VVIP Yang Terhormat

11.10.12

6 Maut Dalam Kemalangan Ngeri

Credit : Utusan
Credit : Utusan
Mereka di tanam di dlm satu liang lahad

 "Suami hilang isteri dan 3 anak selepas kereta bertembung bas ekspres" 
KEMAMAN, 10 Oktober – Seorang suami bukan sahaja kehilangan isteri malah 3 anaknya sekaligus dalam kemlangan yang mengorbankan 6 nyawa. Lebih memilukan bagi Norizan Othman, 49, 2 lagi anaknya berada dalam keadaan kritikal akibat kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah bas ekspres di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Sekolah Kebangsaan Meraga, Beris dekat sini semalam.

Tragedi pada pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila kereta dinaiki lapan mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Kuala Terengganu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas terbabit.

Difahamkan pemandu bas, Mohd. Khalid Mamat, 47, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Kuantan, Pahang membawa 23 penumpang cuba memberhentikan kenderaannya apabila melihat kereta tersebut memasuki laluannya.

Bagaimanapun, bas tersebut tidak sempat berbuat demikian menyebabkan kedua-dua buah kenderaan tersebut bertembung.
Sumber : Utusan Malaysia, 11/10/12

Hati saya sayu dan sebak apabila membaca berita ini. Airmata bergenang je tadi. Hati ni sgt tersentuh kerana si suami mangsa mengatakan dia sempat mendengar ungkapan maaf dari mangsa yg merupakan isterinya. Beliau terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan isteri dan anak2nya yang terlibat dengan kemalangan itu di rumah.
"Namun, awal pagi ini, luluh hati saya apabila dikejutkan daripada tidur oleh deringan telefon seorang saudara yang memaklumkan isteri dan 3 anak saya maut dalam kemalangan."
Kalaulah kita berada di tempatnya, pasti ini yg akan kita rasa. Sedih, sebak, terkilan, sayu, terperanjat, begitu gelapnya dunia yg akan kita rasakan.

Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga mereka tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini. DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Al-fatihah...

4 comments:

  1. Al-Fatihah untuk keluarga mangsa..ema pun sayu baca kat metro tadi..

    ReplyDelete
  2. kesian kan..hampir hilang seluruh family. takziah utk mereka :-)
    moga arwah arwah ditempatkan di kalangan org beriman

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara