VVIP Yang Terhormat

2.10.12

Fenomena Matahari di Kelilingi Pelangi

'Cincin' yang kelihatan adalah disebabkan oleh
 pembiasan cahaya matahari menembusi partikel air di dalam awan
{Photos Credit to : Nana}
Ramai kawan-kawan dah update pasal 'cincin' pelangi yang mengelilingi matahari ni di FB dan blog. Sayadapat melihat gambar ni pun apabila salah seorang teman baik memuatnaik melalui FB nya kira-kira jam 2.15 petang tadi. Jadi, saya nak share sedikit maklumat berkaitan 'cincin' pelangi mengelilingi matahari ini. Ini pun adalah hasil dari Google Search. :)
"Fenomena halo (bahasa Greek) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan 2 kali seminggu. Pernah tergempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang pada 6 Ogos 2007 yang lalu.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5-10km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan halo yang terjadi.
Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun. Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo.
Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya menggunakan kamera SLR."
Sumber Info : The Power News
Footnote: Subhanallah..Maha Suci Allah..Indahnya ciptaanMu Ya Allah... ^_^

20 comments:

  1. tq share & tq for the support juga ye dear, sgt2 KA hargai saat2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. Subhanallah Cantiknya Ciptaan Allah swt.....

    ReplyDelete
  3. subhanallah....

    lieya kan mase kecoh pasal fenomena ni tgh dlm keter...gigih ni suruh member slow kan keter sbb nak tgk n nak snap....mmg cantikkan....mcm ade pelangi kat tepi tuh.....allahuakbar!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. LIEYA: wahh..lg best dpt tgk live. Sue ni dok terkepung dlm office. X dan nk tgk. Huhu

      Delete
  4. subhanallah, sue tengok ker semalam...? masz x tengok pun n x tau pon ada sun halo nieh semalam... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MASZMADI: eh xdelah dear. Sue dpt tau pun dari rakan fb. Klau x, mmg xtau. Dok dlm menara tertutup ni kan payah skit. Huhu

      Delete
  5. subhanallah... sungguh indah sekali ciptaan Allah~~ :)

    ReplyDelete
  6. subhanallah..akakpun duk tengok kat fb semalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHO ZILA: tu la kak. Klau xde yg update kt fb, sampai ke sudah kita xtau kan. Huhu

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara