VVIP Yang Terhormat

19.12.12

BERITA : MANGSA TAKUT DITINGGAL IBU

ALOR SETAR: “Arwah sempat makan ayam kicap yang saya masak dengan penuh selera sebelum dia ditinggalkan bersama teman lelaki saya,” kata Norhafiza Othman, 25, ibu kepada Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang maut dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Mergong, kelmarin.

Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu anak tunggalnya itu kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin ketika dia hendak ke tempat kerja, tetapi Muhammad Faiz kelihatan sedih apabila dimaklumkan dia akan tinggal bersama suspek.
“Saya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa anak saya itu kira-kira jam 3.30 petang semalam (kelmarin) ketika bekerja dan bergegas ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tetapi anak saya disahkan meninggal dunia.  
“Saya mahukan keadilan dan berharap kes ini akan selesai,” katanya yang ditemui di rumahnya di Flat Simpang Kuala, di sini, semalam selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.
Semalam, Harian Metro melaporkan Muhammad Faiz meninggal dunia dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya., dan disahkan mati sewaktu dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HSB, kira-kira jam 3 petang selepas mendapati badannya lebam dan mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai mati akibat kecederaan serius di seluruh badan terutama abdomen, bibir dan muka dipercayai akibat dipukul senjata tumpul berkemungkinan ditumbuk, di siku atau dipijak. “Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan dalaman termasuk pankreasnya putus dipercayai akibat tindakan sama,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Footnote: Semalam saya tgk berita ttg penderaan terhadap arwah Muhammad Faiz ni, berlinang air mata saya. Bukan setakat pankreasnya putus, malahan ususnya pecah seperti yg dilaporkan di dalam berita. Korang bayangkanlah betapa teruknya arwah kena dera. Berita-berita sebegini dah terlalu banyak berlaku apabila anak diletakkan di bawah jagaan/ditempatkan di rumah teman lelaki/bapa tiri. Semoga menjadi iktibar buat kita semua. Salam takziah buat keluarga arwah Faiz. Tempatmu di syurga nak. Semoga keluarga ini mendpt pembelaan yg sewajarnya dan semoga suspek menerima hukuman yg setimpal dgn perbuatan terkutuknya itu. Al-fatihah...

37 comments:

  1. tengok berita ni semalam sayu je tgk...geram sangat dekat laki tu

    ReplyDelete
  2. Taktau nak ckp ape...
    Moga jd pengajaran pada semua
    Tp tu la yg peliknya...
    Dh byk berita depan mata, masih lagi buat perkara yg sama...
    Malang tak berbau....

    ReplyDelete
  3. ish2 macam2 hal lah..kesian bdk tu...ada tgk jga smlm..

    ReplyDelete
  4. betul lah sue, memang sedih sangat la baca dan tengok berita tentang kes ni...spoil mood satu hari semalam sebab kes ni...kejam betul manusia nih...

    ReplyDelete
  5. Mmg sangat sedih bila mendengar berita sebegini..Kejamnya manusia..Ibu-ibu tolonglah prihatin apabila anak anda tidak mahu ditinggalkan..Kaum keluarga pun patut membantu dalam hal ini..Kalau si anak dah mengadu pernah dipukul,didera,takkan nak buat x tau saja?X dapat nak bayangkan betapa arwah menderita dan apabila memberitahu perkara tersebut kepada ahli keluarga yg lain,tiada sebarang tindakan diambil..Dah meninggal xde gunanya..Wahai ibu..Fikirkanlah penat mengandung sembilan bulan..Bila lahir,x dijaga dengan baik..Takziah kepada keluarga arwah..Kepada yg lain,jangan ambil mudah apabila anak yg tersyg jadi begini..=(

    ReplyDelete
  6. Sy terpanggil utk memberi komen..Takziah kepada keluarga arwah terutamanya si ibu..Apa yang terjadi kepada arwah tidak sepatutnya berlaku..Kepada ibu-ibu di luar sana..Prihatinlah apabila si anak enggan dihantar atau ditinggalkan bersama sesiapapun..Pada kaum keluarga,cuba ambil sesuatu tindakan jika si anak pernah memberitahu dia pernah dipukul,didera atau sebagainya..Janganlah tiada tindakan apa-apa..Bila dah meninggal dunia,tiada gunanya..Sy x dapat bygkan apabila arwah telah memberitahu keluarganya tentang dia telah dipukul dan mengharapkan sesiapa dapat melindungi dirinya tetapi tiada sesiapa yg terpanggil utk membantu..Sy sgt sedih dan berharap org yg bertanggungjwb dikenakan hukuman yg berat..Ingatlah,jika anda terlepas hukuman dunia,anda tetap akan mendapat balasan di Akhirat..

    ReplyDelete
  7. nilah nak bercinta dgn mak tp anak tk diterima...al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  8. dulu kes penderaan selalu melibatkan mak tiri, tapi sekarang ni dah lain.. teman lelaki ibu dan bapa tiri pun dah jadi macam mak tiri dulu2..

    ReplyDelete
  9. macam2 kes sekarang...
    takziah buat keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  10. mmg gerammmmm sangat sangat bila baca ttg kes penderaan kanak kanak ni.. ishhh bertapa siksanya mangsa tika didera.. masyaallah.. semoga mendapat balasan yg setimpalnya

    ReplyDelete
  11. nampaknya memang betul pun kalau tengok movie, ayah tiri or seangkatan, mesti berwatak jahat. kalau tak betul, kenapa boleh ada watak macam ni kan...

    ReplyDelete
  12. sedih dgr berita mcm ni..tergamak dorang ye..hati perut lagi teruk dari binatang..

    ReplyDelete
  13. esok kak fieda pulish entry pasal suwara..maaf byk2 tau sbb copy dari entry sue jer..tak reti nk mengarang...tak per kan yg penting niat nk tolong promote..hehehe

    ReplyDelete
  14. Sedih sangat bila kenangkan nasib arwah..

    ReplyDelete
  15. kesiannya....budak tu tak salah apa pon. baru umur 2 tahun, seeloknya ajar ank bercakap kalau ada orang pukul @ dera

    ReplyDelete
  16. Bila nengikuti laporan tentang kes ni, emosi bercampur baur. Dah terlalu banyak kes macam ni sebelum ini tapi mengapa manusia tak pernah serik dan tak pernah nak ambik iktibar. Bila dah jadi macam ni segala2nya dah terlambat. Terbayang betapa deritanya arwah. Bukan saja derita ketika didera secara fizikal tapi juga derita akibat tekanan perasaan apabila tiada yg endah akan rayuan dan aduannya..

    ReplyDelete

  17. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Kebaikan hati lebih penting dari kebijaksanaan, dan menyadari hal ini adalah awal dari kebijaksanaan tersebut.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete

  18. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Kebaikan hati lebih penting dari kebijaksanaan, dan menyadari hal ini adalah awal dari kebijaksanaan tersebut.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  19. tp kenapa si ibu tu tinggalkan anak pada teman lelaki dia?..Al-Fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  20. ish takutnye...lieya tak ikut sgt kisah ni...tapi tau laa kes kematian sbb dera nie...bukannye ape, tak sampai hati nak bace...ni baru le lieya bace kat blog sue ni....ya Allah besar dugaan budak tu...

    takpe laaa...die dah bahagia di syurga Allah...jantan sial tu harap dpt pembelasan setimpal...

    ReplyDelete
  21. Sedih sangat. Sebaya ngan anak kita kan. Menyesal kemudian dah tak guna. Bagi akk mak arwah ni 'BODOH'. Arwah pernah mengadu yg dia di pukul, tapi masih lagi percayakan teman lelaki utk jaga arwah.

    AL-fatihah.

    ReplyDelete
  22. akak baca dengan perasaan marah yang meluap2... entahler nak menangispun dah tak berguna lagi.. harap kita boleh ambil iktibar...

    ReplyDelete
  23. berita ni ayut tak perasan..nape jd begini lg...maslah klu mcm ni.nk anta umah org yg mmg tmpt jg bdk pon kena fikir byk kali kan...tp ni pakwe dia lagilah...moga dpt keadilan dan suspek dpt tindakan yg setimpal...

    ReplyDelete
  24. dah byk kali kes dera mcm ni berlaku.diorg ni mmg tak ambik kisah pun kan. dah jadi baru nak menyesal

    moga jadi pengajaran buat yg lain.sedih baca kisah mcm ni

    ReplyDelete
  25. aku geram kat mak dia tu!!


    berapa byk kes anak maut sbb didera teman lelaki...aku pelik tu teman lelaki tinggal serumah ke? adoi la hai...

    ReplyDelete
  26. sue rya qistina
    inagt tak hari tu ada teka muka orang kat pokok kan
    jawapan di abetul, ada hadiah tau
    tapi, saya tunggu email detail kat saya tak email pon
    email : mazliza09@gmail.com

    ReplyDelete
  27. al-fatihah..
    berita ank ditinggal dgn kekasih sering di tayang didada akhbar.nmun masih terjadi.seharusnya si ibu memikirkan keselamatan anak.. hanya kekasih berani si ibu tinggalkan anak utk dijaga..

    perlu ke kekasih itu menjaga anak beliau atau lebih baik hantar ke tempat sepatutnya..

    sama2 mengambil ikhtibar dari apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  28. nauzubillah, alfatihah utk adik faiz

    =( cmnelah smpai pankreasnye putus tu, nauzubillah,sedih

    ReplyDelete
  29. x faham dengan dunia hari ini lah !

    ReplyDelete
  30. Sunyi sepi jer. Bila nak update ni sue ☺☺

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara