VVIP Yang Terhormat

16.11.12

PETUA : MUDAHNYA DI DAPUR 03

Assalammu'alaikum WBT. Salam Jumaat. Salam 2 Muharram 1434H. Maaflah lambat update hari ni. Siyes lambat! Ke'busy'an melanda di pagi hari. Huhuhuhu. Ok, hari ni saya nak kongsi sedikit tips mudahnya di dapur. ^_^

1. Akar buat bawang tahan lama
Kadangkala ketika sedang memasak anda hanya memerlukan separuh saja daripada sebiji bawang. Bahagian bawang yang tidak digunakan akan cepat busuk. Jadi supaya tahan lebih lama jangan buang akarnya.

2. Bertih jagung rangup
Anda sudah tentunya sukakan bertih jagung yang segar dan rangup kan? Bagi memastikan setiap butir jagung tersebut pecah dengan cantik ketika dimasak, simpan dulu butir jagung tersebut dalam pendingin beku. Kemudian, ketika hendak makan, barulah dikeluarkan dari freezer dan kemudiannya dimasak seperti biasa. Pasti bertih jagung itu akan lebih rangup!

3. Jus lemon lebih banyak
Lemon yang disimpan di dalam balang berisi air yang tertutup rapat akan menghasilkan jus dua kali lebih banyak.

4. Kentang lecek lebih gebu
Bagi yang gemar makan kentang lecek (mashed potatoes), untuk membuatkan ia lebih ringan dan gebu, tambahkan satu atau dua cubit serbuk penaik (baking powder) dalam kentang sebelum dilecek atau dipukul.

5. Tomato segar lebih lama
Cahaya matahari tidak akan merosakkan tomato sebaliknya suhu panas boleh membuatkan tomato kecut. Simpan tomato dengan tangkainya menghala ke bawah. Ini akan membuatkan tomato kekal segar lebih lama.

Selamat mencuba!




Cuba yang ini juga:

8 comments:

  1. bagus petua ni. memang bawang kat umah tu suka busuk . tomato tu pun sama... lepas ni kena susun tangkainya ke bawah lah yer.

    ReplyDelete
  2. jom kite praktikkan petua!hihihi :)

    ReplyDelete
  3. ha..bawang tu bagus. nati leh buat camtu..jgn buang akar. akak salu guna half je pastu simpan peti ais. tgk2 da kering kecut (Mana tak kering.. lps 2 mggu baru tgk balik. 'rajin' sgt masak kan. kuikuikui)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara