Ini adalah pengalaman pertamaku melahirkan kakak 6 tahun yang lalu. Alangkah indahnya moment ini. Satu pengalaman yg tak mungkin dapat dilupakan. Syukur alhamdulillah..bertambah berseri duniaku dgn kehadirannya. ^_^
2 September 2006 (Sabtu)
7.30 malam:
Bergegas ke Hospital Pantai, Ayer Keroh setelah mengalami contraction yg kerap. Masa tu gynea yg selalu check saya, x bertugas waktu malam. So, yg ade doktor pelatih je, dia check bukaan dah 2.5cm. Then, doktor check pulak denyutan jantung baby, alhamdulillah. Baby ok :). Kemudian, saya diarahkan stay di dalam ward sementara nak tunggu bukaan ke 4cm. Saya telah memilih utk stay di dalam wad kelas 1 (1 billik seorang). At least, my husb dan parents boleh temankan saya dan stay dlm bilik sementara menunggu saya utk bersalin.
10.30 malam:
Mula2 ingatkan saya terkencing. Tapi rupa2nya air ketuban dah pecah! Habis basah semuanya. Mmg x rase ape2 mase air ketuban tu pecah. Husb dan emak saya kelam kabut panggil nurse. Nurse pun transfer saya semula ke labor room. Dia check bukaan lagi. Baru 3cm. Memandangkan air ketuban saya dah pecah, so dia arahkan saya stay dlm labor room sampailah ke bukaan 10cm. Mmg jenuhlah sbb saya langsung x boleh tido. Bunyi mesin CTG tu agak bising, so mengganggu pendengaran dan pernafasan saya (mane x nye, CTG tu dok betul2 kt tengah perut. perut mmg dah sgt besar. klau tidur terlentang mmg menyesakkan nafas).
3 September 2006 (Ahad)
1 pagi:
Saya mmg x boleh tidur kalau dengar bunyi bising dan lampu terpsg. So, nurse bagi injection utk kurangkan sedikit sakit contraction tu. Dia soh saya tidur supaya ada tenaga utk bersalin nnt. Puaslah husb melayan karenah saya mase tu. Hehehe. Maklumlah kan, ni pengalaman pertama saya. Tapi alhamdulillah..akhirnya saya dapat lelap jugak.
8 pagi:
Nurse dtg kejutkan saya sbb gynea (saya dah lupa nama doc tu. huhu) nak check bukaan. Mase tu baru 4cm. Huhuhu. Doc x brp pelik sgt sbb anak 1st mmg mcmtu, amik mase yg agak lama. Xpelah, saya redha dan pasrah. Doc cuma suggestkan utk drip water supaya bukaan saya dipercepatkan. Saya pun tanya doc mcm2, boleh ke saya bersalin normal. Doc ckp, selalunya klau dah drip water, peluang utk bersalin normal tu agak cerah memandangkan kedudukan kepala bayi dah turun ke bawah. Lega di situ. Apapun, kami berserah je kpd Allah SWT.
9.00 pagi:
Doc soh saya breakfast dulu. Klau ikutkan keadaan contraction camtu, saya mmg x lalu nak makan dah. Tapi demi baby dan utk dptkan tenaga, saya makan jugak. Mase balik bilik, tgk adik saya yg no 6 tgh tido. Saya panggil nurse utk order breakfast. Mcm2 saya order utk adik dan husb saya. Maklumlah, hosp berbayar. Belasah je la. Pas dh abis breakfast, nurse panggil ke labor room. Doc nak drip water.
10.15 pagi:
Doc drip water. Saya mmg penakut dgn jarum. Nak2 bila nak masukkan jarum kt tangan. Masa tu pulak susah nak cari urat saya. Selang 45min camtu, contraction dah terlalu kuat, sakit yg amat! Husb saya setia di sisi menemani saya. Sempat juga dia merakam gambar dan video sewaktu saya bersalin :)
11.57 pagi:
Pada 3 Sept 2006, saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal yang diberi nama Nur Athirah Qistina (Cahaya, Yang utama/mulia, Keadilan) dgn berat 2.9kg. Syukur alhamdulillah... :)
Footnote: Nantikan kisah selanjutnya selepas ini! Stay tuned...hehehehe
tahniah.... comel baby...
ReplyDeleteSEPUTIH SALJU: thanks sis. Semua newborn baby mmg comel :)
Deletelain nampak muka masatu.. tapi comel... akakku nanti kisah selanjutnya...
ReplyDeleteCHO ZILA: muka org sakit mmg nmpk lain kak. Hihihi
Deletetahniahhhhhh.alhamdulillah semuanya dah selamat. comel baby awak!
ReplyDeleteSHERWIEYNA MUZZAWER: hihi..thanks sis. Pengalaman yg plg xdpt dilupakan :D
Deletekakak nie lahir 6 tahun lepas ye? cer tengo liliypie kat part kahwin tue betul ke? salah ye
ReplyDeleteBABY (MAMA AMANA&ARIEF): betul sis. Nk tau jwpnnya, tgk n3 seterusnya :)
DeleteKA tunggu next part citer ye!
ReplyDeleteKESUMA ANGSANA: thanks sis!
Delete