KUANTAN - Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat sini semalam.
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.
"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur,” kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.
Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya. Beliau berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini namun bayi berkenaan disahkan sudah meninggal dunia sejurus selepas dikelar.
"Suspek kemudiannya ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10 bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis,” kata Mohd Jasmani.
Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya. Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian. - BERNAMA
Apa nak jadi dgn dunia sekarang ni? Sedih sgt kan. Disebabkan khayal dgn dadah, anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa. "Ya Allah, Kau berikanlah balasan yg setimpal dgn perbuatan kejam seorang ayah ini. Lindungilah anak-anak kecil yg tidak mengerti apa ini..Amin.."
Semalam tgk Buletin Utama TV3 pun rasa sebak je dgn berita ni. Ditambah pula lagi pengeboman di bumi Palestin. Bertambah-tambah sebak dibuatnya.. "Lindungilah umat IslamMu di sana Ya Allah dari serangan Israel durjana!" :'(
seram kan dgr kes macam ni
ReplyDeleteANUM: kes mcmni dah semakin berleluasa. manusia dah semakin x berperikemanusiaan :(
DeleteYa! allah, kejamnya. Tak sempat tgk berita pasal ni smalam. Al-fatihah utk baby tu.
ReplyDeleteFIZA: semlm saya tgk pun sedih je kak. darah baby yg berlumuran kt katil tu dah berulat. x sanggup saya nak tgk :(
Deleteehm... syaitanlah yang gembira...
ReplyDeletehanya mampu berdoa dari kejauhan keselamatan umat Islam seluruhnya.
CHO ZILA: dlm diri setiap insan ni pun ada syaitan sebenarnya. huhuhu. let's pray for Gaza!
DeleteMoga penderitaan mereka di palestin cepat2 berakhir..
ReplyDeleteMAMAZN: moga2. sama2 kita doakan. amin
Deletekeja..nilah bila dadah menguasai
ReplyDeleteMRS VELENTINE: kalau dah amik natang tu, mmg x ingat dunia akhirat gamaknye. sampaikan anak sendiri pun dia sanggup kelar!!
Deletedunia dah akhir zmn dh akak...tnda2 kiamat dh nmpk sgt dah..moga semuanya berakhir dgn aman...
ReplyDeleteHAZWAN HAIRY: tu la dik. manusia dah hilang keperimanusiaannya... :(
Deleteadoi yai... tak sanggup nak bayangkan...
ReplyDeleteIBU AMIRUL: kannn..saya pun x sanggup sebenarnya. ye la, kita kaum wanita tau mcmane perit nak mengandung dan melahirkan anak. tetiba pemergian dlm keadaan ngeri camtu
DeleteAs salam Sue-Rya,
ReplyDeleteTerbaca masa hubby buka FB dia... tak suka nak baca cerita2 gini sbnrnye... Anak tu confirm syurga!
MARYA YUSOF: wkumsalam dear. kannn..saya pun x suka baca cerita mcmni sebenarnya. tgk berita semlm pun dah rasa sebak :(
Deleteastaghfirullah..... x dapat n x ak bayangkan camner perasaan ibu dia tu... huhu
ReplyDeleteMASZMADI: betul tu. kita yg tgk pun sedih, apatah lg yg mengalami :(
Deletetakut lieya bace cite ni tau sue....seram sgt...kerana dadah tu....eiii takut...hope jantan tu dpt lee pembalasan yg setimpal....
ReplyDeleteLIEYALATIF: betul tu. semoga dia dibalas dgn balasan yg amat dahsyat di atas perbuatan terkutuk tu!
Deletesedihnyaaaaaaaaaa....
ReplyDeleteWAHIDA: bukan takat sedih lg kak. baru ni tgk paper, mak nya murung je, xnak bercakap ngan org. huhuhu
Delete-_-" tak tahu la ap difikir waktu tu...tkut ada..seram pon ada time baca..
ReplyDeleteAYUT: masa tgk berita semlm lg kesian. darah tu dah berulat2. huhuhu
Deletex dapat KA bayangkan sue!
ReplyDeleteKESUMA ANGSANA: sama la saya kak. bergenang je airmata ni :(
Deleteadoyaii kenapalah jadi begitu
ReplyDeleteRIRI YOORIN: bila berkhayal mmg camtu la agaknye. langsung x ingat dunia sekeliling. manusia dh semakin hilang keperimanusiaannya :'(
Deletetak tgk berita..cuma tengok sinopsis berita jer..sungguh kejam bapaknya...
ReplyDeleteEMA: mmg sgt sgt sgt kejam!!
Delete