VVIP Yang Terhormat

22.11.12

"BERITA : NYAWA MELAYANG WAKTU DINIHARI"


KAMPAR – Empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) maut manakala empat lagi cedera parah dirempuh sebuah treler membawa muatan barangan makanan ringan di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara-Selatan, kira-kira tiga kilometer dari susur keluar ke Gopeng di sini semalam.

Dalam kemalangan ngeri pada pukul 4.30 pagi itu, tiga mangsa yang terkorban di tempat kejadian ialah Shaharudin Abdul Aziz, 51, dari Kuala Kangsar; Mohd. Shafie Ismail, 56, dari Ipoh dan Mohd. Hafez Yunos, 39, dari Keramat, Kuala Lumpur. Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kampar.

Seorang lagi mangsa tragedi itu ialah Ismady Mohd. Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah. Ismady meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Empat mangsa yang cedera parah merupakan dua pekerja Propel iaitu Dino Azmi, 38, dan Shafudin Abdul Jalil, 31, manakala dua lagi mangsa membabitkan kakitangan Time.com, Azhan Ismail, 44, dan Mahyuddin Idris, 48.

Semasa kejadian kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja penggantian kabel optik telefon kecemasan SOS di laluan kecemasan di kawasan tersebut yang rosak dipercayai angkara perbuatan mencuri kabel di situ.

Seorang mangsa yang cedera parah, Dino memberitahu, tragedi itu berlaku dengan pantas iaitu sejurus selepas dia terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat sebelum dia dan tujuh yang lain terus terpelanting ke tepi lebuh raya akibat dirempuh sebuah kenderaan.

Cerita Dino yang patah kaki kanan, mereka semasa itu baru memulakan kerja-kerja di kawasan tersebut dan langsung tidak nampak kehadiran treler berkenaan sehingga terdengar bunyi brek yang kuat.
Sekitar kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penggantian kabel optik itu sudah di kelilingi kon keselamatan.

“Sedar-sedar, saya nampak tiga rakan terperosok di bawah tayar treler dan dalam keadaan merangkak saya menghubungi polis dan ambulans,” katanya ketika ditemui. Kesemua mangsa yang berada di bawah tayar meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang maut di hospital tercampak kira-kira lima meter. Jenazah kesemua mangsa yang terbunuh dituntut keluarga masing-masing petang semalam.

Footnote : Malang tidak berbau! Tak pasal-pasal je yg x bersalah tetiba jadi mangsa. Tapi apakan daya kita nak melawan takdir. Dah mmg tertulis kematian mereka dalam keadaan sedemikian. Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh-roh mereka dicucuriNya. Al-Fatihah....

18 comments:

  1. alfatihah... malang mmg x berbau

    ReplyDelete
  2. al-fatihah, takziah buat keluarga mereka n moga roh mereka dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  3. sedihnyaaaa baca berita ni.. Al-fatihah utk keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  4. al-Fatihah... sedih tengok berita semalam

    ReplyDelete
  5. Tgk gak berita smlm..sedih
    Terkorban masa tgh buat keje..
    Moga di tmptkan di kalangan mereka beriman..
    Al- fatihah..

    ReplyDelete
  6. al-fatihah . semoga keluarga mangsa kuatkan semangat .

    ReplyDelete
  7. al-fatihah buat keluarga mangsa

    takdir Illahi, tiada siapa dapat melawan

    ReplyDelete
  8. Al=fatihah....
    Takziah untuk keluarga mangsa.....

    ReplyDelete
  9. al fatihah... takut tul bila tgkxcden nie...

    ReplyDelete
  10. Takziah buat keluarga mangsa. semoga roh dicucuri rahmatNya~

    ReplyDelete
  11. alfatihah..moga roh mereka di cucuri rahmad..
    kesian kan..mereka x bersalah..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara