VVIP Yang Terhormat

23.1.13

TIPS : BAGAIMANA MERANCANG JANTINA BAYI?

Assalammu'alaikum WBT. Ish ish..bersarang sudah rumah saya ni. Haiiiii..ape la nak jadi ngan mak buyung ni kan. Nak update pun tgk mood. Kalau mood ok n ade idea, baru dpt update. Maaflah ye kawan-kawan. Tak berkesempatan nak update pape. Siyes mood makin hari makin ke laut. Ampunkan kami penunggu gua.....

I'm 15 weeks preggy now! Syukur alhamdulillah. Morning sickness pun dah hilang sedikit demi sedikit. Saya pun dah rajin ke dapur sekarang. Auw auw... (sebelum ni rajin jugak tau, tapi disbbkan mabuk teruk, dapur x berasap selama 2-3 bulan berturut2..teruknya lahai..!) Nanti saya kongsi resepi lauk simple yg saya masak semalam. Nyum nyum. Mmg meletops! Sape yg follow FB saya, tau la ape yg saya masak n dinner semlm. Hehehehe

Hari ini, just nak share ngan ibu-ibu bapak bapak info menarik yg mungkin boleh membantu korang dalam merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal. Amin...

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

 
Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu DIJAUHKAN selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. DIGALAKKAN memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Perlu ELAKKAN memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Footnote: Masa preggy ke-2, saya lebih suka makan makanan laut especially ketam, kerang, udang dll. Tapi preggy kali ni, saya lebih suka makan makanan yg masam2 contohnya mcm buah mangga, asam boi, air limau dll. Tak kisahlah mane2 pun kan. Yg penting baby sihat, dah syukur alhamdulillah. Cuma si kakak dah bagi hint nak adik girl pulak, boleh geng ngan dia katanya :D

18 comments:

  1. jaga kandungan kamu baik2 ye laling...

    ReplyDelete
  2. he he ,, tips yg bagus ni.. apapun apa jantina pun x kisah janji bayi sihat dan semuanyer selamat kan

    ReplyDelete
  3. as-salam.in shaa ALLAH boleh praktik nanti...semoga berhasil.amin

    daoakn saya :D

    ReplyDelete
  4. as-salam.in shaa ALLAH boleh praktik nanti...semoga berhasil.amin

    daoakn saya :D

    ReplyDelete
  5. Pompuan ke sue, suka mkn masam² ☺☺. Apa² pon, smoga baby sihat.

    ReplyDelete
  6. agak teruk mabuk preggy sue ni yer...jaga diridan kandungannya baik-baik

    ReplyDelete
  7. alamak...mmg kena rancang begini skali ke??huhuhu...tp takpela kan..yg penting baby shat dan sempurna :)

    ReplyDelete
  8. @Riri Yoorin hehehehe. kita hny mampu merancang, selebihnya urusan Allah SWT. boleh cuba tips ni :)

    ReplyDelete
  9. @Ema Blog teruk jugaklah ema. asyik MC je sbb tak larat sgt. huhuhu

    ReplyDelete
  10. @ayut hihihi. ni sebagai panduan je, selebihnya kita serah pdNya. :D

    ReplyDelete
  11. SANGAT BAGUS TIPS NI... PLANNING TO GET ANOTHER BABY GIRL PLAK..

    ReplyDelete
  12. Mv x kisah jantina dan tak pernah nak rancang langsung

    ReplyDelete
  13. tak pernah pun amalkan utk tentukan jantina. Alhamdulillah dapat juga sepasang...

    kalau preggy lagi lepas ni tak kisah lelaki ka perempuan. janji baby tu sihat dan sempurna.

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara