VVIP Yang Terhormat

27.9.12

Shila Amzah Terima Dana RM5 juta!

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah menerima hadiah bernilai RM5 juta, termasuk dana bagi mengembangkan kerjaya seninya peringkat antarabangsa, berikutan kejayaan memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave, malam kelmarin.

Pencapaian tertinggi
Ditemani ibu bapa, ND Lala dan Fauziah Sarman, serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu, sepanjang berada di sana, Shila menyifatkan kejayaan itu pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.

“Alhamdulillah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini, juga kepada ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu menyokong karier saya. Tak ketinggalan buat Shilalas (kelab peminat Shila) kerana tak henti-henti mendoakan terbaik.

“Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final, tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik demi Malaysia tercinta,” katanya yang mendapat sokongan moral daripada kekasih, pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zheng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Dah 3 kali bertemu dgn Shila Amzah at the backstage.
Masa OIAM, NLKO & AJL.
She's so pretty :)
Footnote : Kesakitan kekepalaan yg melampau akibat batuk yg teruk + x cukup tido. Huhuhu T_T

34 comments:

  1. rezeki dia... Allhamdulillah... tuah ayam nampak di kaki... tuah manusia siapa yang tahu kan...

    ReplyDelete
  2. jeles2...
    tp dia memang seorang yg berbakat

    ReplyDelete
  3. Wow...dana 5 juta. Bertuah SA. Suka suara dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FIZA: klau x silap saya, dana tu akn digunakan utk penyertaan persmbhn di luar negara. Bnyk wooo!

      Delete
  4. wah..bertuahnye kak sue dpt jumpa shila ni. dia mmg peramah kn. kita sllu tweet pasal dia n dia retweeted balik.xsombong. tahniah buat shila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOR ZILLA: kebetulan je tu hubby akk wt performance time dia ade. Hihi

      Delete
  5. jeles sungguh dgn mummy sue ni, kalau citer psl artis mesti ade pic bersama artis..heheheh...;p

    anyway, shila makin cantik sejak berhijab kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. IEEDAZ: Ala dear. Xde la bnyk mane pun. Kebetulan dh jumpa xkn lpskn peluang la. Hikhik

      Delete
  6. mmg dia sungguh bertuah..
    suara mmg sedap..
    cantik plak tue..

    ReplyDelete
  7. rezeki dia bertudung..wah..sue glamer la.ramai tu sue jumpe dgn artis..

    ReplyDelete
  8. jaga diri yek sue & shila mmg hebat

    ReplyDelete
  9. tahniah buat beliau..... suka tengok dia, so cute...

    ReplyDelete
  10. untunglah dia.....rezeki kan!!eh akak ngn shila tuh..ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAZWAN HAIRY: hihihi..mase ni terserlah ketembaman akk. Kihkih

      Delete
  11. jiran taman kat umh kite ni wak. selalu je nmpk dating ngan shanaz. hehehe

    ReplyDelete
  12. sue .. tiap cerita mesti der gambar ngan artis jeles akak tau..
    tahniah shila.. teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik...

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. EMA: dia dh mmg ank jutawan. Tmbh lg yg dia dpt ni. Rezeki kan. Berbaloi usaha dia selama ni

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara