga niat dan doa saya tertunai. Amin...Semoga dipermudahkan segalanya....

50 comments:

  1. Dia memang ikhlas membantu....
    Alhamdulillah....
    Patutlah bambam tu bam...
    heheheheh...

    ReplyDelete
  2. Salam dear..Salam Jumaat..:) hope Sue sihat selalu…makan apa lunch hari ini?
    Mulianya hati manusia ni..moga dia dilimpahi barakah selalu..ameen!

    ReplyDelete
  3. dia blogger. cutemum kalo tak silap nama blog dia. akak kenal lama dah dia, sbb dia masuk GA akak buat dulu.. huhu.

    ReplyDelete
  4. baru baca kat metro tdi.. baiknya ati kan .. ^_~

    ReplyDelete
  5. Baik hati dia....
    saya tak smpi pun 3 bulan bf anak...masalah kurang susu sejak anak pertama lagi...huhu

    ReplyDelete
  6. kt Msia ni jrg2 ade ibu susuan...mmg mulia btol hati wnita nih...proud of her :)

    ReplyDelete
  7. Alahai..mulia sungguh hati ibu ni..Mudah2an Allah memberikan ganjaran yang setimpal untu kebaikan yang dia lakukan..

    ReplyDelete
  8. Sue, ni salah sorg blogger

    Cutemum
    http://mamiuyun.blogspot.com

    Sgt suci murni apa yg dilakukannya ni..

    ReplyDelete
  9. Mulianya hati Nurul Uyun ni kan..
    Moga jadi inspirasi utk ibu2 lain..

    ReplyDelete
  10. mulianya hati ibu tu...
    hanya Allah yang mampu membalas kebaikan wanita itu..

    ReplyDelete
  11. smlm ada terbaca juga kak2 opis mbr dok smbg jga pasal ni..terdgr..haha

    ReplyDelete
  12. terima kasih kerana menyokong niat saya ini.. saya amat hargai lebih-lebih lagi disaat ramai orang menyalah tafsirkan peranan ibu susuan itu.. semoga kita sama2 berikan makanan yang terbaik buat anak2 kita..

    ReplyDelete
  13. beruntung masih ada yang sudi membantu sebegitu..stuju kak:)

    bf sangat sangat perlu..

    ReplyDelete
  14. Amin....semoga tertunai yer kak.nnt dptla baby full BF.. ^^

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. masih ada lagi manusia berhati mulia sekarang ni.. :)

    ReplyDelete
  16. ekin nak derma jugaklah boleh?
    sbb dlm peti ais ade EBM lg
    zara xnak susu botol

    ReplyDelete
  17. @Mrs Velentine sgtlah mulia MV. kalau tgk stok EBM dia mmg bnyk sgt. motivasi utk diri sendiri juga ni. hihi

    ReplyDelete
  18. @AyueJean betul tu. ikhlas membantu ibu-ibu yg tidak mampu BF anak2. haaaa..tu la rahsia akak :)

    ReplyDelete
  19. @intanfirdaus247 hai intan. sorry la lambat reply. x berdaya nk update blog lately ni. mood ke laut. huhuhu. thanks for the doa ya :)

    ReplyDelete
  20. @Mia Kassim xpe, nnt bole try cara camne nak banyakkan susu. saya ni pun sbb rajin pump tiap2 hari x kira masa. sbb tu susu sentiasa ada walaupun mmg keturunan saya jenis yg kurang susu badan

    ReplyDelete
  21. @Mira Adzlia betul tu mira. mmg jarang ade ibu susuan. ada juga yg sudi hulurkan bantuan kan

    ReplyDelete
  22. @Cheq Kaq mmg sgt mulia. mudah2an. buat baik pasti ada ganjarannya. amin

    ReplyDelete
  23. @Nad MamaZN ok nad. kekda dah inform. cuma sue belum berkesempatan nak terjah blog nya. thanks btw :)

    ReplyDelete
  24. @Cute Mum sama-sama. saya mmg ingin memberi makanan yg terbaik buat anak2 saya. sbb tu dah niat nak fully bf baby yg ke-3 hingga umurnya 2 tahun. mudah2an dipermudahkan segalanya. thanks sbb tinggalkan jejak ye :)

    ReplyDelete
  25. @boni kacak kannn..bkn senang nak cari ibu susuan zaman skang ni

    ReplyDelete
  26. @Cho Zila betul tu kak. kita kena support ibu2 yg gigih cmni

    ReplyDelete
  27. @e k i n ? y u s r i boleh sgt tu ekin. ekin search kumpulan ibu2 menyusukan dalam FB. kat situ ekin boleh derma pd ibu2 yg memerlukan.

    ReplyDelete
  28. K selalu jugak ke blog dier.. lately dah kurang singgah sebab masa terhad lah !

    ReplyDelete
  29. salam su.. sian cute mum kan niat baik di pandang serong ...

    ReplyDelete
  30. mulianya hati dia.alhamdulillah semoga murah rezeki beliau nanti i

    ReplyDelete
  31. oleh kerana dia pun turut menyusukan anak sendiri secara tak langsung ketiga tiga baby tu turut menjadi anak susuan suaminya.

    lain la kalau ambik ubat pas tu susu bayi. bayi tu bukan anak susuan kepada suaminya.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara