VVIP Yang Terhormat

23.11.12

"BERITA : MAJORITI TIDAK SUBUR"

KUALA LUMPUR - Satu kajian mengenai kesuburan dalam kalangan pasangan yang baru berumah tangga di Malaysia mendapati kira-kira 69 peratus tidak menyedari mereka dikategorikan sebagai tidak subur jika gagal mendapat anak setelah setahun berkahwin.

Masalah tersebut berpunca daripada sikap pasangan yang terlalu fokus kepada pencapaian dalam kerjaya, kesihatan dan keinginan memiliki hubungan yang stabil sebelum memiliki anak.

Kajian Starting Families Asia 2011-2012 yang dijalankan ke atas 1,000 orang wanita di 10 buah negara Asia mendapati, mereka mengalami jurang pengetahuan yang tinggi tentang kesuburan, punca ketidaksuburan dan pilihan mendapatkan rawatan kesuburan.

Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, keadaan bertambah buruk apabila pasangan terbabit enggan mendapatkan bantuan pakar dengan segera.

Beliau berkata, sikap itu bertentangan dengan negara-negara lain di Asia apabila kaum wanita negara ini menentukan masa sesuai untuk memiliki anak berbanding suami mereka.

Sumber : Kosmo

Setiap insan itu telah Allah tentukan rezekinya. Kita hanya perlu usaha, doa, sabar dan tawakal padaNya. Cuma rezeki itu lambat atau cepat je. Bagi yg pernah dan sedang menghadapi situasi seperti ini, saya hanya mampu doakan yang terbaik buat kalian. InsyaAllah, rezeki itu ada. Yakinlah bahawa Allah takkan menzalimi hamba-hambaNya. :)

Footnote : Mood ke laut...... :'(

10 comments:

  1. tak suka dengan "BERITA : MAJORITI TIDAK SUBUR"...

    ReplyDelete
  2. Napa mood x ok....apa2 yg jadi pun sabar ye......

    ReplyDelete
  3. Owh...baru tau.

    Biasalah tu, mood blogging ada pasang surutnya. Jgn lama2 erk.

    ReplyDelete
  4. macammana status dgn mereka2 yang kawen tp pjj(jarak jauh ni) yek?masuk jgk ke kategori kt atas ni..pape pn smua rezki..kalau Allah berkehendak,insyaALLAH dpt...faktor lain,kita skrg ni byk sgt fastfood..tu yg leh jd xsubur tu kot..ust my 2cents =)

    ReplyDelete
  5. Harap mood Sue dah tak ke laut sebab nk dapat org baru ^_*

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara